anakku...
Gelak tawamu
bunga mekar harum
di taman hati
sendu tangismu
sapa mesra berlagu
di lembah jiwa
maka anakku
andai sekali sekala aku terleka
maafkan aku ibumu
yang mungkin alpa...
-latih tubi 1636 pm 28.04.09-
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca antalogi cerpen saya Di Kaki Mimbar dan mmebuat ulasan. Untuk pengetahuan puan cerpen Kasut Kelopak Jantung dalam antologi berkenaan telah terpilih sebagai bahan bacaan Komsas tingkatan 1 bermula tahun depan.
Alaikumsalam...
ReplyDeleteTerima kasih di atas kesudian menjenguk blog saya... Tahniah di atas pemilihan cerpen tuan sebagai bahan bacaan komsas... Semoga ia akan memberi faedah kepada pelajar2 dan guru2...