Posts

Showing posts from June, 2012

Manusia dan Kemanusiaan

Kian jauh mengembara kian lelah memikul beban untuk memahami  ketabahan insan saat ibu merenung kejauhan sempatkah anakku menatap fajar pagi semalam di suatu sudut gelap runtuhan batu dan titisan darah tidak lagi bisa bercerita saat anak kecil meraung kelaparan di dadanya ada bara dendam entah bila akan padam dan deruan angin kering berbaur debu harapan sampai bila menjadi teman setia pada hati yang telah lama luka adakah akan sembuh atau selamanya akan parah bukti keinsanan telah lama lenyap dari kehidupan manusia dan kemanusiaan.

Karnival Sukan

Assalamualaikum wb.. Panggilan dari rumah. Fatihah nak membuka gerai semasa karnival sukan di sekolahnya Sabtu ini. Mulanya saya malas nak layan sebab suami ada kelas hujung minggu ni. Kalau ikut serta, bermakna saya yang akan sepenuhnya mengendali gerai tu. Tapi suara Fatihah macam beria- ia benar. Rasa kasihan pulak kalau tak bagi sokongan. Katanya nak buka gerai makanan. Aduh.... Ni yang lemah ni. Dia ingat mama dia ni chef ke apa? ... :). Takkan nak jual keropok kat sekolah. Junk Food tuuu.... Tak elok untuk kanak- kanak. Kalau ibu bapa diorang sendiri beli kat kedai tak apa... Jgn pula saya yang jadi pembekalnya di sekolah. Dah tu, nak jual apa? Takkan nak pasang gerai kosong jer. Hmmm.... Tengoklah nanti macamana. Saya dah ada idea sikit2, tapi kalau menjadi nanti saya buat entri. Kalau tak menjadi, biarlah ia menjadi rahsia... :)

Buah Fikir

Usah dipersia buah fikir yang meranum di rimba takulan nun jauh di pergunungan sepi sesekali  terlihat kelibat haiwan liar  mengintai menguja manis dan harum entah bagaimana enak rasanya andai jiwamu lemah tiada pernah ditempa uji mengasak kukuhnya pasak saat ribut  taufan  menghenyak pastinya sesat di dalam terangnya mentari tapi sebaliknya jangan pernah mengaku alah sebelum melangkah kerana mana mungkin menebak dalamnya lubuk kalau selamanya hanya gegak bertempik di tepian kali.

Rahsia Alam

Di ruang yang asing detik waktu bagaikan malu menghitung ruang yang panjang berbisik pada udara kenapa alam terlalu berahsia setiap helaian daun  dan kelopak yang berkembang adalah kunci kepada misteri yang lama tersembunyi dari pandang seorang insan mungkin suatu ketika bila bulan bersuara dan bintang bercerita bumi yang terhampar dan laut yang mendampar bakal bersatu menjadi saksi tiada hadir sebiji benih  di dalam bumi yang tidak berzikir pada Penciptanya Yang Maha Tinggi. dan aku di sini tetap setia bersama janji dari azali.

Menyesal?

Image
Assalamualaikum wb. Kita sering terkilan seandainya apa yang kita hajati tidak tercapai. Ada kalanya apa yang kita miliki hilang begitu sahaja. Sekali lagi kita rasa terkilan. Rasa menyesal. Kenapa aku tak dapat miliki benda tu?... Kenapa aku tak berhati- hati menjaga barang tu sebelum ni?. Kita mudah menyesal. Mudah terkilan. Perlu ke kita menghabiskan usia yang ada dengan penyesalan? Terlalu banyak perkara yang kita ingini tidak mampu kita perolehi. Adakah setiap kegagalan itu akan diikuti dengan penyesalan? Pilihan di tangan kita. Untuk menyesali perkara yang tidak kita mampu miliki? Atau menerima dengan hati terbuka dan membuka hati kita untuk menghargai apa yang sedia ada di dalam genggaman kita. Walau mungkin nilainya tidak setinggi apa yang yang telah pergi. Hakikatnya, hidup amat singkat untuk kita kesali. Wallahua'lam.

Menanam Azam

Assalamualaikum wb, Setiap hari kita ingin menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Kadang kala kita rasa ia suatu yang mustahil. Kenapa? Kerana, kita rasa kita sudah cukup baik. Jadi, mana mungkin ada ruang lagi untuk dibaiki supaya menjadi lebih baik dari semalam. Hakikatnya? Kita adalah insan biasa. Mudah untuk lupa dan leka. Dengan sentiasa mengaudit diri, kita pasti akan terjumpa ruang dan peluang untuk  menjadikan diri lebih baik dari semalam. Tiada yang mustahil, InsyaAllah. Asalkan kita berfikiran terbuka terhadap diri sendiri, tanamlah azam untuk berusaha mempertingkatkan diri. Untuk program ini berkesan, cuba langkah- langkah berikut: 1. kenali masalah diri 2. cari punca masalah 3. cadangkan penyelesaian 4. pastikan ia bermula dengan langkah yang kecil sahaja. Contoh:  1. Kenali masalah diri - Sukar untuk menjaga masa terutama untuk datang awal ke pejabat 2. Cari punca masalah - bangun lewat - perlu siapkan...

Sekian Lama

Assalamualaikum wb, Sekian lama didakap selesa seolah tiada yang bisa menjentik emosi aku orang yang sama semalam, hari ini dan selamanya pada hakikatnya di sebalik selekoh dan jalan terlalu banyak ranting dan duri menunggu masa untuk menikam jauh ke dalam hati yang leka perlahan aku tersedar perlu untuk membina rasa kebal andai berdepan apa saja tetap yakin dan bersedia aku orang yang sama semalam, hari ini dan selamanya.

Projek Nilam Keluarga

Assalamualaikum wb... Saya dan suami mempunyai peruntukan khas untuk membeli bahan bacaan sama seperti perbelanjaan rumah yang lain. Setiap kali menjenguk kedai buku, amat sukar untuk keluar tanpa membeli sebarang buku; sama ada untuk diri sendiri atau anak- anak. Selalunya buku yang saya dan suami beli dari bahan bacaan yang boleh dibaca berulang kali seperti buku agama, buku kraf atau buku bacaan umum.  Sebaliknya,  untuk anak- anak pula selalunya adalah buku cerita yang mereka akan baca sekali sahaja. Lepas tu akan dibiarkan berhabuk dan anak- anak akan merengek pula untuk dibelikan buku baru selepas menghabiskan bacaan dalam masa cuma beberapa hari. Rasa macam membazir pulak bila tengok buku- buku yang masih elok disimpan begitu sahaja. Jadi, sebagai penyelesaiannya, suami lancarkan Projek Nilam Keluarga. Fatihah dan Maryam ditawarkan hadiah yang mereka pilih sendiri setiap kali mereka mencapai sasaran jumlah buku yang ditetapkan; 30, 50, 70, 100...

Again?...

Assalamualaikum wb... Pembantu saya akan berhenti pada pertengahan bulan Julai ni.... Lagi sekali?... Bukan ke hari tu dah tulis pasal pembantu berhenti sebab kawin? Takkan baru setahun, pembantu baru nak berhenti pulak?.   Tak patut.... Sebenarnya, yang ni bukan pembantu baru. Masih tetap pembantu yang dulu jugak... Ehhh.. Hari tu tak jadi balik ke?.. Beria aje buat entri sedih hari tu.... Bukan juga tak jadi balik. Memang balik pun hari tu... Dan saya pun memang dah carik pembantu baru. Tapi, dipendekkan cerita yang panjang, pembantu saya masuk semula bekerja untuk tempoh setahun lagi alang- alang nak tamatkan paspot pada 2012 ni. Jadi, sekali lagi saya ulang tayang entri ni ,  tak payah saya taip semula. :) Kali ni, saya bukannya nak cerita pasal pembantu nak balik sebab ia dah dijangka awal- awal dah. Cuma, sekarang kena buat perancangan dan strategi untuk meneruskan kehidupan harian tanpa pembantu sebab saya seboleh- bolehnya tak nak dah ambil pembantu ...

Makna bahagia.

Assalamualaikum wb.. Apa makna bahagia? Adakah dengan memiliki segala- galanya yang ada di dunia? Atau berjaya melalui segala ujian dan cabaran kehidupan dengan penuh keredhaan bahawa segala yang buruk dan baik adalah milik Allah swt semata- mata? Andai maknanya yang pertama, saya belum pasti dari kategori orang yang bahagia, tetapi kalau maknanya dari yang kedua, InsyaAllah saya berdoa sayalah orang yang menggenggam kebahagiaan itu. Wallahu a'lam.

Hari Bersantai Sedunia

Image
Assalamualaikum wb... Seperti biasa, cuti sekolah bertembung dengan cuti perayaan Gawai Dayak. Saya dan suami bawa anak- anak keluar makan di tHe Spring. Memang meriah suasana perayaan kat situ. Ruang lobi dihias dengan pelbagai replika yang menggambarkan adat tradisi bangsa Dayak. Apalagi, anak- anak dan mak bapak anak- anak ambil peluang tangkap gambar. Teringat saya zaman kecil dulu, kalau cuti sekolah, saya balik kampung kat rumah nenek. Kat belakang rumah nenek ada bukit. Saya dan sepupu- sepupu suka panjat bukit dan main tangkap gambar. Konon2 nya filem dia ada banyak sangat, bukan setakat 12, 24 atau 36 snap sahaja. Rupa2 nya konsep tu dikenali sebagai kamera digital pada masa kini. Tak pernah terfikir pada waktu tu yang suatu masa nanti, untuk lepak kat pondok2 buluh macam kat dalam gambar2 ni, kena pegi pusat membeli belah, bukannya balik kampung nenek.