Harapan yang hampir renyuk...

Tiba- tiba saya teringat pada suatu pengalaman "ngeri" semasa saya berada di tingkatan 4 atau 5.

Semasa itu saya sedang menduduki peperiksaan akhir kertas 2 sabjek Matematik. Maknanya ia akan melibatkan banyak pengiraan dan gambarajah walaupun soalannya hanya seciput. Selalunya menjawab kertas ini akan memerlukan banyak masa dan jarang berpeluang untuk menyemak semula jawapan yang telah ditulis.

Gambaran yang jelas diingatan saya ialah gumpalan kertas jawapan yang bulat seperti bola sebesar genggaman tangan saya. Saya letak ke tepi meja dalam kekhusyukan menjawab soalan bersama dengan beberapa gumpalan kertas yang lain.

Apabila loceng tamat masa berbunyi, saya mula mengumpulkan kertas jawapan mengikut nombor soalan yang dijawab.

Zupp... Saya rasa tusukan ngilu di bahagian abdomen. Jantung saya berdebar- debar. Saya rasa macam nak pengsan. Mata saya mula berpinar- pinar.

Saya tarik nafas perlahan- lahan. Saya pujuk hati saya sendiri untuk bertenang. Dua tiga kali saya susun kertas jawapan dan jumlahnya masih tetap sama. Kertas jawapan saya kekurangan satu nombor soalan yang perlu dijawap. Rakan- rakan saya yang lain telah mula bergerak meninggalkan dewan peperiksaan.

Perlahan- lahan saya menoleh ke gumpalan kertas di sudut meja. Hati saya tak putus- putus berdoa. Dengan tangan yang sedikit menggeletar saya mencapai gumpalan kertas tersebut dan membentangkannya di atas meja. Dan di antara lipatan2 ronyok saya mengintai. Di atas kertas yang renyuk itu tertera no soalan dan jawapan yang saya cari.

Bibir saya mengorak senyum lega. Tapi saya perlu menebalkan muka berjumpa dengan pengawas peperiksaan. Saya perlu menjelaskan kenapa kertas jawapan saya renyuk. Seingat saya, dia berpuas hati dengan penjelasan kerana akhirnya saya lulus dengan baik untuk Sabjek Matematik tersebut.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak