The Garden PArty and Other Stories
Semalam saya telah menamatkan bacaan koleksi cerpen bahasa Inggeris bertajuk The Garden Party and Other Stories karya Katherine Mansfield terbitan Oxford University Press tahun 2000. Buku ini merupakan salah satu bahan bacaan yang dipinjam oleh Fatihah dari PUSTAKA. Terdapat 9 buah cerpen menarik yang dikumpulkan dalam koleksi cerpen ini dan pada pandangan saya cerpen yang paling menarik ialah cerpen pertama yang bertajuk Feuille d'Album.
Cerpen tersebut mengisahkan seorang pelukis muda Ian French yang suka menyendiri sehingga dianggap misteri oleh masyarakat di sekelilingnya. Biarpun ramai wanita yang berusaha untuk mendekatinya namun tidak seorang pun yang berjaya menarik perhatiannya.
Keadaan ini akhirnya berubah apabila Ian tiba-tiba tertarik dengan seorang gadis yang mendiami rumah berhampiran dengan tempat tinggal tanpa gadis tersebut menyedari kewujudannya. Ian boleh dianggap sebagai jatuh cinta pandang pertama walaupun tidak mengetahui nama gadis tersebut. Pada pandangannya gadis tersebut memiliki persamaan karakter seperti dirinya yang suka menyendiri.
Ian mula memerhati gerak geri gadis tersebut dalam usaha untuk mendekatinya. Dia ahirnya berjaya mengesan rutin harian gadis tersebut yang akan keluar ke pasar pada setiap petang Khamis untuk membeli barangan dapur.
Cerpen ini pada pendapat saya diakhiri dengan pendekatan lucu di mana Ian hampir gagal untuk mendekati gadis tersebut walaupun gadis itu telah menyelesaikan urusannya di pasar. Dalam usaha untuk menegur gadis itu, Ian menggunakan taktik mengembalikan barang kepunyaan si gadis yang dikatakan tercicir. Tetapi yang lucunya Ian hanya sempat mengambil telur dari kedai yang dilawati oleh si gadis yang pastinya telah pecah sekiranya ia benar2 telah tercicir dari simpanan si gadis.
Secara keseluruhan cerpen ini menggunakan pendekatan santai tetapi selepas dianalisis ternyata penulis amat bijak dalam pengolahannya. Sebagai contoh, penulis menggunakan pendekatan pancaindera seperti penglihatan, pendengaran dan deria bau untuk menarik perhatian pembaca.
"One evening he was sitting at the side window eating an apple and looking down...."
"He heard her washing the dishes after supper, saw her come to the window..."
"...and the air smelled of plants and wet earth."
Penulis juga menggunakan pendekatan "showing and not telling" sepanjang penceritaan.
"From the two big windows he could see boats on the river and an island covered with trees. From the side window he looked across to a smaller and uglier house, and down below there was a flower market."
Seterusnya, penulis memasukkan unsur2 psikologi ke dalam watak utama di mana Ian digambarkan sebagai seorang pemuda yang suka bersendirian dan mudah obses terhadap sesuatu yang diminatinya sehingga sanggup memantau pergerakan harian objek yang diminatinya sehingga ke tahap mengekorinya. Sikap ini juga kerap dimenifestasikan oleh golongan psikopatik terhadap objek yang diminati. Kegagalan untuk mengawal perkara boleh mengakibatkan seseorang itu mengancam jiwa orang lain.
Cerpen-cerpen yang lain yang terdapat di dalam buku ini juga tidak kurang menariknya. Buku ini saya kategorikan sebagai buku yang disokong untuk dibaca...Must Read...
Comments
Post a Comment