Posts

Showing posts from July, 2010

Kaleidoskop rasa

Dari kaca matamu garis kehidupan tidak lagi lurus hanya lakaran warna di kanvas tanpa sempadan dan dentingan masa adalah irama ketenangan usia hanya angka kosong tanpa sebarang makna di mata mu anak detik dan titik tidak lagi berbeza hanya kaleidoskop rasa berbaur mencipta cinta.

Imam Muda (Peringkat Akhir)

Malam ini Siri Imam Muda akan melangkah ke gerbang penamat. Pada hakikatnya, peringkat akhir bukanlan untuk mencari pemenang. Menurut Pengetua, semua yang menyertai (malahan yang tidak terpilih) memang telah layak menjadi Imam. Namun, pastinya tujuan utama program ini sebenarnya untuk membuka mata masyarakat bahawa masih banyak peranan yang boleh dimainkan oleh remaja masa kini selain dari menjadi selebriti program hiburan. Dan supaya kita lebih berfikiran positif bahawa masih ada harapan untuk kita melihat generasi anak- anak kita menikmati kehidupan sejahtera dari segi fizikal, moral dan rohani. Yang pentingnya sekarang ialah untuk setiap anggota masyarakat memainkan peranan dengan terancang dan berkesan untuk memastikan persekitaran di mana anak-anak kita membesar terpelihara dari unsur- unsur negatif. Kita harus bijak untuk memanfaatkan semua sumber maklumat seperti televisyen, radio, akhbar dan internet supaya "memihak" ke arah yang kita inginkan. Sebagai contoh, berband...

Mari le berekreasi dan beriadhah...

Ringkasan Segmen Motivasi Pagi, IKIM.fm, 30 Julai 2010 (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil) Nota: Saya hanya sempat mendengar di pertengahan segmen, jadi saya catatkan setakat yang mampu. 1. Iman menurun dan menaik Hadis Nabi S.A.W mengenai Sahabah bernama Hanzalah yang menganggap dirinya munafik kerana Imannya yang menaik semasa di Majlis Nabi SAW tetapi menurun semula apabila berada di tempat lain. Nabi SAW bersabda bahawa seandainya Iman seseorang itu sentiasa sama sahaja dalam semua keadaan, para Malaikat pun akan berjabat tangan dengannya (tabik spring kata penceramah). Menurut Nabi SAW, Iman seseorang itu secara biasanya sebagai manusia akan turun naik mengikut keadaan. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha meningkatkan tahap Iman kita. (Riwayat Muslim, saya akan cuba dapatkan maklumat terperinci mengenai hadith ini, Insya'Allah) 2. 4 aktiviti yang tidak dianggap membazir oleh Nabi SAW walaupun secara kasarnya seperti tidak mendatangkan faedah Aktiviti berulang- al...

Masukkan kunci ikut tingkap...

Kebiasaannya kalau saya dan suami keluar malam, kami akan membawa kunci rumah supaya tak perlu menyusahkan pembantu dan anak2 semasa keluar dan kalau balik lewat. Pagi tadi semasa nak bertolak ke pejabat, Maryam sudah bangun dan duduk bersama saya di meja makan menemani saya sarapan. Fatihah dan abahnya dah bertolak awal kerana Fatihah perlu sampai awal ke sekolah. Maryam pula bersekolah sesi tengahari. Memandangkan pembantu rumah saya yang dipanggil anak2 "kakak" masih di tingkat atas, saya beritahu Maryam untuk mengunci pintu selepas saya keluar. Tapi menurut Maryam dia tak pandai nak kunci pintu. Memang pintu rumah saya ada sedikit masalah dan perlu ditarik sedikit untuk memudahkan untuk dikunci. Tiba-tiba Maryam mencadangkan supaya saya bawa kunci rumah. Saya gelak sambil memberitahu bahawa saya bukannya keluar berjalan sebentar seperti selalu. "Mama masukkanlah semula kunci tu ikut tingkap", Maryam menjawab selamba. Saya terperanjat. Tak pernah pulak saya terfi...

Crown Square Book Fair 2010 (Kuching)

Venue: Crown Square (Kuching) Date: July 31 2010 to Aug 15 2010 According to organiser/ head of Second Time Around Used Books, LArry Siah: "- 50,000 copies will be available for the public at a price of under RM10 each, out of it 40,000 would children's books. -Children books will include titles from Baby Board books, Disney Readers, children classics, musical books and youth fiction - Other books would be fiction, textbooks, cookbooks, health, business and inspirational books - the books are from United States and have been on the shelves of libraries or homes. -For every purchase of RM50, will receive RM5 voucher redeemable in any store/ restaurant in Crown Square. - ANy purchase over RM10 will qualify for a lucky draw for one of 200 free one-month subscription local newspaper (Sarawak Tribune/ Borneo Post) - 7-8 Aug- Spelling Bee Contest - Part of the proceeds of Book Fair would be used to support rural literacy projects. - Any government school especially those in rural ar...

Baiti Jannati...

Ringkasan Segmen Motivasi Pagi- IKIM.fm 29.07.2010 ============================ 1. Manusia diberi empowermen untuk mentadbir satu unit pemerintahan kecil dikenali sebagai institusi keluarga. 2. Rumahtangga dibina di atas asas Sakinah, Mawaddah wa Rahmah - Peringkat pertama- Sakinah Ia dikenali sebagai Sakinah kerana melalui perkahwinan, ketenangan fikiran dan dan asas kehidupan manusia normal telah dikecap. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat bulan madu. - Peringkat kedua- Mawaddah Setelah melepasi peringkat bulan madu, akan tiba peringkat di mana pasangan mula mengenali sifat sebenar pasangan masing-masing. Di peringkat ini mula muncul silap faham dan konflik di celah kehidupan harian. Namun, sikap tolak ansur dan kesabaran di antara pasangan mampu membantu pasangan melepasi segala cabaran. Hasilnya ikatan kasih sayang pasangan akan bertambah erat. Kebahagiaan rumahtangga bukanlah dijamin dengan suasana perhubungan yang sentiasa tenang tetapi melalui keupayaan pasan...

Amal sebesar zarah

Dalam renungmu kau selak lembar hikmah tercatat dakwat merah berdarah mengalir sungai ke muara dan jiwamu meraung di dada api membakar kesal saat tersentak sedar gerimis hikmah berderai mendingin bara kerna di sana amal sehalus zarah akan tetap dikira. Nota kemaskini Penulis: Tersiar pada 10 Ogos 2011 dengan tajuk ditukar sedikit kepada " Sehalus Zarah") 11/8/11

Mind your Ps...and Qs (For further reference)

+++++++++++++++++++++++ Mind your Ps...and Qs My favourite entry today. Wanna put here for easy retrieval... ++++++++++++++++++++++++++++

Nisfu Syaaban (dipetik dari emel)

Dipetik dari e-mel: +++++++++++++++++++++++++ Assalamualaikum w.b.t... Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..! Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban: 1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x 2. Membaca Yasin 3x selepas solat...

Mulut Laser tapi Hati Baik...

Penceramah kat IKIM.fm kata: "Buah limau kalau diperah akan mengeluarkan air limau" Maknanya buah limau kalau diperah takkan mengeluarkan madu. Fikir-fikirkan sempena menyambut Ramadhan yang bakal berkunjung sedikit masa lagi.

Pustaka di Rumah (i)

Image
Rak buku di ruang makan.. Koleksi antologi cerpen penulis Malaysia yang dibeli semasa Jualan Buku Dawama beberapa bulan lepas... Salah satu koleksi buku grolier yang dibeli untuk anak2 kira2 lapan tahun lepas.. waktu anak sulung masih baby... sekarang Fatihah dah di tahun dua... Buku anak2 di rak tivi Buku anak2 di rak tivi..

Anjakan Paradigma

Minggu lepas saya telah diarahkan untuk menghadiri bengkel membangun semula (Redevelopment) sistem kewangan jabatan. Ia boleh dianggap sebuah bengkel yang intensif kerana ia dijalankan selama 3 hari bermula pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10 malam setiap hari. Tujuan utama bengkel adalah untuk mengenalpasti pelbagai masalah yang wujud dalam perlaksanaan sistem semasa dan cuba untuk memasukkan penyelesaiannya di dalam sistem baru. Sebagai pengguna utama kepada sistem tersebut, saya adalah di antara kumpulan sasar yang "diperah otak" (brainstorm) untuk mendapatkan sebanyak input yang boleh. Memang betul-betul "taufan" kepala saya terutama pada dua hari pertama bengkel tersebut. Sampaikan ahli kumpulan saya sengih2 je bila tengok air muka saya berkerut seperti dipukul ribut. Yang nak dikongsi saya sebenarnya ialah walaupun saya rasa betul2 tertekan waktu bengkel tersebut, tetapi sebaliknya selepas kembali semula ke pejabat, timbul satu perasaan yang berbeza. Saya...

Surat Taa Haa

Juadah Tengahari Jumaat +++++++++++++++++++++++++++++++++ 1. Doa Penerang Hati dan untuk Memudahkan Urusan قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى (٢٥) وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى (٢٦) وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى (٢٧) يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى ( ٢٨ -(Moses) said: My Lord! relieve my mind (25) And ease my task for me; (26) And loose a knot from my tongue, (27) That they may understand my saying. (28) -Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27) Supaya mereka faham perkataanku; 2. Jawapan kepada persoalan kenapa Hari Kiamat tidak diberitahu bila akan berlaku إِنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِيَةٌ أَكَادُ أُخۡفِيہَا لِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا تَسۡعَىٰ (١٥) فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنۡہَا مَن لَّا يُؤۡمِنُ بِہَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ فَتَرۡدَىٰ (١٦) -"Verily, the Hour is coming and I am almost hiding it from myself - that every person may be rewarded for that which he strives. (15...

Go for it....

Kelemahan saya; saya sukar nak berbicara di hadapan orang ramai. Saya rasa hal ini berlaku kerana rasa rendah diri terhadap keupayaan diri sendiri. Buktinya saya akan menggeletar tahap teruk setiap kali berucap di khalayak ramai. Tapi kali ni saya tak nak cerita pasal tu sebab kalau mula, payah nak berhenti. Pada mesyuarat jabatan saya yang lepas saya telah diamanahkan untuk melaksanakan satu program kecil. Itupun sebab mulut saya "gatal" mengajukan pendapat. Akhirnya saya yang kena buat. Strategi saya untuk melaksanakan program ni ialah dengan mendapatkan pelbagai input dari pihak pekerja supaya perlaksanaannya nanti mendapat sambutan dari semua pihak. Jadi saya rancang nak jumpa wakil pekerja untuk mendapat kerjasama mereka. Sepanjang minggu lepas saya rasa tak sedap hati sebab tak yakin yang saya mampu untuk memahamkan wakil2 tersebut mengenai idea saya. Dan saya juga risau yang saya akan "syok sendiri" dalam melaksanakan program ni. Tapi memandangkan minggu depa...

Pecah Amanah?...

Waktu tu saya masih belajar di sekolah rendah, saya tak ingat darjah berapa tapi kemungkinan darjah dua dan abang saya darjah tiga. Saya sesi pagi dan abang saya yang setahun lebih tua belajar di sesi petang. Saya dan abang saya boleh dikatakan rapat kerana usia kami yang tidak jauh beza. Sebelum itu kami sama2 bersekolah sesi pagi jadi pada tahun tersebut kami cuma berpeluang berjumpa pada sebelah malam sahaja. Pada suatu ketika saya terjumpa sejenis kuih yang saya rasa sedap sangat dan saya cakap kat abang saya. Kisahnya, abang saya teringin jugak nak rasa. Jadi dia pesan saya belikan untuk dia dan bawa balik. Saya si adik bertuah ni pun pegi lah carik kuih tu waktu rehat esoknya. Malangnya hari tu saya tak dapat beli (Tak ingat sebab kuih habis ke sebab tak jual hari tu). Yang kelakarnya, dengan selambanya saya guna duit tu untuk beli karipap. Lepas tu karipap tu saya makan sendiri. Lepas tu saya boleh lupa pulak cerita tu. Satu hari, abah saya panggil saya. Dia tanya ada tak abang ...

bingkisan semangat

Menyingkap tabir pandangmu terpampang foto pasrah di dinding kamar setia hati seorang suami dan genggaman tangan kecil kian lerai disapa gerimis petang saat haruman mawar di laman masih semerbak dan bingkisan semangat yang kau titip semalam masih di kaku di situ namun megah dibalut tabah.

Al-Quran Teman Perjalanan Kehidupan

Hidup kita sentiasa ada pasang surutnya. Turun naiknya. Perjalanan Iman kita juga begitu. Termasuk diri saya. Kerap saya teringat kata- kata ini " Iman kita amat nipis, sama seperti kulit bawang". Waktu kupas bawang, cuba belek kulit dia. Bukan yang dah kering atau yang tebal tu. Tapi selaput dia yang nipis dan telus tu. Amat nipis, kan. Kadang-kadang saya bagai berputus asa. "Aku ni insan biasa jer. Takkan mampu nak solat awal waktu. Tu pun tak pasti khusyuk ke tak. Baca Al-Qur'an pun hati aku bukannya nak lembut. Dah banyak sangat buat dosa" Kerap hati saya berbisik macam tu. Tapi dalam kekalutan jiwa seperti itu, saya hanya berpaut pada satu perkara. Dalam AL-Qur'an (saya tak pasti ayat mana), yang menganjurkan supaya tetap membaca Al-Qur'an walau dalam keadaan apa sekalipun. Dan saya sendiri mengakui hakikat ini. Dalam ketika saya "hanyut" dalam arus kehidupan, kesibukan dunia menyebabkan solat saya semakin lewat. Bukan tidak resah. Bukan t...

Singkatnya masa...

Menekur bait-bait bicaranya lewat paparan blog, saya bagai amat mengenali dirinya. Terasa ketabahannya mendakap hati saya. Menompang semangat saya dalam menjalani hari-hari yang penuh cabaran. Gelak tawanya, tangis rintihnya, syukur zikirnya bagai hamparan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Harum menghiasi laman blognya. Pada hakikatnya, dia tiada lagi bersama kita untuk menghuni dunia yang sementara. Dia telah lebih dahulu meninggalkan kita untuk berpindah ke alam kekal. Namun melalui catatan-catatannya yang dilakar selepas dia mengetahui mengenai barah yang dihidapi, saya pinjam semangatnya. Saya pinjam tabahnya. Saya pinjam sabarnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dia telah menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah di dunia. Dan perginya dengan penuh kesedaran bahawa tempoh masanya dikira detik demi detik. Saat demi saat. Bagaimana pula dengan saya? Tempoh saya di dunia juga dikira detik demi detik. Saat demi saat. Tapi bilakah detik itu? Bilakah saat itu? Dala...

Surah Al-Waqiah

Sarapan Pagi Khamis ( وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَـٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ (٨٥ - And We are nearer unto him than ye are, but ye see not - (85) -"dan Kami lebih dekat dengannya daripadamu, tetapi kamu tidak dapat melihat (ketika itu)" (Surah Al-waqiah: 85) (saya baca surah Al-Waqiah dan Al-Hadid) Boleh rujuk link ni untuk AlQur'an dalam talian.

Al-Ankabut

Juadah Pagi Rabu ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 1. "Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji" (Surah Al-Ankabut; Ayat 2) (Saya baca ayat 1-14) 2. Siri Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Paling Bahagia Mawar Kesembilan- Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu Melati Kedua- Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka. 3. Siri Indahnya Hidup Bersyariat Pengertian Solat Jamak: Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu; solat zohor di dalam Asar dan sebaliknya, atau solat Maghrib di dalam waktu Isya atau sebaliknya. Bacaan Sujud Sahwi: Subhana man lam yanamu wa lam yas-hur ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Nota Penulis: "Terlalu singkat masa yang ada, namun terlalu banyak yang harus dilaksana"

Al-Fatihah

Saya terjumpa blog ini sewaktu blogwalking sebentar tadi... Pemiliknya baru sahaja berhijrah ke alam kekal semalam kerana menghidap kanser payudara.. Saya pun belum berkesempatan untuk menelusuri blognya dan pautkannya di sini untuk mudah saya menjenguk nanti2.... Saya terharu walau tidak pernah mengenali beliau dan membaca tulisannya sewaktu hidupnya... Tetapi saya doakan amalan baiknya akan berterusan mengalir melalui tulisan blog beliau kerana walaupun baru sedikit menelusuri blog beliau saya yakin saya adalah salah seorang dari insan yang akan sentiasa mengambil pengajaran dari situ. AlFatihah....

RM19.60

Berkaitan dengan entri sebelum ini mengenai kenaikan harga barang. Baru sebentar saya berbelanja RM19.60 di pasaraya kat tingkat bawah. Mari kita tengok apakah yang boleh saya beli dengan jumlah tersebut dan pada suatu masa nanti kita boleh rujuk dan banding maklumat ini. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Kraft Jacob High Fibre Pek Nilai 445 g RM6.80 (nak makan dengan sambal goreng, simpan kat ofis) Anlene Concentrate Chocolate 4-pack set RM5.90 (pengaruh iklan) Coated Green Peas Tong Garden 150g RM2.90 (my favourite) 2 botol Air Mineral Borneo RM4.00 (Maryam suruh beli, untuk simpan kat ofis) RM19.60 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gula naik

Ada ketika kita berasa tiada isu untuk diperkatakan. Betul ke tak ada isu? Atau sebenarnya terlalu banyak isu yang ingin diketengahkan sehingga tak tahu nak pilih yang mana. Siapa kata tak ada isu? Banyak sebenarnya cerita. Ambil satu contoh. Harga gula dan minyak naik lagi. Apa kesan jangka panjang terhadap masyarakat? Harga gula naik. Besar kemungkinan akan diikuti oleh harga barangan lain walaupun cuba dinafikan oleh golongan peniaga. Harga barangan naik sedangkan pendapatan pengguna tak naik. Akibatnya, kuasa membeli akan menurun. Dengan gaji sekarang, barang yang mampu dibeli akan berkurangan. Kalau masih mengekalkan gaya hidup yang sama sebelum gula naik, maknanya ia terpaksa ditanggung dengan punca pendapatan lain; cari kerja sambilan selain dari kerja utama atau BERHUTANG. Kesimpulannya, pilihan di tangan sendiri. Setiap kali kenaikan harga barang utama diumumkan, sebenarnya kehidupan kita tidak lagi serupa. Ia menuntut perubahan gaya hidup setiap ahli masyarakat. Kegagalan un...

Alahai anakku sayang...

++++++++++++++++++++++++ "Mama hari ni bawak bekal?" "Aaa..aa.." "Mana botol air Mama?" "Nanti Mama beli air botol kat kedai." "Kenapa Mama tak letak bekal tu kat tepi beg?" "Tak muat. Poket tepi beg tu kecik." "Ooooo.." Senyap...... ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Nota Penulis: Mentang2 le kita bawak bekal macam dia bawak bekal pegi sekolah, dia ingat semua mesti buat sama macam dia. :)

Selendang mimpi

Semalam yang masih sepi perlahan beransur pergi mengheret pedih derita di sebalik selendang mimpi andai garis senyummu adalah janji yang pasti akan kuhampar harapan di anjung setiamu dan saat mentari menyapa dingin embun kasih tidak lagi bersisa... Yang tinggal hanya hampa.

Hanya untuk yang berfikir

Sekali memandang rumput di bumi awan di langit air di laut arus di sungai aku di sini masih berdiri bersama ruang sepi kugenggam mimpi yang belum pasti di kaki langit senja menyapa di situ ada semangat di situ ada nasihat di situ ada azimat untuk diri yang ingin berfikir..

Lawak ke?

Dalam perjalanan ke pasaraya, saya dan suami rancak berbual. Sedar tak sedar dah pun sampai ke tempat nak dituju. Sewaktu nak buka pintu kereta, saya angkat gagang pintu serentak dengan suami yang baru nak buka klip "central lock" kereta. Jadi, pintu sebelah duduk saya tak dapat dibuka. Pada masa yang sama suami saya menyebut perkataan "hands-on" yang berkaitan dengan perbincangan rancak kami sebentar tadi. Saya cakap kat suami saya, "Sekali lagi bang", sebab nak suruh suami saya cuba tutup dan buka lagi sekali "central lock" kereta. Tapi, suami saya silap faham. Selamba jer dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap, " Hands-on"....

Tawakkal

Saudara, Andai salammu tidak berjawab Redhalah Ajal dan jodoh telah tersurat Rahsia hikmahNya pasti tersirat Hanya sekadar pesan seorang sahabat... -latihtubi-

Imej Kehidupan

Image
-Nenek dan cucu2nya ... - Pejabat di puncak bukit.. - Menghilir kehidupan... - Masjid Bahagian di pinggir sungai.. - Istana dan keusangan di sekitarnya.... - Kehidupan ibarat sampan, dayungnya di tangan penambang... - Tangga?.. - Puteri kek... Hmmm... Manisnya... - Warna.... -Warna.....

Imej kehidupan di hujung minggu

Image
- Menikmati keindahan pagi Ahad bersama keluarga. - Sebutir embun di pagi hari, hayatnya hanya setakat sinar mentari.. - Tasik lambang ketenangan jiwa.. - Jiwa anak2 sentiasa membara untuk mara menyapa dewasa... -Letih sangat lepas berjogging.. - Esok Maryam raikan harijadi awal sehari sebab lusa mama dan abah kena hadiri kursus kat luar stesen. Mama pulak cuba bakat hias kek... :)

Hmm.. Kecilnya dunia ni...

Pernah tak anda berada dalam situasi yang anda rasakan suatu misteri/ pelik/ kebetulan atau suratan? Apa maksudnya tu? Sekadar mengemukakan satu contoh; Anda menghadiri satu majlis. Dan di sana anda beramah mesra dengan hadirin yang lain. Pastinya anda akan menegur sapa mereka di kiri kanan anda. Nama sapa? Dari mana? Kerja kat mana? bla... bla... bla... Dalam seronok- seronok berborak, selidik punya selidik... - Rupa-rupanya kawan tu saudara bau-bau bacang anda sendiri yang lama dah tak jumpa sebab berpindah tempat tinggal; atau - dia rupa2 nya isteri kepada bekas teman istimewa anda suatu masa dulu - dia anak guru anda semasa sekolah rendah yang memang lama dah anda nak jumpa semula - kawan tu bercerita pasal isteri kepada sepupu jirannya dan rupa2nya cerita tu mengenai diri anda (andalah isteri sepupu jirannya tu) Seperti yang saya katakan di atas, cerita2 itu hanyalah sekadar menyebut contoh2 yang mungkin berlaku kepada diri anda. Saya sendiri pernah bertembung dengan beberapa sit...

Sejernih kasihNya

Sejernih air di sungai mengalir tenang ke hulu kau tanya mengapa kecewa hanya kerana cinta padahal Allah tetap di situ menghuni jiwaku asalkan aku bersihkan hatiku pasti akan kutemu CahayaNya hatiku tersentak mata hati kubuka biar cahaya menerang sukma dan aku yakin akan bersua KasihNya dan sungai akan terus mengalir tenangnya hanya pada yang mencari cinta Illahi. nota: sekadar latihtubi setelah menyepi.. :)

Sakinah, akak post resipi kat sini ya...

Sakinah , akak mintak izin copy and paste untuk rujukan masa depan... Keseluruhan posting adalah dari blog saudari saya, Sakinah... "Sumber dirujuk Dari Dapur CT Kek Coklat Tanpa Telur Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum* 1/3 cawan serbuk koko* 1 sudu kecil serbuk penaik* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat* 1/4 sudu kecil garam 3/4 cawan gula kastor 1/3 cawan minyak masak sayuran/minyak jagung 3/4 cawan air kopi panas 1/3 cawan susu segar [saya guna susu cair saja] 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka) [saya pun guna cuka] Cara-cara : 1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. 2. Dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata. 3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas). 4. Tapiskan adunan. [saya tak t...

Black Forest- Thanks kak Yatie

Beberapa lama dulu saya ada meminta rakan baru blogger share resipi black forest yang gambarnya dia upload kat blognya... Hari ni saya menjenguk blognya semula sebab tertarik dengan entrinya mengenai menjahit baju kebaya. Dah kat situ saya ambik peluang membaca entri2 lama beliau yang saya terlepas sebab lama tak ziarah. Terharunya... Sebab dia dah uploadkan resipinya untuk memenuhi permintaan saya tu. Kebetulan tengah bulan nih Birthday Maryam ke 6. Saya ingat nak cuba godek2 resipi tu. Sapa2 yang berminat boleh jenguk kat link nih ... Thanks very much ye Kak Yatie ... Muuahh.. :)

Marah

Segmen Motivasi Pagi, IKIMfm-Ustaz Pahrol "Marah itu umpama api di dapur hati, tidak boleh terlalu panas, kita akan hangus tidak boleh tiada langsung, kita akan dayus" 1. Perasaan marah tanpa kawalan akan lebih merosakkan kita sendiri berbanding dgn orang yg kita marah 2. Jangan marah terhadap kritikan kerana ia memberi kita tanda untuk membaiki diri 3. Marah yang terkawal adalah anugerah kerana ia mendorong kita untuk bangkit membela 4. Marahlah kerana Islam dan bukan kerana kepentingan diri 5. Setiap kali marah menjelma, cuba tengok diri di cermin dan kita akan menyedari hakikat rupa wajah kita ketika marah. Nota Pemblog: Saya pernah terdengar/ terbaca bahawa kemarahan kerap diluahkan terhadap mereka yang berada di bawah kawalan/ kuasa kita. Sebab itulah kecenderungan marah adalah dari ketua terhadap pekerjanya, ibu bapa terhadap anak2nya, suami terhadap isteri. Berdasarkan perkara ini, saya berpendapat untuk mengurangkan kemarahan yang melampau apabila berlakunya sesuatu ...