Assalamualaikum wb. Salam 5 Syaaban 1432 Hijrah. Tak sampai sepurnama, cahaya Ramadhan akan kembali menyinari jiwa kita. Semoga kita sama2 akan dianugerahkan peluang untuk yang kesekian kalinya menikmati keindahan Ramadhan, Insya'Allah. Minggu ini juga merupakan Sabtu terakhir kami sekeluarga bersama pembantu kami, setelah 7 tahun bersama di bawah satu bumbung. Tak dinafikan, setelah sekian lama bersama, walaupun hanya seorang pembantu, terlalu banyak pahit manis yang kami kongsi. Dan Alhamdulillah, saya amat2 bersyukur kerana saat perpisahan dia dan keluarga kami, bukanlah perpisahan yang disebabkan kejadian yang negatif. Dia menamatkan perkhidmatannya kerana telah berkahwin hujung tahun lepas dan suaminya akan tamat kontrak kerja di sini. Saya sebagai seorang yang telah merasa pengalaman hidup berasingan dengan suami kerana keperluan tugas dan menuntut ilmu, amat memahami situasi tersebut. Memang sebelum ini setiap kali permit kerjanya tamat, saya akan beri peluang dia untuk memp...
rindu nar dengan mbok tiah n mbok yam...ingat gikka dengan cik yah tok...
ReplyDeletetedah mbok siah...alu sik tauk la nya dengan cik yahnya dah nya disinun...
mudah2an suma jadi anak yang solehah...salam peluk cium untuk puteri2 ktk ta...