Selamat datang puteriku...
Hari ini genap 6 hari usia Syarifah Asiah Nur Annisaa. Tangisan pertamanya menyapa mama dan abah tepat pukul 7.53 pagi Jumaat, 27 Mac 2009.
Puteri ketiga kami ini dimasyhurkan sempena nama Asiah permaisuri Mesir yang amat berani dan tegas hatta berhadapan dengan Raja Fir'aun yang zalim. Nur Annisaa pula adalah bersempena nama surah di dalam Al Qur'an yang memuliakan golongan wanita.
Semoga Asiah Nur Annisaa akan membesar sebagai seorang wanita solehah yang menjadi kebanggaan mama dan abah, Insya'Allah...
Walau Sekadar Nama
2008-08-14 14:30:18

Asiah Nur Annisa
salammu kusambut
moga cekalmu
sekukuh wanita syurga
menaungi bayi Musa
dari kezaliman dunia
Muhammad Dhuha
walau masih terlalu asing
ku panggilmu cahaya pagi
yang memancarkan rezeki
pada mereka yang mencari
Walau kalian hadir
hanya sekadar nama
kutunggu tibamu
bersama doa...
(Karya pemblog sendiri dipetik dari laman Kapasitor)2008-08-14 14:30:18
kejawak mukanya ta...macam mbok tiah jak....wah...dah 3 puteri....tambah putera gik lak....amin...doakan abbas pun dapat adik k...
ReplyDeletemudah-mudahan abas dapat adik. relek-relek "molah" bah. ibuh stress gilak...
ReplyDeletemun ndak dapat putera shazlan terpaksalah cek wey tambah cawangan. haha (che we yang naip tok)...
huhu....mun nak nambah 'cawangan', jangan lupak dapatkan 'greenlite' lok...kekeke...
ReplyDeletetahniah...ok pa..puteri pompuan...leh pesen kan baju memacam..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, abu ariff ri ya dah maca hadis yang memuliakan ibu bapa yang membesarkan anak2 perempuan mereka dengan penuh bangga.
ReplyDelete