Pecah Amanah?...

Waktu tu saya masih belajar di sekolah rendah, saya tak ingat darjah berapa tapi kemungkinan darjah dua dan abang saya darjah tiga. Saya sesi pagi dan abang saya yang setahun lebih tua belajar di sesi petang.

Saya dan abang saya boleh dikatakan rapat kerana usia kami yang tidak jauh beza. Sebelum itu kami sama2 bersekolah sesi pagi jadi pada tahun tersebut kami cuma berpeluang berjumpa pada sebelah malam sahaja.

Pada suatu ketika saya terjumpa sejenis kuih yang saya rasa sedap sangat dan saya cakap kat abang saya. Kisahnya, abang saya teringin jugak nak rasa. Jadi dia pesan saya belikan untuk dia dan bawa balik.

Saya si adik bertuah ni pun pegi lah carik kuih tu waktu rehat esoknya. Malangnya hari tu saya tak dapat beli (Tak ingat sebab kuih habis ke sebab tak jual hari tu). Yang kelakarnya, dengan selambanya saya guna duit tu untuk beli karipap. Lepas tu karipap tu saya makan sendiri. Lepas tu saya boleh lupa pulak cerita tu.

Satu hari, abah saya panggil saya. Dia tanya ada tak abang saya suruh saya beli kuih. Waktu tu baru la saya teringat balik cerita tu. Saya pun dengan muka cucoq badak cakap la kat abah saya yang hari tu kuih tu tak ada. Abah saya tanya saya buat apa dengan duit tu. Saya cakap la saya dah beli karipap. Lepas tu abah saya suruh saya ganti balik duit tu.

Rupa2nya abang saya yang baik hati tu "makan hati" sebab saya dah seleweng duit dia, tapi dia tak berani nak tanya saya sendiri. Saya syak dia cakap kat abah saya pasal tu. Tapi sebab saya kecik lagi waktu tu, jadi saya tak terfikir lak nak tanya dia balik.

Sampai sekarang, saya masih tak lupa kisah tu walaupun saya tak dapat ingat dengan jelas cerita sebenarnya. Tapi saya tak pasti sama ada abang saya yang baik hati tu ingat ke tak perbuatan onar yang adik dia buat kat dia dulu.

Sebenarnya saya tak de pun terfikir nak aniaya duit abang saya, tapi cuma otak bijak saya waktu kecik tu tak terfikir pun nak bagi balik duit dia kalau barang yang disuruh beli tu tak de.

Macam tu rupanya fikiran budak-budak agaknya ya... Kalau dari sudut orang dewasa memang tak logik buat cam tu.. Jadi pengajarannya, kalau anak2 buat benda2 tak masuk akal tu, ingat le.. awak tu pun pernah jadi budak... (ingatan untuk diri sendiri) :)

chop... chop... nak tau tak kuih apa yang sedap sangat yang saya cakap tu... Sebenarnya kuih tu pulut sambal jer.. Tapi waktu kami kecik2 dulu kami jarang tengok org jual kuih tu.. sekarang ni saya dah pandai buat sendiri.. nanti abang saya balik kampung lagi saya nak jamu dia kuih tu banyak2... :)

Comments

  1. hehehe...m.yah..kenangan semasa kecil..

    ReplyDelete
  2. manyak kenangan pahit manis mek duak mai dari sekolah rendah, sekolah menengah, sampei U... dapat polah sigek buku... Tapi selalunya yang jadi pak saok, m yah lah.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin