Tuesday, July 20, 2010

Gula naik

Ada ketika kita berasa tiada isu untuk diperkatakan.

Betul ke tak ada isu?

Atau sebenarnya terlalu banyak isu yang ingin diketengahkan sehingga tak tahu nak pilih yang mana.

Siapa kata tak ada isu? Banyak sebenarnya cerita.

Ambil satu contoh. Harga gula dan minyak naik lagi. Apa kesan jangka panjang terhadap masyarakat?

Harga gula naik. Besar kemungkinan akan diikuti oleh harga barangan lain walaupun cuba dinafikan oleh golongan peniaga. Harga barangan naik sedangkan pendapatan pengguna tak naik.

Akibatnya, kuasa membeli akan menurun. Dengan gaji sekarang, barang yang mampu dibeli akan berkurangan. Kalau masih mengekalkan gaya hidup yang sama sebelum gula naik, maknanya ia terpaksa ditanggung dengan punca pendapatan lain; cari kerja sambilan selain dari kerja utama atau BERHUTANG.

Kesimpulannya, pilihan di tangan sendiri. Setiap kali kenaikan harga barang utama diumumkan, sebenarnya kehidupan kita tidak lagi serupa. Ia menuntut perubahan gaya hidup setiap ahli masyarakat. Kegagalan untuk memberi tindakbalas yang tepat, tidak mustahil akan mempengaruhi kehidupan kita di masa depan.

No comments:

Post a Comment