Pengalaman Pertama


tiga kehamilan, dua saya lalui secara berjauhan dengan suami. hamil anak pertama tiga bulan, suami ditawarkan pekerjaan tetap tetapi jaraknya 12 jam perjalanan darat dari kuching.  saya anggap ia rezeki anak dan sokong suami untuk sambut cabaran tersebut. Alhamdulillah sepanjang tempoh mengandung saya tidak menghadapi sebarang masalah, cuma kandungan gula tinggi memerlukan saya berulang- alik ke hospital membuat pemeriksaan gula. dan keadaan itu juga menyebabkan saya tidak boleh lewat melahirkan dari tarikh yang sepatutnya. 

dipendekkan cerita, sehingga tarikh jangkaan doktor tiba, saya masih belum mengalami sebarang tanda melahirkan. 14 november 2002, 9 Ramadhan 1423 pukul 7 pagi saya diarahkan untuk masuk ke wad untuk tindakan seterusnya. saya mula dimasukkan ubat indius secara drip untuk memulakan proses bersalin dan dibawa ke bilik persediaan bersalin. sedikit demi sedikit ubat ditingkatkan tetapi bukaan masih kecil. namun sakit telah mula dirasai. segala alatan dililit di badan saya untuk memantau degup jantung bayi dan saya tidak lagi boleh bergerak dari katil. kelakarnya, saya rasa sakit perut dan minta untuk di bawa ke tandas, tapi jururawat bertugas memberitahu yang itu adalah sakit bersalin dan memberi saya mangkuk sekiranya memang hendak membuang air. hal ini membuatkan saya marah dan menangis memberitahu yang saya tetap mahu ke tandas. tapi tidak diendahkan jururawat. 

saat ini saya tidak dapat mengingati rasa sakit tersebut tapi yang pasti pada waktu itu saya rasa amat sakit. saya berada dalam keadaan tersebut di bawah pemantauan rapi doktor saya sehingga selepas zohor. dan akhirnya apabila doktor mendapati degupan jantungan bayi menurun setiap kali kontraksi bertambah kuat, doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan kecemasan kerana bimbangkan keselamatan bayi dalam kandungan. 

aduh, dalam kesakitan saya rasa nak pengsan. tak larat dah nak berfikir saya serahkan sahaja kepada suami. sebaik sahaja semua bersetuju, saya disorong ke wad pembedahan. kerana pembedahan kecemasan, pakar bius (yg juga pakcik sepupu) menjalankan bius sepenuhnya. jadi, cerita selepas saya pengsan sehingga saya sedar semula selepas melahirkan adalah catatan lisan dari suami yang sentiasa berada bersama sepanjang masa (dalam erti kata sebenar). 

menurut suami, selepas sahaja saya pengsan pakaian wad saya ditukarkan kepada selimut pembedahan oleh petugas bilik pembedahan. dan pada waktu itu dia rasa amat kasihan melihat saya diperlakukan tanpa saya sedar dan merasakan cukuplah sekali itu saya melalui pengalaman tersebut. 
selepas selesai pembedahan barulah doktor kami memberitahu suami kekagumannya dengan keberanian suami melihat proses pembedahan dari mula sehingga anak kami dikeluarkan (dari perut)😫😫.  tapi itulah kali pertama dan kali terakhir suami saya sanggup melalui pengalaman seperti itu. 

dan menurut suami sewaktu anak kami dikeluarkan lehernya dililit tali uri. sebab itulah setiap kali kontraksi, bayi tidak turun ke bawah tapi sebaliknya degup jantungnya semakin lemah. pertama kali berjumpa selepas saya sedar, doktor memberitahu bahawa keputusan untuk melakukan pembedahan dengan segera adalah keputusan yang tepat.  Menurut arwah nenek saya, lahir dililit uri itu petanda suatu hari nanti bayi itu akan menjadi orang yang penting. in sya Allah. 

alhamdulillah ala kullihal. 

Anak sulung kami seorang puteri yang pertama kali suami saya tatap adalah rambutnya yang lebat.
Syarifah Fatihah Humairaa yang pada masa itu kami anggap akan menjadi hanya satu- satunya anak kami digelar anak permata kerana kesukaran mendapatkannya. Syarifah Fatihah Humairaa pembuka kehidupan berkeluarga kami dan harapan kami semoga bijaksana seperti Saiyiditina Aisyah Humairaa isteri kesayangan Nabi Saw.


Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida