KeranaMu

Kekasih
Kau titipkan rasa cinta
saat lelah kian mendakap
langkah demi langkah
dirantai kecewa

Kekasih
ada cahaya di hujung sana
hangat terasa hingga ke jiwa
pucuk semangat
kembali memutik

kini aku bangkit
mendepan arus
perjuangan mesti diterus

kerana 
setiap degup 
dan nafas dihela
keranaMu jua.

1130 am, 
20 Jamadil Awwal 1434H.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida