Zaman kanak- kanak
Kedai runcit. Ada pelbagai barang dijual di sini.
Ia adalah dunia kanak- kanak saya. Emak seorang peniaga kedai runcit.
Imej-imej utama ialah guni gula, beras, tepung.
Paket besar pelbagai makanan ringan yang bergantungan. Ada tong minyak tanah, di depannya ada pili. Tin- tin besar yang berisikan pelbagai biskut yang dijual secara timbang.
Bila usia saya meningkat remaja, emak menyewa lot kedai dan kami semua bersempit di ruang belakang kedai yang berfungsi sebagai bilik tidur, bilik rehat, dapur dan tempat solat.
Masih kedai runcit.
Emak berhenti dari menjadi peniaga kedai runcit bila lot tersebut ditarik balik oleh pihak perbandaran.
Selepas itu emak hanya berniaga runcit secara kecilan sahaja di depan rumah dan terus berhenti bila kami adik- beradik telah bekerja dan ruang kedai ditukar kepada ruang solat.
Sekadar gambar hiasan.
|
"Zaman anak- anak
Tiada akan pernah pudar
Kian jauh ditinggal pergi
Kian dekat di sanubari"
Comments
Post a Comment