Sakinah, akak post resipi kat sini ya...

Sakinah, akak mintak izin copy and paste untuk rujukan masa depan...

Keseluruhan posting adalah dari blog saudari saya, Sakinah...

"Sumber dirujuk Dari Dapur CT


Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula kastor
1/3 cawan minyak masak sayuran/minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar [saya guna susu cair saja]
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka) [saya pun guna cuka]

Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2. Dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
4. Tapiskan adunan. [saya tak tapis pun]
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong.


Menurut sumber, fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar."

Comments

  1. salam, Sakinah.. hehe..tkasih..
    akak dah cuba dah tadi.. not bad... tapi disebabkan akak pakai loyang yang besar, jadi kek ya nipis jer...

    Akak cakap kat maryam nanti birthday dia, mama buat kek ni utk dia bawak kat sekolah.. dia kata okay.. Hmmm.. senang sikit keje akak...

    buat dua acuan, lapiskan.. letak aising kat atas, mesti kawan2 dia ingat dari kedai kek.. :)

    ReplyDelete
  2. oo..hasil kek 1 cawan tepung memang kecil kan..sebenarnya yg kali kedua saya buat ni saya buat double tp lupa nak tambah masa. dah angkat alamak kat bawah tak masak lagi..saya bakar lagi 20 minit baru masak. tak tahulah masa sebenar yg perlu, saya hentam jak..tp hasilnya tetap cantik :D

    ReplyDelete
  3. ummufatihah~ nak molah lok.Sementara nunggu match final kul 2:30 tok..hehe..ada juak pake mbiak sarapan.

    ReplyDelete
  4. hebat eehh,,, sanggup nunggu sampei kol 2... camne hasil tek?.. :)

    ReplyDelete
  5. hasilnya...kureng...sbb kmk skip aik kopi ya kali.Tapi not bad la rasanya.Kelak nak engkah topping coklat ats nya..gerenti laju mbok cah makan.

    ReplyDelete
  6. Boleh lah jalan nak mai.... yalah M yah polah untuk birthday Mym ya lapis duak and engkah aising... atang2 Mak engkah agik dalam kotak Taka.. Mesti saspen cikgu Mym diat.. (ha ha ha,,, Mym mbak ke sekolah.. ).. tekejut ajak sidak lak.. waktu potong kuih ya sik lembut macam sponge cake biasa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin