Thursday, April 4, 2013

Penghujung lorong


Kian jauh melangkah
hati yang resah
jiwa yang gundah

menyulam debar
menganyam iktibar

pada diri
sumpah dipateri
lurah dan lembah
akan diredah

suatu yang pasti
penghujung lorong
bukanlah penamat
malah penyelamat
andai berhemat.

No comments:

Post a Comment