Mega Nisaa

Setelah berhempas-pulas beberapa hari, akhirnya saya berjaya menghabiskan pembacaan novel yang "amat" tebal ini. Sebenarnya novel Mega Nisaa hasil karya Azmah Nordin terbitan DBP tahun 2005 ini telah lama saya beli namun belum berkesempatan untuk membacanya. Di antara sebabnya adalah kesibukan aktiviti harian dan mungkin juga kerana ketebalannya yang pada jangkaan saya  hacita2 untuk menikmati tulisannya suatu hari nanti bila saya mempunyai kelapangan.
Lantas pada masa yang terluang sekarang ini saya pergunakan sebaiknya untuk menikmati novel ini. Walaupun tulisannya sedikit berat pada pendapat saya namun saya tetap menghargai penulisannya yang sarat dengan penggunaan kata yang indah dan pelbagai.
Secara ringkasnya novel ini mengangkat isu  feminisme sebagai temanya. Ia dikupas melalui perjuangan watak-watak utamanya untuk menghapuskan eksploitasi wanita dan kanak-kanak dalam industri pengiklanan. 
Antagonis novel ini pula adalah golongan lelaki yang terlibat di dalam industri pengiklanan yang berpendapat mereka bukan mengeksploit tetapi sebaliknya semata-mata tuntutan pelanggan yang inginkan produk mereka mendapat tempat di hati para pengguna dan kehendak itu mampu menghalalkan sebarang cara.
Secara keseluruhannya novel ini pasti menarik bagi golongan pembaca yang serius untuk menikmati pelbagai keindahan bahasa dan tema yang kontemporari dalam masyarakat yang terlibat dengan dunia korporat. Namun sebagai bacaan ringan mungkin novel ini bukan pilihan yang tepat untuk anda.

Comments

  1. Ummu Fatiha :)

    terima kasih kerana sudi membaca novel saya, akan sebuah lagi yg berjudul 'Lara' yg akan terbit sedikit masa lagi, ttg dunia perubatan dan penyalahgunaan kuasa membedah oleh doktor2 pakar ke atas pesakit kanser mereka.

    Ummu Fatiha, senang2 nanti, sudi2kanlah berkunjung ke blog amal saya di azmahnordin.blogspot.com di sana saya memberikan ilmu dan kelas bimbingan novel dan cerpen secara percuma, dtglah k

    salam hormat dan salam sayang sesama insan selalu :)

    az

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Puan,

    Terima kasih sebab menjenguk blog saya ni. Saya amat berbesar hati sebab seorang penulis tersohor seperti Puan Azmah sudi menitip secebis coretan kat sini.

    Saya memang mengikuti penulisan Puan dan menyedari yang Puan di antara penulis wanita yang berupaya menongkah arus masa dan masih aktif menulis sehingga kini. Malahan tema karya puan pun telah dari dulu mampu meneka perkembangan IT masa kini.

    Semoga usaha Puan di blog untuk melahirkan pelapis penulis seperti Puan akan mendapat keberkatan dari Allah, AMin.

    Insya'Allah saya akan cari novel terkini puan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin