4 km

Hari ini saya sekeluarga beriadhah dengan aktiviti berjalan kaki dari bangunan Pustaka Negeri dan mengelilingi kawan masjid Jamek. Anggaran jaraknya ialah 4 km.

Kami memulakan aktiviti pada pukul 5.15 petang. Selepas melepasi 1km anak - anak mula mintak buka bekalan yang kami bawa. Beberapa keping kuih lempeng dan kari kakak buatkan sebelum kami keluar rumah.

Pada kilometer kedua, Asiah dah mula merungut. Tambahan pula dia terjatuh semasa berjalan dengan Maryam. Perjalanan semakin perlahan.

Pada kilometer ketiga, Asiah dah tak nak berjalan sendiri. Alhamdulillah abahnya sanggup dokong. Nak dokong sepanjang jalan memang tak bole lah kot. Berat Asiah lebih dari 20 kg. Matahari dah semakin condong ke barat.

Alhamdulillah akhirny setelah berusaha keras, kami sekeluarga sampai ke titik permulaan semula pada sekitar pukul 6.30 ptg. Selepas tangkap gambar sikit, kami pun balik. Sampai je kat rumah, azan sedang berkumandang. Nampak gayanya, kalau nak buat aktiviti merentas desa bersama keluarga lagi lain kali, kena keluar sebaik sahaja lepas solat Asar.

Mari layan gambar- gambar yang telah diambil. Pemandangan di Pustaka di waktu petang, titik mula, titik akhir dan wajah- wajah yang letih tetapi puas... Layan.....







Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida