Posts

Showing posts from 2020

2020 yang pergi

Image
selamat berangkat 2020 sepanjang perjalanan  banyak mengajar  erti kehidupan, erti kasih sayang  dan ketabahan saat hampir kehilangan  menggenggam semangat, tawakkal  dan doa perjuangan kehidupan harus diteruskan.  11.47 pm 31 Disember 2020 - ummufatihah/ kuching-

Saya juga belajar

Image
tahun 2006 adalah tahun pembelajaran saya yang seterusnya. Belajar untuk berpisah dengan anak untuk tujuan pendidikan formal.  Fatihah akan berusia 4 tahun dan sampai masanya untuk menyertai alam pembelajaran bersama rakan sebaya yang lain. tapi sebenarnya Fatihah baru sahaja melepasi usia 3 tahun kerana dia anak penghujung tahun yang sentiasa akan menjadi adik bungsu kepada rakan sebayanya. lantas sebagai ibu bapa yang terlampau melindungi anak sulungnya, dan dengan alasan saya ada pembantu yang menjaga di rumah, Fatihah tidak didaftarkan ke pra sekolah pada awal tahun 2006. namun begitu, fatihah telah mula diajar mengenal huruf dan angka memang dari kecil lagi. mungkin itu sindrom anak sulung di mana ibu bapa akan mempraktikkan apa sahaja teori yang dibaca atau didengar ke atas anak sulung sebaik sahaja anak tersebut sudah boleh memberi respon terhadap rangsangan luar.  bagi fatihah saya tidak mengajar abc, 123 dan alif ba ta mengikut susunan. dalam erti kata lain, fatihah m...

awal itu lebih baik

Image
  suatu waktu, saya seorang yang malas nak berfikir. lantas, setiap kali menghadiri bengkel atau program yang memerlukan tugasan kumpulan, saya akan menawarkan diri sebagai setiausaha atau dalam erti kata lain, pencatat perbincangan dan memasukkan dalam bentuk yang sesuai untuk dicetak. ya, saya rasa saya bijak. itu memang strategi wajib saya.  sehinggalah pada satu ketika saya menghadiri kursus eksekutif selama 3 minggu dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. salah satu tugasan adalah menghasilkan laporan yang akan diserahkan kepada penganjur di akhir kursus. seperti biasa saya menawarkan diri sebagai setiausaha kumpulan, bertanggungjawap utk mengkompil sumbangan setiap ahli yang telah diagihkan tugasan kajian masing- masing. Setiausaha mendapat keistimewaan dikecualikan dari menyumbangkan isi laporan.  selepas masing- masing menghantar bahagian mereka, saya baharu menyedari yang tugasan itu adalah berdiri sendiri. dan saya perlu membaca semua serahan mereka, sete...

bila keputusan diambil

Image
  awal tahun 2007 saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian sarjana secara separuh masa selama dua tahun di UiTM Kampus Kota Samarahan. Kelas dijalankan pada setiap hujung minggu sabtu bermula pukul 2 sehingga pukul 5 dan Ahad dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. Sewaktu sesi orientasi, pihak UiTM awal- awal lagi telah memaklumkan yang selama tempoh dua tahun tersebut para pelajar akan kehilangan kehidupan normal hujung minggu mereka seperti bersiar- siar dengan keluarga atau menghadiri jemputan atau majlis kenduri saudara mara.  selain dari itu, semua tugasan adalah diwajibkan dalam kumpulan tiga orang. objektifnya adalah untuk mendedahkan pelajar mengenai semangat kerja berkumpulan termasuk kemahiran komunikasi, bekerjasama dan yang sewaktu dengannya. kami pelajar juga diingatkan bahawa ia bukan perkara yang mudah kerana pernah sebelum itu ada kumpulan yang berpecah kerana tiada persefahaman di antara ahlinya. secara peribadi, saya tidak begitu terkesan dengan amaran...

Asiah seorang Sarjana

Image
Tahun 2008 merupakan di antara tahun yang mencabar. saya telah diarahkan untuk berpindah kembali bertugas ke jabatan lama sebelum saya bertugas di Mukah. kalau sebelum ini pejabat saya di Kota Samarahan yang memang dekat dengan kampus, dipindahkan ke Kuching bermakna saya perlu berpindah juga dari rumah sewa di kota Samarahan dan tinggal di rumah sendiri di Kuching. Bermakna saya akan berulang- alik pula setiap hari pada hujung minggu selama 40 minit setiap perjalanan untuk menghadiri kuliah.  Taska baru Fatihah pula berhampiran rumah namun tidaklah terlalu hampir dan memerlukan saya keluar setiap tengahari untuk mengambilnya balik dari sekolah. sebelum ini hanya pembantu saya yang mengambilnya kerana taska Fatihah cuma selang dua pintu dari rumah sewa kami.  Dan pada masa ini semua urusan rumah saya perlu selesaikan sendiri kerana suami masih belum dapat berpindah balik ke kuching. Anda fikir saya ada masa untuk pening kepala dan loya- loya? 🤦🏻‍♀️ lagipun saya sudah mula pe...

setabah namanya

Image
semasa Fatihah berumur dua bulan, saya berpindah tugas mengikut suami ke Mukah. awal tahun 2003, saya diarahkan berpindah ke Mukah dan memulakan operasi pejabat Perbendaharaan Bahagian di sana bersama 2 orang lagi pegawai.  Saya mengandungkan anak kedua semasa saya di Mukah pada penghujung tahun 2004. Tanpa sebarang tanda kecuali rasa tak selesa seperti dijentik di bahagian tepi perut, saya membuat pemeriksaan sendiri dan didapati positif. tapi yang kelakar bila saya berjumpa doktor untuk pengesahan, doktor gagal mengesan kantung bayi melalui imbasan dan memberitahu adalah mustahil untuk merasa sebarang pergerakan bayi seawal tempoh tersebut yang dianggarkan hanya sekitar 3-4 minggu. Saya dimaklumkan untuk membuat pemeriksaan semula selepas 6 minggu. Saya tidak pasti apakah penjelasan saintifiknya, tapi selepas itu jentikan halus itu tidak lagi dirasai, seolah- olah ingin memaklumkan kehadirannya. ya, kalau tidak diberitahu memang mamanya akan menafikan segala tanda- tanda yang ada...

Pengalaman Pertama

Image
tiga kehamilan, dua saya lalui secara berjauhan dengan suami. hamil anak pertama tiga bulan, suami ditawarkan pekerjaan tetap tetapi jaraknya 12 jam perjalanan darat dari kuching.  saya anggap ia rezeki anak dan sokong suami untuk sambut cabaran tersebut. Alhamdulillah sepanjang tempoh mengandung saya tidak menghadapi sebarang masalah, cuma kandungan gula tinggi memerlukan saya berulang- alik ke hospital membuat pemeriksaan gula. dan keadaan itu juga menyebabkan saya tidak boleh lewat melahirkan dari tarikh yang sepatutnya.  dipendekkan cerita, sehingga tarikh jangkaan doktor tiba, saya masih belum mengalami sebarang tanda melahirkan. 14 november 2002, 9 Ramadhan 1423 pukul 7 pagi saya diarahkan untuk masuk ke wad untuk tindakan seterusnya. saya mula dimasukkan ubat indius secara drip untuk memulakan proses bersalin dan dibawa ke bilik persediaan bersalin. sedikit demi sedikit ubat ditingkatkan tetapi bukaan masih kecil. namun sakit telah mula dirasai. segala alatan dililit di...

tidak pernah dijangka

Image
suatu ketika, saya tiba- tiba sering loya dan hilang selera makan. Waktu itu saya berada di tahun akhir pengajian sarjana.  Masih saya ingat saat saya berkongsi cerita dengan rakan sepejabat dan secara bergurau dia merasakan yang saya mengandung. Saya gelak dan lupakan sahaja perkara tersebut. hanya beberapa hari selepas itu, saya tidak dapat lagi bertahan dan menyuruh suami membeli kit ujian kehamilan sekadar untuk menyenangkan hati.  ternyata ia positif. waktu itu Maryam sudah berusia 3 tahun lebih dan Fatihah 7 tahun.  Lagi sekali tidak menyangka namun amat bersyukur. Tidak pernah merancang jarak kehamilan kerana menyedari keadaan sedia ada, namun perancangan Allah amat cantik. kali ini ia adalah Bonus kepada kami. Dianugerahkan seorang anak amat dihargai selepas berusaha. kemudian dihadiahkan seorang lagi tanpa disangka, dan selepas itu di saat merasakan telah menerima rezeki lebih dari jangkaan, Allah hadiahkan lagi bonus yang tidak dapat dilafazkan kesyukuran meneri...

Tak Ternilai

Image
Kalau anak pertama adalah Anugerah, anak kedua bagi saya adalah Hadiah tak ternilai.  Fatihah lahir selepas 2 tahun lebih perkahwinan. dan selepas menjalani rawatan dengan izin Allah jua. oleh itu, saya anggap kedatangannya anugerah Allah dan tidak pernah mengharap akan ada lagi yang menyusul. selepas Fatihah lahir keluarga saya berpindah jauh dari bandar Kuching yang tidak memungkinkan untuk mendapat rawatan yang sama.  Anak kedua, Maryam lahir semasa Fatihah berumur 2 tahun. memang amat tidak pernah dijangka malahan tiada sebarang perubahan ketara. Hanya kerana rasa kurang selesa, saya buat pemeriksaan kehamilan sendiri. itupun minta bantuan kawan untuk beli sebab ketidakyakinan itu amat tinggi. kebetulan suami waktu itu bertugas di luar stesen.  Hasil pemeriksaan sendiri rupa- rupanya positif. tanpa menjalani sebarang rawatan, kehamilan itu adalah hadiah dari Allah. Syukur... syukur... tiada kata yang dapat mengungkapkan kesyukuran itu. Kalau sebelum ini saya katakan p...

Anugerah

Image
  Saya sentíasa merasakan anak sulung adalah "guru" saya dalam menjadi ibu.  Sebagaimana Fatihah belajar setiap perkara pertama dalam hidupnya, saya juga bersamanya belajar banyak perkara pertama dalam hidup saya. Selepas melahirkan anak pertama secara Ceaser, bagi saya tiada lagi perkara yang boleh menakutkan saya. Saya menjadi seorang yang lebih yakin diri. Bagi saya, kalau saya boleh melalui proses melahirkan yang paling saya takuti, saya juga boleh mengatasi apa sahaja cabaran kehidupan yang mendatang. Tangisan pertama, langkah pertama, hari pertama ke sekolah, kali pertama membenarkan Fatihah mengikuti pasukan catur ke pertandingan, kali pertama melepaskan Fatihah tinggal di asrama dan kali pertama memberi kepercayaan untuk hidup sendiri tanpa pengawasan jarak dekat; semuanya memberi saya dan suami pengalaman baru. Kami membuat keputusan untuk menyahut cabaran melepaskan Fatihah pergi jauh  semasa kebanyakan rakan pejabat saya memilih untuk menghantar anak mereka ke ...

buat kalian

Image
anak- anak, dari kalian, kami belajar, erti ketabahan, erti kesabaran, erti kepercayaan, erti perjuangan, erti pengorbanan, anak- anak. dari kalian,  kami belajar erti kehidupan.  ummufatihah 16 Disember 202 1218 pagi (buat sy fatihah humairaa, sy maryam insyirah dan sy asiah nur annisaa) nota:  sebenarnya saya telah menulis mengenai anak pertama dgn penulisan yang panjang, namun terdapat gangguan semasa proses publish. kecewa tau sbb dah kering otak perah idea. jadi akhirnya buat kata- kata yang ringkas sahaja sebagai ganti. nanti- nanti kalau rajin balik dan tak merajuk, kita buat balik, ya.  kemas kini: rupa2 entri tersebut berjaya dipublish. alhamdulillah..

Merakam Kenangan

Image
  Semasa anak- anak masih kecil, saya berazam untuk mencatat setiap aktiviti mereka di blog ini untuk tatapan mereka suatu hari nanti, iaitu masa ini. Azam saya bertambah kuat untuk anak ketiga, Asiah kerana semasa dilahirkan pada 2009, Blog ini telah wujud.       Namun, seperti biasa, hakikat tak seindah impian. Saya adalah saya, suka berangan tapi sukar untuk menjadikannya kenyataan. Saat ini, menjenguk kembali catatan lepas, banyak peluang merakam kenangan saya lepaskan begitu sahaja. Sekarang bila anak- anak telah meningkat dewasa, ruang untuk merakam kisah mereka tidak begitu luas. Kenyataan pahit yang harus ditelan, selepas melangkah ke sekolah menengah masa bersama anak- anak tidak banyak seperti mereka masih kecil. Terutama anak- anak saya yang dihantar ke sekolah berasrama.        Kalau dulu, kita sentiasa bersama selepas waktu kerja sebab telah menjadi kebiasaan saya walaupun anak- anak dijaga pembantu rumah terutama semasa saya men...

Sekadar Bicara

Image
Sekadar Bicara Sekadar bicara mengisi ruang masa terlalu banyak cerita  namun tiada kata bisa melakar  makna lantas biar bicara itu kekal sepi bersama mimpi. Ummufatihah Kuching 12 Disember 2020

Sekian Lama

Image
  Sekian lama masa berlalu bagai baru semalam mengatur bicara ada cerita duka ada cerita gembira ada kenangan yang mesra ada luahan merungkai rasa  dan hari ini kujenguk semula daerah maya moga masih ada  nada dan suara bergema menyambut ziarah sahabat lama. Ummufatihah 10 Disember 2020 1227 am