Daerah ini
Sekali sekala mengintai
daerah ini menggamit
berbisik lembut
akan tujuan asal
menjadi seorang pengembara
di alam maya
dan pencatat setia
cerita dan rasa
untuk rujukan
di hari muka
sekali sekali menjenguk
setelah sekian lama
jemari tidak berkata
kembali ke sini
bagai berziarah ke pondok memori
cerita dan rasa bersulam bersama
terhampar pelbagai warna
dan semoga hari esok
ruang ini akan masih setia
utuh dalam rasa
kukuh dalam jiwa
memahat rahsia.
0850 am
5 Jamadilakhir 1434H
16 April 2013
Comments
Post a Comment