Allahu Akbar
Allah,
Maha Besar kasihMu
Aku rebah tersungkur
Dalam keliru
Mencari cahaya
Betapa ranting imanku
Amat rapuh
Hanya kerana hembusan
Angin nafsu yang menerpa
Dari ruang jendela akal yang kelabu,
Tuhanku,
Di genggamanMu
Aku pasrah
Semoga akhiranku
Bersama cahaya KasihMu
Abadi selamanya.
Maha Besar kasihMu
Aku rebah tersungkur
Dalam keliru
Mencari cahaya
Betapa ranting imanku
Amat rapuh
Hanya kerana hembusan
Angin nafsu yang menerpa
Dari ruang jendela akal yang kelabu,
Tuhanku,
Di genggamanMu
Aku pasrah
Semoga akhiranku
Bersama cahaya KasihMu
Abadi selamanya.
Comments
Post a Comment