Go for it....
Kelemahan saya; saya sukar nak berbicara di hadapan orang ramai.
Saya rasa hal ini berlaku kerana rasa rendah diri terhadap keupayaan diri sendiri. Buktinya saya akan menggeletar tahap teruk setiap kali berucap di khalayak ramai. Tapi kali ni saya tak nak cerita pasal tu sebab kalau mula, payah nak berhenti.
Pada mesyuarat jabatan saya yang lepas saya telah diamanahkan untuk melaksanakan satu program kecil. Itupun sebab mulut saya "gatal" mengajukan pendapat. Akhirnya saya yang kena buat.
Strategi saya untuk melaksanakan program ni ialah dengan mendapatkan pelbagai input dari pihak pekerja supaya perlaksanaannya nanti mendapat sambutan dari semua pihak. Jadi saya rancang nak jumpa wakil pekerja untuk mendapat kerjasama mereka.
Sepanjang minggu lepas saya rasa tak sedap hati sebab tak yakin yang saya mampu untuk memahamkan wakil2 tersebut mengenai idea saya. Dan saya juga risau yang saya akan "syok sendiri" dalam melaksanakan program ni.
Tapi memandangkan minggu depan terdapat kumpulan pekerja yang akan mengadakan mesyuarat kumpulan masing2, saya rasa saya dah tak boleh bertangguh untuk memanggil wakil2 tersebut.
Jadi, paksa dalam rela petang semalam saya pun tergocoh2 le panggil diorang untuk buat perbincangan ringkas pagi ni. Sebentar tadi baru je selesai perbincangan, dan nampaknya wakil2 pekerja menunjukkan yang mereka faham dengan idea yang saya kemukakan dan berminat untuk membantu mendapatkan maklumbalas dari ahli2 mereka.
Semasa menaip ni, saya rasa lega sangat. Rasa dah hilang berguni2 beban yang saya pikul dalam seminggu nih.
Pengajarannya,

- dalam melaksanakan sesuatu perkara, kita harus yakin terhadap kemampuan diri sendiri
- jangan teragak-agak untuk melaksanakan idea kita kerana kita tidak akan tahu samada ia akan berjaya atau tidak selagi ia tidak dilaksanakan
- jangan takut gagal kerana gagal adalah perkara yang harus ditempuhi untuk mencapai kejayaan.
Yesss.... I feel good... :).. Alhamdulillah kerana Dia Yang Maha Pemudah segala urusan...
Tahniah Ummu! kerana sukses menyelesaikan apa yg telah ditugaskan.
ReplyDeleteBetul pengajaran yg telah disebutkan oleh ummu tu...lagi satu, taruh sedikit kepercayaan pada wakil pekerja atau pekerja2 selain dari menaruh kepercayaan pada diri sendiri.
Ha ha..pasal berucap dikhalayak ramai tu, memang biasa la ada 'butterfly in the stomach'. Dulu2 mak isah giat dalam Rukun Tetangga dan Jiran Wanita dan walau pun berpuluh-puluh kali berucap, 'butterfly' tu tetap masih ada! :)
Terus mencuba! :)
Thanks Mak Isah... Sebenarnya belum selesai lagi tugas utamanya... Baru selesai part taklimat projek... Hehe.. Tapi part nak mula tu yang berat sangat..
ReplyDeleteBetul kata Mak Isah tu.. kalau nak senang kerja, saya boleh sendiri semua ikut "kepala" saya.. Tapi saya rasa kalau nak semua lapisan kakitangan appreciate program tu, kena libatkan mereka sekali di peringkat input dan perlaksanaan...
Pasal butterfly tu jangan cakaplah Mak Isah.. Butterfly saya ni jenis yang ganas punya... Silap2 boleh kaku je kat depan audiens... :)