Selamat datang puteriku...



Hari ini genap 6 hari usia Syarifah Asiah Nur Annisaa. Tangisan pertamanya menyapa mama dan abah tepat pukul 7.53 pagi Jumaat, 27 Mac 2009.
Puteri ketiga kami ini dimasyhurkan sempena nama Asiah permaisuri Mesir yang amat berani dan tegas hatta berhadapan dengan Raja Fir'aun yang zalim. Nur Annisaa pula adalah bersempena nama surah di dalam Al Qur'an yang memuliakan golongan wanita.
Semoga Asiah Nur Annisaa akan membesar sebagai seorang wanita solehah yang menjadi kebanggaan mama dan abah, Insya'Allah...

Walau Sekadar Nama

Asiah Nur Annisa

salammu kusambut

moga cekalmu

sekukuh wanita syurga

menaungi bayi Musa

dari kezaliman dunia

Muhammad Dhuha

walau masih terlalu asing

ku panggilmu cahaya pagi

yang memancarkan rezeki

pada mereka yang mencari

Walau kalian hadir

hanya sekadar nama

kutunggu tibamu

bersama doa...

(Karya pemblog sendiri dipetik dari laman Kapasitor)
2008-08-14 14:30:18

Comments

  1. kejawak mukanya ta...macam mbok tiah jak....wah...dah 3 puteri....tambah putera gik lak....amin...doakan abbas pun dapat adik k...

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan abas dapat adik. relek-relek "molah" bah. ibuh stress gilak...

    mun ndak dapat putera shazlan terpaksalah cek wey tambah cawangan. haha (che we yang naip tok)...

    ReplyDelete
  3. huhu....mun nak nambah 'cawangan', jangan lupak dapatkan 'greenlite' lok...kekeke...

    ReplyDelete
  4. tahniah...ok pa..puteri pompuan...leh pesen kan baju memacam..hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, abu ariff ri ya dah maca hadis yang memuliakan ibu bapa yang membesarkan anak2 perempuan mereka dengan penuh bangga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak