Bersetuju untuk untuk tidak bersetuju
Bukan saya tak sayang
tanpanya siapalah saya
berdiri tanpa jati diri
tanpa wajah
tanpa rupa
Namun
siapapun kita
masing- masing punya rasa
punya hati
punya jiwa
"berbeza
tak semesti membenci
berbeza
bukan bermakna tidak sama,
bersetuju
untuk tidak bersetuju"
indahnya pelangi
kerana pelbagai warna
indahnya cinta
kerana pelbagai rasa
indahnya dunia
kerana pelbagai bangsa
semoga kita memahami
hanya Allah Pemilik segalanya.
Comments
Post a Comment