Kawan Lama

Salam...

Baru semalam saya berhubung kembali dengan jiran sebelah katil sewaktu duduk di asrama semasa saya belajar di tingkatan empat... Lama tu.... Dah hampir nak suku abad...

Ceritanya, rakan sebatch saya telah buat satu page kat facebook untuk batch kami. Kebetulan dia rakan sekelas saya, dia pun invite saya ke dalam group tu....

Bila dah join, saya pun menerima pelbagai makluman untuk setiap posting kat situ... Malam tadi saya bersiar2 lah kat situ membaca pelbagai posting yang kebanyakannya dibuat oleh pelajar lelaki (pelajar ikhwah adalah gelaran untuk mereka semasa saya belajar di situ dulu)...


Tiba2 saya terbaca posting yang menyebut nama sama dengan jiran sebelah katil saya tetapi memiliki gelaran doktor di depannya. Hamba Allah ni pulak ada jugak reply posting tu.. Untuk mengelakkan dari tersilap orang, saya klik ke profilnya tapi disekat untuk bukan rakan.

Jadi, saya cuba tengok gambar profilnya pulak... Macam CSI pulak saya... Alhamdulillah gambar profilnya memaparkan gambar dua orang anaknya yang masih kecil, mungkin seusia anak2 saya... Dan saya tengok, junior2 tu memang ada iras jiran saya waktu masih remaja dulu (16 tahun tu memanglah remaja ye dak..)

Kira excited jugaklah sebab saya memang putus hubungan selepas SPM. Seingat saya memang saya tak jumpa dah lepas tu dan kami tak sama uni rasanya... So, saya terus hantar mesej kat dia malam tadi. Saya memang jarang hantar friend request sebab segan tak pasti orang nak masukkan kita dalam friend list dia tak dan takut silap orang...

Tadi saya cek emel dan tengok dah ada reply dari dia.. Alhamdulillah memang sah itulah jiran sebelah katil saya dulu... Saya memang ingat sangat sebab dia ni memang baik...

Sekolah saya ni dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6 atas... Jadi, masuk tingkatan 4 tu macam masuk tingkatan satu jugaklah... Tambah2 lagi, saya ni pelajar "oversea" yang baru pertama kali berpisah dari keluarga menyeberangi laut china selatan.. Keduanya pulak, kami pelajar "oversea" yang hanya 9 orang tu masuk lambat dalam 2 bulan berbanding dengan pelajar "local".

Waktu mula2 sampai tu, rasa tersangatlah asing dan sedihnya. Pihak asrama pun amatlah bijaksana.. Kami pelajar perempuan yang hanya 5 orang tu diorang bahagikan pulak di lima bilik yang berbeza (tapi bersebelahan)... Sedih tau walaupun bersebelahan... Setiap kali makan, kami orang pun berkumpul dan buat cerita sedih.. lepas tu semua pakat mata merah...

Kembali kepada kisah kawan saya ni... Bukan dia jer sebenarnya... Semua kawan2 "local" ni sebenarnya pun baru first time jugak ada pengalaman jumpa budak "oversea".

Bear in mind, zaman tu adalah penghujug 80 an dan belum wujud lagi Airasia, internet, telefon bimbit dan astro...

Jadi diorang pun amat baik menerima kedatangan kami... Tapi kawan saya ni terlebih2 lah istimewa sebab dia yang bertuah katil sebelah dia masih kosong dan akhirnya sekarang dia dah berteman...

Yang saya ingat sangat, kalau dulu (tak tahu sekarang), duduk asrama malam2 memang takut.. Terutama kalau ada kes misteri nusantara... Mau menangis ooo... Dan kami berdua ni yang katilnya paling dekat dengan pintu (katil atas pulak tu) dan kedua2nya pulak kategori tragis penakut... Pernah satu ketika tu, kami tidur rapat2 tepi katil (di katil masing2) dan berpegang tangan.. Bukan romantika punya pegang ok... :).. Menggeletar punya pegang (pun bukan menggeletar yang itu ok.. :))

Apa2pun, pengalaman saya semasa pertama kali berpisah dengan keluarga kerana nak menuntut ilmu di "oversea" memang amat berharga dan layanan yang baik dan ikhlas dari rakan2 "local" waktu tu memang sangat2 saya hargai kerana sudi menjadi ganti kerinduan kami dengan keluarga yang jarang dapat dihubungi (nak telefon biasa pun mahal tau..).


Dan untuk Dr Ada, saya gembira dapat berhubungi kembali dengan kamu... Kenangan bersama kamu dan rakan2 sebilik yang lain suatu masa dulu tetap segar terawet di lubuk hati saya....

"Sahabat2 lama itu umpama permata bergemerlapan yang tidak ternilai harganya"

Salam....

Comments

  1. Salam ummufatihah..

    Best eyh dapat jumpa balit kawan2 lama zaman sekolah dolok... kmk pun ada juak tertemu kawan lama masa sekolah dalam FB tapi kamek malu mok add sebab nama dah bertukar... Kmk cuma add kawan yang rapat2 jak.. ya pun dak nya tangga bena2 lok muka kamek kat profil.... pas ya dak ya mencadangkan kawan2 lain add kamek.. jadi hubungan ya x terputus macam ya jak...

    ReplyDelete
  2. Salam Fatihah:

    Nang best jumpa agik kawan2 walau di alam maya.. tetapi kadang- kadang kita sik dapat mengharapkan yang kemesraan lamak ya berulang agik seratus peratus sama... Masa dah berubah dan kita pun dah jauh berubah (fizikal dan mental)..

    Kita harus bersedia nerimak hakikat ya.. mundak, kita akan kecewa sebab nganggap kawan kita dah berubah sikap and nyangka daknya sombong gik...

    Tapi syukur juak ndak... sekurang2nya kita tauk perkembangan kawan2 kita kinek tuk.. ya lebih penting... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Alhamdulillah...jumpa juak geng lamak dolok.Maybe boleh d panggil geng sepalak or geng kamceng nak? ekekeke...

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam Mai:

    Dah lamak pisah mai... Memang dah sik sama agik kekamcengannya.... Tapi syukur sebab dapat peluang agik mendengar perkembangan terkini kawan2... :)

    ReplyDelete
  5. Salam kak,

    Ramai jg jumpa kawan lama rapat kt fb. tp tu la, nak harap macam dulu mustahil la. Paling best jumpa kakak angkat masa sek.menengah. tp masa tu tak rapat pun, berutus surat jak n 2/3 kali bersua muka. yg menariknya kami kahwin tahun yg sama n dia pun dah Islam, ayu pakai tudung.

    ReplyDelete
  6. Salam Sakinah:

    Betul tu... Masa dah jauh berubah... mula2 dulu akak "terasa" jugak bila excited sgt jumpa kawan balik tapi mesra dah tak macam dulu.. Tapi sekarang akak belajar memahami hakikat tu.. Bukan diorang sombong, tapi keadaan dah jauh berubah...

    Seronokkan bila tau apa perkembangan terbaru kawan2 lama terutama yang menuju ke arah yang baik seperti kakak angkat sakinah tu... :)

    Kita sendiri tak tahu perkembangan2 positif tu mungkin turut disumbangkan oleh perhubungan/ komunikasi sesama kita dulu, kan?...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    benar ya m.yah.Kmk igt kmk sorang jak rasa mcm ya.Tapi kinek tok kmk dah dpt terimak hakikat ya.Masa dah berubah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak