Mencari yang halal

Apabila pembekal ayam segar kami tidak lagi menjual ayam secara runcit kepada pelanggan, saya dan suami menghadapi kesukaran untuk memperolehi bekalan atam segar yang diketahui sumbernya.

Pembekal lama kami memang memiliki ladang ayam dan semua proses dilakukan sendiri oleh pekerja-pekerja beliau. Tapi sejak beliau membuka kedai makan sendiri, jumlah ayam segar untuk dijual kian kurang dan akhirnya terus tiada.

Setelah berulang berkali- kali untuk mendapat bekalan, akhirnya suami buat keputusan untuk cari pembekal baru. Sebenarnya di tempat saya memang agak sukar nak dapat bekalan ayam dari pembekal muslim yang memproses sendiri ayamnya. Kebanyakan mereka mendapatkan bekalan ayam yang telah disembelih dari syarikat yang tak dipastikan cara memprosesnya.

Bagi saya, memang tak haram makan ayam yang dibekalkan oleh syarikat yang dah diiktiraf oleh jakim. Malahan kalau kita makan di luar atau berziarah ke rumah rakan taulan, takkan nak siasat juga macamana ayam yang dijamu tu diproses.

Namun,saya berpendapat selagi mampu, saya dan suami nak pastikan ayam yang diproses dengan jelas sahaja akan dijamu untuk anak- anak di dalam rumah kami sendiri.

Alhamdulillah,selepas merisik beberapa ketika, saya dapat tahu dari adik saya ada pembekal ayam muslim(bukan ayam yg muslim) berdekatan dgn kediaman kami. Katanya, menurut pembekal tu mereka menyembelih sendiri ayam2 di kilang muslim juga.

Kali pertama membeli di situ saya kuatkan hati bertanya kepada penjual di situ dari manakah mereka mendapatkan bekalan ayam segar. Sekadar untuk mendengar sendiri dari empunya badan. Seperti cerita adik saya, mereka mengaku bahawa memang ayam hidup mereka disembelih di tempat lain dan bukan disembelih sendiri. Malahan mereka menunjukkan surat pengesahan dari kilang yang dilekatkan di dinding berdekatan kaunter bayaran.

Bila saya intai surat tu, saya memang rasa lega yang amat sangat sebab saya memang kenal syarikat sembelihan tu.

Kalau tak kenal rapat macam isi dgn kuku pun, mungkin sekurang2nya saya dah pernah tengok profil syarikat dia. Dah pernah baca laporan kewangan dia. Dah pernah jumpa pengarah urusan dia. Dah pernah tengok kilang sembelihan ayam dia. Malahan dah pernah tengok proses sembelihan ayam mereka dari mula sampai akhir.

Alhamdulillah, kalau kita betul2 nak kebaikan, yakinlah Allah akan mudahkan. Rupa2nya kilang ayam ni adalah syarikat yang pernah saya ambil sebagai subjek kajian kes semasa saya buat sarjana perniagaan tahun 2007- 2009 yg lepas. Jadi memang saya pasti asal-usul syarikat tu yang semua pemegang sahamnya muslim dan proses sembelihan dijamin patuh syariah, In sya Allah.

Jadi, kalau ada sapa2 nak cari bekalan ayam segar di sekitar Petra Jaya, kuching bolehlah cari kedai ni di bangunan E Mart.









Comments

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak