Perancangan Allah....

Hari ni suami ajak saya menghadiri kenduri kahwin adik rakan sepejabatnya. Saya menjangkakan yang saya tak akan mengenali seorang pun tetamu yang hadir.
Jadi , saya pun pasang muka senyum sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan majlis.
Tiba- tiba sahaja saya disapa oleh seseorang. Memang terperanjat bila saya toleh, terpandang wajah kawan satu sekolah yang dah puluhan tahun tak berjumpa. Rupa-rupanya pengantin lelaki dan rakan sepejabat suami adalah anak saudaranya.
Nampaknya memang bukan majlis orang lain sebab kawan saya ni berkahwin dengan abang kepada kawan kami juga. Jadi maknanya majlis ni adalah majlis kepada dua orang kawan saya yang merupakan mak saudara kepada pengantin.

Kita hanya merancang tapi Allahlah sebaik- baik Perancang. Yakinlah pada perancangan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin