Al-Quran Teman Perjalanan Kehidupan

Hidup kita sentiasa ada pasang surutnya. Turun naiknya.

Perjalanan Iman kita juga begitu. Termasuk diri saya. Kerap saya teringat kata- kata ini " Iman kita amat nipis, sama seperti kulit bawang".

Waktu kupas bawang, cuba belek kulit dia. Bukan yang dah kering atau yang tebal tu. Tapi selaput dia yang nipis dan telus tu. Amat nipis, kan.

Kadang-kadang saya bagai berputus asa.

"Aku ni insan biasa jer. Takkan mampu nak solat awal waktu. Tu pun tak pasti khusyuk ke tak. Baca Al-Qur'an pun hati aku bukannya nak lembut. Dah banyak sangat buat dosa"

Kerap hati saya berbisik macam tu.

Tapi dalam kekalutan jiwa seperti itu, saya hanya berpaut pada satu perkara.

Dalam AL-Qur'an (saya tak pasti ayat mana), yang menganjurkan supaya tetap membaca Al-Qur'an walau dalam keadaan apa sekalipun.

Dan saya sendiri mengakui hakikat ini. Dalam ketika saya "hanyut" dalam arus kehidupan, kesibukan dunia menyebabkan solat saya semakin lewat. Bukan tidak resah. Bukan tidak gundah. Tapi kelemahan jiwa menyebabkan saya semakin leka.

Bila keresahan semakin menghimpit jiwa dan kegundahan menghiris rasa, saya mula bertanya kepada diri. Dari mana saya harus bermula, untuk merintis jalan kembali.

Andai jiwa sudah jauh terleka, solat bukan lagi satu penawar, malah dianggap hanya setakat tanggungjawab untuk melepas dosa. Bukan lagi satu penghibur, malah hanya jalan untuk cuba lepas dari neraka. Malah sampai satu ketika saya rasa dengan mutu solat saya, adakah layak dianggap ibadah seorang hamba.

Pada saat itu saya nampak hanya Al-Qur'an yang menjadi kunci untuk membuka jalan yang saya ingin cari. Dan saya akui, dalam kejahilan diri, menggagahkan diri membuka Al-Qur'an, membaca satu demi satu ayat yang terpapar di dalamnya, saya dapat merasa hati saya akan cair.

Dan solat saya akan lebih terjaga. Seterusnya hati akan lebih ringan untuk menjenguk Al-Quran dengan lebih kerap.. dan begitu lah seterusnya... Yang kalau dipelihara dalam jangka masa panjang akan melahirkan kesan yang positif.

Namun, seperti yang diakui, saya masih lemah... masih mudah terleka.. Masanya mungkin akan tiba di mana saya akan hanyut semula dalam kehidupan dunia...

Tapi saya tetap yakin, selagi Al-Qur'an menjadi teman, saya tetap akan cuba untuk mengendali bahtera kehidupan saya untuk sentiasa kembali ke tujuan yang sepatutnya setiap kali ia mula tersasar di bawa arus dunia.

Comments

  1. Salam kak,

    Berazam dlm hati mahu solat awal dan membaca quran setiap hari biarpun hanya satu ayat. Memang apa yg diazam dilaksanakan namun seiring dgn hakikat bukan mudah istiqamah.
    kadang-kala paksa diri baca quran demi mencapai azam baca setiap hari
    namun tidak melekat dlm hati
    tapi kadang-kala begitu berat hati memaksa diri membaca quran, akhirnya hati cair oleh aliran airmata

    Hakikat iman itu naik dan turun, moga iman kita lebih banyak naik drpd turun dan tidak pernah berputus asa drpd rahmat-Nya

    ReplyDelete
  2. Salam, Sakinah:
    Betul tu. Akak pegang kata hikmah yang Sakinah sebut last sekali tu, "Jgn berputus asa drp Rahmat Allah". Doakan Akak... Akak ni memang kategori yang mudah leka...
    Tapi Akak yakin Kasih Sayang Allah memang melimpah ruah.. Sampaikan hamba yang leka macam Akak ni pun masih selalu diberi peluang dan peringatan untuk untuk "tersentak" dari khayal dunia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida