Wrigley's Halal Jakim

Setelah sekian lama mencari produk gula- gula wrigleys yang memiliki sijil halal Jakim, akhirnya saya berjaya menjumpai satu produk yang memenuhi syarat.

Wrigley's Extra Professional Mints Sugarfree yang menawarkan beberapa perasa yang berbeza termasuk Forest Berries dan Dragon Fruit merupakan satu- satunya produk Wrigley's yang memiliki sijil Halal Jakim (berbanding dgn pelbagai produk wrigley's lain yang berada di rak yang sama di 2 pasaraya yang saya lawati).

Logo Halal Jakim tersebut bagaimana pun tidak terdapat pada tin produk tetapi hanya dibubuh pada plastik pembalut sahaja.

Sekurang- kurangnya sekarang kita ada pilihan untuk menikmati produk berkaitan yang memiliki sijil Halal Jakim. Sebelum ini memang saya tertanya- tanya kenapa pelbagai produk gula getah dan yang sewaktu dengannya memang belum lagi saya temui yang memiliki sijil Halal Jakim.



Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida