Mari le berekreasi dan beriadhah...

Ringkasan Segmen Motivasi Pagi, IKIM.fm, 30 Julai 2010 (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Nota: Saya hanya sempat mendengar di pertengahan segmen, jadi saya catatkan setakat yang mampu.


1. Iman menurun dan menaik

Hadis Nabi S.A.W mengenai Sahabah bernama Hanzalah yang menganggap dirinya munafik kerana Imannya yang menaik semasa di Majlis Nabi SAW tetapi menurun semula apabila berada di tempat lain. Nabi SAW bersabda bahawa seandainya Iman seseorang itu sentiasa sama sahaja dalam semua keadaan, para Malaikat pun akan berjabat tangan dengannya (tabik spring kata penceramah).

Menurut Nabi SAW, Iman seseorang itu secara biasanya sebagai manusia akan turun naik mengikut keadaan. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha meningkatkan tahap Iman kita.

(Riwayat Muslim, saya akan cuba dapatkan maklumat terperinci mengenai hadith ini, Insya'Allah)

2. 4 aktiviti yang tidak dianggap membazir oleh Nabi SAW walaupun secara kasarnya seperti tidak mendatangkan faedah
  1. Aktiviti berulang- alik melepaskan anak panah dan mengambilnya semula dari papan sasar
  2. Aktiviti berlatih menunggang kuda
  3. Aktiviti bersenang-senang dengan pasangan dan anak2/ ibu bapa
  4. Aktiviti berenang
3. Wajib mengambil berat mengenai kesihatan

Islam menggalakkan bersukan dan berekreaksi bersama keluarga untuk menjaga kesihatan badan dan pada masa yang sama mengekalkan kebahagiaaan rumah tangga.

4. Nabi SAW turut berekreasi bersama isteri

Semasa dalam perjalanan ke suatu tempat bersama Saiditina Aisyah dan sahabah2 yang lain, Nabi SAW telah menyuruh Sahabah berjalan di depan dan meninggalkan Baginda SAW di belakang rombongan.

Kemudian, Nabi SAW dan Saiditina Aisyah telah menggunakan masa tersebut untuk berlumba lari sesama sendiri.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Wallahua'lam

Comments

  1. salam..m.yah...

    thx for sharing....dpt ilmu lagi hari ni :)

    ReplyDelete
  2. Salam Mai:

    ALhamdulillah mun ada pembaca yang beroleh manfaat dari apa yang ada di blog tuk.. Sik banyak harta dunia, nintauk apa yang ada tok mampu memewahkan kita di akhirat kelak.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak,

    No 2 tu berkaitan dgn entri blog saya..sukan menurut islam..saya copy sikit ya :)

    Jenis sukan yang dianjurkan oleh Islam adalah sukan yang tujuannya membina setiap Muslim untuk menjadi seorang mujahid (ahli jihad) misalnya berkuda, memanah, menembak, merejam lembing, renang, lari, seni mempertahankan diri dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW,

    “Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri” [HR al-Hakim].

    ReplyDelete
  4. salam sakinah:

    silakan ambil mana yang perlu.. akak berbesar hati.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida