awal itu lebih baik

 


suatu waktu, saya seorang yang malas nak berfikir. lantas, setiap kali menghadiri bengkel atau program yang memerlukan tugasan kumpulan, saya akan menawarkan diri sebagai setiausaha atau dalam erti kata lain, pencatat perbincangan dan memasukkan dalam bentuk yang sesuai untuk dicetak. ya, saya rasa saya bijak. itu memang strategi wajib saya. 

sehinggalah pada satu ketika saya menghadiri kursus eksekutif selama 3 minggu dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. salah satu tugasan adalah menghasilkan laporan yang akan diserahkan kepada penganjur di akhir kursus. seperti biasa saya menawarkan diri sebagai setiausaha kumpulan, bertanggungjawap utk mengkompil sumbangan setiap ahli yang telah diagihkan tugasan kajian masing- masing. Setiausaha mendapat keistimewaan dikecualikan dari menyumbangkan isi laporan. 

selepas masing- masing menghantar bahagian mereka, saya baharu menyedari yang tugasan itu adalah berdiri sendiri. dan saya perlu membaca semua serahan mereka, seterusnya menggabungkan kerja tersebut semua nampak selari serta akhirnya harus juga menyediakan pengenalan dan kesimpulan. hakikatnya, saya harus mengetahui keseluruhan tugasan yang diberi secara terperinci untuk menghasilkan laporan yang bagus. memang mencabar dan bukan seperti yang saya rancangkan di peringkat awal. namun bila telah siap laporan tersebut, kepuasan yang dinikmati amat berbaloi.

sebenarnya secara tidak langsung, pengalaman tersebut amat membantu saya dalam mengharungi cabaran pengajian sarjana saya. Sejak dari awal permulaan sessi pengajian, saya akan memastikan kumpulan saya (ahli tidak tetap untuk setiap subjek) bergerak sebaik sahaja tugasan diberikan. saya akan mengambil peranan membahagi- bahagikan kerja dan menetapkan sasaran tarikh draf pertama disiapkan. dengan cara itu saya dapat menentukan arah tuju tugasan tersebut. selalunya tidak mendapat bantahan kerana ahli- ahli yang lain dengan senang hati mengikut perancangan tersebut. 

saya lebih suka bermula awal kerana pelbagai perkara boleh berlaku di saat akhir sama ada berkaitan dengan keluarga atau urusan kerja. alhamdulillah, semua tugasan kumpulan kami dapat disiapkan sebelum tarikh akhir seperti yang dirancangkan. 

kesimpulannya, perancangan amat perlu dalam memastikan tugasan berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan dalam sesuatu kumpulan atau organisasi, perlu ada ketua yang mengawal dan merancang arah tuju mereka. 

sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida