Amat teruja apabila kita menerima sapaan dari orang yang kita hormati/minati. Tidakkah kita teruja untuk membaca sms/ twitter dari Yang Maha Pencipta semasa kita membaca Al -Qur'an?
Amat teruja apabila bersua wajah dengan orang yang kita hormati/ minati. Tidakkah kita teruja dengan tawaran untuk bersua muka dengan Nabi kita Muhammad (saw) melalui pengamalan sunnahnya?
Bersyukur amat sukar hanya akan sedar saat hilang dari pegangan Kaya bukan hanya harta dunia juga nikmat kehidupan dan nyawa serta sanak saudara selagi dapat bersama
Assalamualaikum wb. Salam 5 Syaaban 1432 Hijrah. Tak sampai sepurnama, cahaya Ramadhan akan kembali menyinari jiwa kita. Semoga kita sama2 akan dianugerahkan peluang untuk yang kesekian kalinya menikmati keindahan Ramadhan, Insya'Allah. Minggu ini juga merupakan Sabtu terakhir kami sekeluarga bersama pembantu kami, setelah 7 tahun bersama di bawah satu bumbung. Tak dinafikan, setelah sekian lama bersama, walaupun hanya seorang pembantu, terlalu banyak pahit manis yang kami kongsi. Dan Alhamdulillah, saya amat2 bersyukur kerana saat perpisahan dia dan keluarga kami, bukanlah perpisahan yang disebabkan kejadian yang negatif. Dia menamatkan perkhidmatannya kerana telah berkahwin hujung tahun lepas dan suaminya akan tamat kontrak kerja di sini. Saya sebagai seorang yang telah merasa pengalaman hidup berasingan dengan suami kerana keperluan tugas dan menuntut ilmu, amat memahami situasi tersebut. Memang sebelum ini setiap kali permit kerjanya tamat, saya akan beri peluang dia untuk memp...
Mari kita jenguk surau di LTAM. Ia terletak di Aras Dua bersebelahan dengan Restoren makanan segera Marry Brown. Kena perhatikan betul- betul sebab kawasannya agak gelap yang kemungkinan boleh terlepas pandang. Bahagian ruang dalam agak lapang dan selesa. Ada ruang cermin yang sesuai untuk muslimah berkemas. Kawasan wuduknya pun selesa. Tahniah kepada pihak lapangan terbang yang berjaya menyediakan ruang solat yang selesa untuk memudahkan kita menunaikan solat apabila masuk waktu. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment