Friday, May 24, 2013

Syukur ya Allah

Saya suka tengok laman web berkaitan dengan kraf dan salah satu perkara yang disentuh ialah mengenai bilik kraf mereka.

Selalunya mereka bercerita mengenai pemandangan yang mereka nikmati melalui bilik kraf mereka. Laman yang lapang yang selesa untuk keluarga bersantai. Amat berbeza dari rumah saya yang terletak di kawasan perumahan.


Bilik tidur ketiga yang saya tukarkan kepada bilik kraf pemandangan dari tingkapnya menghadap ke kawasan belakang rumah. Rumah teres kami terletak di tengah-tengah kawasan perumahan kami. Laman pun tak ada.

Rasa macam terkilan sebab tak dapat memiliki rumah yang ada ruang laman yang luas. Tapi bila saya terdengar keriuhan suara anak- anak di tingkat bawah, baru terasa betapa tak bersyukurnya saya.

Astaghfirullah al Azim.

Subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar.

No comments:

Post a Comment