Posts

Showing posts from August, 2010

20 Ramadhan

Salam Ramadhan "Kesejahteraan di akhirat bukanlah kerana banyaknya ibadat kita tetapi kerana kasih sayang Allah. Namun kasih sayang Allah bukanlah boleh diperolehi dengan hanya bersenang- lenang tanpa sebarang usaha." Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda menyimpan perasaan terhadap seseorang dan ingin orang itu perasan kewujudan anda dan membalas perasan anda? Adakah anda akan duduk sahaja tanpa melakukan apa? Atau adakah anda akan menyiasat apakah kegemaran orang tersebut? Lantas cuba sedaya- upaya untuk menyediakan apa yang orang itu sukai supaya dia mengetahui perasaan anda. Dan memastikan anda berada di lokasi yang kerap dihadirinya supaya dia perasan dan menyedari kehadiran anda. Dengan harapan orang tersebut akan jatuh hati dan membalas perasaan anda. Jadi, walaupun ibadah kita tidak menjamin kesejahteraan di akhirat, sentiasalah kita berusaha untuk memenangi perhatian dan kasih sayang Allah SWT. WallahuA'lam.

17 Ramadhan

Salam Ramadhan. Dah 17 hari kita menjalani ibadah puasa. Pada masa yang sama kehidupan harian saya berjalan seperti biasa. Telah beberapa hari saya tidak menulis di blog. Bukan tiada masa, tapi hati saya memang tak tergerak nak menulis. Jadi, saya sekadar blogwalking menjenguk blog rakan2 dan bakal rakan2 blog. Walaupun orang boleh kata kenapa semasa bulan puasa jer, tapi salah satu sebab saya tidak menulis ialah kerana takut tersilap tulis perkara yang tidak berfaedah. Saya pun tak berani nak cakap lebih2 tapi mungkin kerana keberkatan Ramadhan yang menyebabkan saya berfikir lebih panjang sebelum melakukan sesuatu. Cuma hari ni, hati saya membuak2 nak menulis. Saya berbisik sendiri mungkin kalau tidak banyak mungkin secebis bakal ada tulisan saya yang menyumbang kepada kebaikan, Insya'Allah. Dalam sessi blogwalking, saya terjumpa dengan satu portal yang membincangkan pelbagai perkara mengenai agama. Yang menimbulkan kemusykilan saya ialah bagaimana semua topik yang diketengahkan b...

Kongsi- kongsi

Saya jarang forward maklumat yang saya terima dari e-me kerana khuatir kandungan emel tersebut akan mengganggu penerimanya. Tapi rasa saya apa yang saya terima dari emel sebentar tadi boleh dimanfaatkan bersama. Jadi, saya postkan di blog ini untuk tujuan berkongsi. Konsep blog yang memerlukan pengunjung datang sekiranya berminat untuk mengetahui maklumat yang dipaparkan berbanding dengan konsep emel yang memanjangkan sebarang perkara samada yang disukai atau tidak oleh si penerima menyebabkan saya lebih selesa berkongsi maklumat di blog saya. ++++++++++++++++++++++++ Subject FW: Rabbighfirli Warhamni - Subhanallah indahnya ~ DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanla...

Grandma Says..

Image
Saya sendiri dah tak ingat bila saya melanggan bulletin ni. Tapi memang dah lama dan walaupun tak kerap, dari masa ke masa ia akan hantar e-mel mengenai tip keibubapaan. Selalunya saya delete je tanpa baca. Tapi tak pernah pulak fikir nak unsubscribe. Hari ni tiba2 tergerak pulak hati saya nak baca dan tertarik dengan isinya. Saya post semula kat sini untuk rujukan saya masa depan. Di bawah adalah e-mel berkaitan: ++++++++++++++++++++++++++++++++++ Articles that appear from Grandma Says are focused on general parenting practices and philosophy and are not as age-specific as articles that appear in Growing Child. "Grandma Says" is a feature of Growing Child and we encourage you to send your comments to: GrandmaSays@GrowingChild.com MEMORANDUM FROM A CHILD Cleaning out some drawers, I came across this memorandum. I'm not at all sure of its source or age, but I find that the ideas are compelling and brief reminders of tips for good parenting. 1. Don't s...

14 Ramadhan

Salam 14 Ramadhan. Macamana agaknya puasa saya selama 14 hari ni yek? Mampu tak menganjak peribadi saya lebih tinggi dari sebelum Ramadhan dulu? Sepatutnya Ramadhan ini berupaya mengubah diri kita ke arah yang lebih baik kerana ia merupakan kem latihan kepada seorang Muslim. Adakah semangat berkobar- kobar untuk menghidupkan Ramadhan yang telah dipahat di hati semasa 1 Ramadhan masih lagi menyala dengan terang? Secara peribadi memang saya telah mula berasa kurang semangat. Telah beberapa malam ni teraweh saya tidak berwitir. Baca Al-Qur'an juga tidak kerap. Tetapi kalau dibanding dengan Ramadhan lepas, saya rasa sangat jauh bezanya. Tahun ini saya lebih jauh bersemangat untuk meraikan Ramadhan. Mungkin kerana tahun ni kami sekeluarga berpeluang merai Ramadhan bersama2 kerana suami telah berjaya dalam permohonannya untuk bertugas di bandar yang sama dengan saya dan anak- anak. Bukan apa, tinggal berasingan memang cabarannya lebih semasa Ramadhan kerana suami tinggal berseorangan. Ma...

lembah syukur

Saat awan hitam berarak kuhembuskan angin zikr dan gerimis berderai mengalirlah sungai sedar doaku subur di lembah syukur.

9 Ramadhan

Semalam merupakan 9 Ramadhan 1431 Hijriyyah. 8 tahun lepas, pada 9 Ramadahan pukul 5 petang Fatihah Humairaa telah selamat dilahirkan. Kenapa diputerikan sebagai Fatihah Humairaa'? Nama Fatihah dipilih kerana dia anak sulung yang membuka kehidupan berkeluarga kami. Nama Humairaa pula bersempena dengan nama gelaran yang diberikan Rasulullah SAW untuk Saiyiditina Aisyah r.a. dan moga2 kebijaksanaan Saiyiditina Aisyah ra akan diwarisi. Selamat menyambut ulangtahun ke 8, Fatihah Humairaa. Semoga membesar sebagai seorang Mu'minah Solehah.

Fitrah menanti

Kekasih, yang ku damba adalah hakikat; bukan sekadar buih- buih ombak di pantai. Usah kau membara saat dihina; walhal, katamu nista amalmu noda. ------------ Kembalilah, fitrah menanti. -------------

skrip yang usang

Lemparkan topeng itu sahabat tiada lagi sendiwara di pentas terbuka yang bisa membisa kolam jiwa mencarik naskah skrip yang usang dan si pengarah tua itu telah lama beralah meninggalkan bangku berdebu terpaku bisu

Ceria

Bia rkan jemari berbi cara melo ntar ba it pui si dan irama dunia w arnan ya ceria

Muhammad Adam

Sebenarnya saya lama dah nak buat entri ni, tapi baru hari ni diringankan hati untuk menulis selepas membaca entri bertajuk Melakukan Atas Dasar Apa di blog saudara blogger. Minggu lepas kalau tak silap hari Khamis saya terdengar satu segmen sempena Ramadhan di Ikim.FM bernama Islam Agamaku. Ia mengenai pengalaman2 saudara- saudara kita yang kembali kepada Islam. Memang menarik. Sesiapa yang berminat nak mengikut segmen tersebut ia ke udara pada pukul 5 petang setiap Khamis. Siri 2 minggu lepas adalah mengenai seorang remaja yang mula jatuh cinta kepada Islam semasa dia berumur 17 tahun. Ia berikutan perdebatannya bersama seorang kawan mengenai Islam. Persamaan kisah Nabi Adam a.s di dalam agama Islam dan Kristian menggamit hatinya untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam. Memilih nama Muhammad Adam, beliau mengucapkan dua kalimah Syahadah semasa berumur 18 dan sedang menuntut di kolej. Walaupun pilihannya tidak direstui keluarga dan terpaksa menangguhkan pengajian, ujian tersebut t...

Maryam Berpuasa

Ramadhan tahun ni Maryam mula belajar menunaikan ibadah puasa. Ini kali pertama Maryam menyertai kami sekeluarga meraikan Ramadhan. Sudah pasti sukar untuknya terus berpuasa penuh. Jadi pada hari pertama Ramadhan Maryam hanya diperkenalkan kemeriahan bersahur. Pada siangnya, pukul 9 pagi Maryam dah bising2 nak makan. Hari kedua dan ketiga, Khamis dan Jumaat pukul 12 tengahari Maryam terpaksa "berbuka" kerana dia perlu bersiap2 untk ke sekolah. Kami tak bagi dia berpuasa di sekolah sebab takut cikgu tak boleh layan kalau dia tiba2 tak larat nak meneruskan puasanya. Hari keempat, Sabtu tak sekolah. Jadi kami cuba ajak Maryam puasa penuh. Nampaknya okay untuk Maryam yang dikenali sebagai seorang yang banyak makan dan manja. Sehingga petang Maryam melalui pengalaman puasa penuhnya yang pertama tanpa sebarang masalah. Dan semasa berbuka, Maryam ambik peluang minum minuman sejuk yang biasanya kami tegah. Hari kelima, Ahad. Seperti hari keempat, puasa Maryam bermula dengan lancar. K...

Tawaran Harga Runtuh

Salam Ramadhan. Hari ini merupakan 6 Ramadhan. Jadi, macamana agak kesan Ramadhan setakat ni ke atas diri kita? Semoga peluang membaiki diri semasa Ramadhan tidak disia2kan. Seperti yang kita maklum, tempoh kedatangan Ramadhan adalah dikira detik demi detik. Hanya akan bersama kita selama 30 atau 29 hari dan tibanya pula hanya selepas kita melalui 11 bulan yang lain. Dan belum pasti kita akan diberi peluang untuk menikmati kemanisan Ramadhan yang akan datang. Ya... Biarpun pahit, itulah hakikatnya. Kita tidak pasti bilakah ajal akan tiba. Bila- bila masa Malaikat Izrail akan menjenguk dan menyampaikan berita bahawa masa kita telah sampai. Tidak akan dipercepatkan sesaat atau ditangguhkan sesaat. Jadi, dengan peluang yang masih ada ini, sama- samalah kita memanfaatkan keberkatan Ramadhan ini untuk melengkap diri sebanyak2nya dengan bekalan menuju akhirat. Kenapa mesti Ramadhan?.. Bulan2 lain tak boleh ke?. Kenapa agaknya ye? Sekiranya sebuah pasaraya menawarkan harga rendah untuk setiap...

Fatihah diuji

Semalam semasa balik kerja saya terperanjat tengok Fatihah menangis... Kira tahap serius pulak menangisnya. Bila tanya kat suami, rupa2nya Fatihah dah tak larat nak tahan dahaga. Dia bukan nak bukak puasa tapi nak minum sikit je. La.. Anakku... Mana boleh macam tu.. Kalau dah minum tu, kira dah batallah puasanya. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Fatihah menjalani ibadat puasa. Tahun lepas dia puasa penuh. Mungkin sebab cuaca dua tiga hari ni memang luar biasa sikit panasnya. Bukan tak kasihan, tapi dah pukul lima setengah pun waktu tu. Sayang pulak nak suruh dia berbuka. Lagipun, kalau dibiarkan, saya dan suami tak nak sikap mudah mengalah akan menjadi kebiasaannya pulak. Suami saya pun pujuklah dia beli minuman yang dia nak untuk buka puasa. Lepas tu dia bawak Fatihah jalan2 supaya leka dan tak ingat dengan dahaga. Tapi kalau dah anak2 memanglah anak2. Tak lama lepas tu saya dah tergelak suara ceria Fatihah dan Maryam sedang mandi petang. Tak de pulak nampak letih. Waktu Iftar lep...

Janji termaktub

Sekujur jiwa yang kaku ucapkan selamat tinggal kerana lampu dinding telah malap didakap janji yang termaktub di dalam kitab dan aku masih di sini mengutip sisa mimpi yang suatu hari nanti pasti menjadi realiti.

Sinar Ramadhan

Di kaki langit kau mengintai anak- anak ceria ayah bonda berdoa moga cahayamu tidak sia-sia menerangi buana Sinarmu Ramadhan menyerlah jiwa menyingkap jendela merdeka.

Saya memohon maaf..

Menyahut seruan saudara saya, Sakinah yang menyarankan untuk memulakan Ramadhan dengan sebagai usaha untuk melaluinya dengan ketenangan, saya memohon kemaafan di atas segala perbuatan atau tulisan saya yang menyinggung perasaan sesiapa sahaja yang pernah berinteraksi dengan saya sama ada di dunia nyata dan di dunia maya. Doakan saya berjaya menyempurnakan Ramadhan tahun ini dengan sebaik2nya, Insya'Allah. Saya juga mendoakan semua Muslimin terutamanya keluarga dan rakan akan mendapat keberkatan Ramadhan. Salam Ramadhan Mubarak.

Blogwalking

Saya cuba nak lawat laman web beberapa pelawat blog. Bukan saya tak pernah lawat blog2 pelawat2 blog saya sebelum ini. Malahan kebanyakan dari pelawat biasa saya merupakan pemilik blog yang saya ikuti. Tapi laman2 web yang saya lawat kali ni lain sikit. Saya pasti mereka ni sekadar nak tingkatkan lalu- lintas laman web mereka dengan meninggalkan jejak seberapa banyak yang mungkin di laman maya, dengan harapan link mereka akan dilawat kembali. Tujuan lawatan saya adalah untuk mengetahui selalunya golongan warganegara maya kategori ni, macam mana agaknya laman mereka. Saya ingat nak lawat semua link jenis ni yang terpapar kat chatbox saya, tapi selepas laman ketiga saya dah tak larat dah. Saya rasa tak berbaloi pulak nak luangkan masa saya kat situ sebab tak de "pulangan" langsung. Tapi supaya usaha mereka tak sia2, saya letaklah jugak link laman2 yang sempat saya lawat sebelum saya "letih" sebentar tadi. Pandoracharm- bracelet Purchase structured settlement Students...

Bunga Raya (Haiku Lagi)

Saya cuba buat ni waktu komen entri seorang kawan blogger (Percubaan berani mati sebab dia pakar Haiku.. :) Bunga raya ku Segar di pulau dingin merah menyala.

Kat rumah kita tak da pokok

"Mama, kalau LailatulQadar, kan ke pokok- pokok tunduk ke bumi. Macamana lailatulqadar kat rumah kita, sebab kat kawasan perumahan kita tak de pokok." Sebab ditanya secara mengejut, saya tak bersedia dengan jawapan, saya pun jawab, "Pokok kecik kat dalam pasu depan rumah pun sama jugak." Dia tanya balik, "Pokok kecik tu tunduk masih hidup ke? Bukan kerana dia dah layu?" Macam- macam..... Lepas tu dia sambung lagi, "Nanti kakak nak tunggu pokok- pokok tu tunduk lah." Saya pun ambik peluang cucuk jarum, "Haaa.. Kalau macam tu kena rajin solat terawikh dan baca AL-Qur'an." ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Tahun lepas Fatihah dah mula berpuasa penuh, tetapi belum begitu faham konsep Ramadhan. Tahun ni dia dah masuk lapan tahun dan berazam sendiri nak puasa penuh. Tahun lepas kami yang bagi semangat untuk cuba puasa penuh. Minggu lepas suami saya belikan dia novel remaja/ kanak- kanak mengenai puasa. Jadi rasanya cerita dalam...

Haiku Lagi

Saya tiba- tiba berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai haiku. Sedikit maklumat baru yang diperolehi, maklumat dari sini : 1. Baris Haiku 5-7-5 2. Baris pertama dan kedua perlu memasukkan kata musim yang menceritakan pandanganpenulis. Ia juga tidak harus dipuisikan. 3. Baris ketiga memberi bayang pada baris 1 dan 2 Mari saya cuba lagi berdasarkan maklumat di atas: 5 Malam dan solat 7 Siang dan ujiannya 5 Ramadhan mesra

Alhamdulillahilladzi ahyana...

Juadah tengahari Juma'at Ringkasan Segmen Motivasi Pagi Ikim.FM- 06.08.10 ++++++++++++++++++++++++++++++ 1. Peluang untuk meneruskan kehidupan sehari lagi merupakan anugerah berharga dari Allah. Sebab itu kita dianjurkan untuk membaca doa bangun tidur; ***** "• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur Artinya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit Keterangan : Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin : عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ Artinya : Hudzaifah r.a...

Mari cuba buat Haiku

Setakat yang saya tahu, haiku adalah puisi yang mempunyai 3 baris dan setiap baris terdiri dari suku kata 5,7,5. Saya tak pernah cuba lagi tapi semalam saya blogwalking dan terjumpa sorang pemblog yang mahir membuat haiku. 5 awan yang hitam 7 hati kecil berbisik 5 sepi di sini hhmmm.....

Kebakaran

Petang semalam penghuni bangunan yang diduduki pejabat saya digemparkan oleh siren kecemasan. Pada mulanya saya yang baru bersiap- siap nak ke surau untuk menunaikan solat Asar menganggap ia hanya amaran biasa. Maksudnya mungkin ada yang tertekan butang kecemasan pada lif secara tidak sengaja atau untuk main- main. Namun saya mula panik bila tercium bau benda terbakar dan kelihatan asap keluar dari bahagian tangga. Beberapa orang rakan pejabat dari tingkat 9 (saya di tingkat 10) berlari naik dengan wajah pucat sambil memberitahu yang memang betul- betul berlaku kebakaran di bangunan 20 tingkat itu. Saya terus berlari balik ke bilik saya untuk mengambil beg. Dalam kelam kabut saya hanya sempat mematikan suis elektrik utama. Saya dah tak kisah sama ada komputer dah ditutup secara teratur. Yang kelakarnya, saya masih sempat mencapai novel "To kill a Mocking Bird" yang baru saya beli dan tak sempat lagi dibaca. Buku tu saya keluarkan dari beg sebelum tu sebab nak baca sewaktu tu...

Penat?

++++++++++++++++++++++++++++ "Biar penat sekarang asal jangan "penat" di kemudian hari" Ungkapan Imam Muda Terunggul Mohd Asyraf apabila ditanya bagaimana aktiviti beliau selepas tamatnya program Imam Muda. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Nota Pemblog: Ungkapan yang ringkas tetapi terselit makna yang mendalam untuk direnungi.

Sekolah tak ada ujian?..

Entri ini berkaitan dengan entri mengenai peperiksaan sebelum ini. Saya sengaja membuat entri tersebut sebagai intro atau pembuka selera sebelum membaca entri ini. Sebenarnya saya ingin berkongsi isu yang disentuh penceramah Motivasi Pagi IKIM.fm pagi tadi. Untuk makluman, beliau merupakan penceramah baru. Semalam pertama kali beliau ke udara dan saya terus meletakkan rating tak best. Tapi hari ni saya rasa saya patut memberi beliau peluang dan cuba untuk mengutip seberapa banyak pengajaran walau siapa pun yang memberinya. Dan Alhamdulillah saya membuat pilihan yang tepat kerana walaupun pendekatan ceramahnya berlainan dari penceramah2 sebelum ini, tetapi pengajaran yang dikongsikan tetap sama nilainya dengan yang terdahulu. +++++++++++++++++++++ Antara yang menarik: 1. Dunia ini merupakan dewan peperiksaan yang besar di mana tempoh kita di dalamnya telah ditetapkan. 2. Semasa di dewan peperiksaan, apakah reaksi spontan kita apabila berada di sana? Berjenaka? Bergurau senda? Berleka be...

Harapan yang hampir renyuk...

Tiba- tiba saya teringat pada suatu pengalaman "ngeri" semasa saya berada di tingkatan 4 atau 5. Semasa itu saya sedang menduduki peperiksaan akhir kertas 2 sabjek Matematik. Maknanya ia akan melibatkan banyak pengiraan dan gambarajah walaupun soalannya hanya seciput. Selalunya menjawab kertas ini akan memerlukan banyak masa dan jarang berpeluang untuk menyemak semula jawapan yang telah ditulis. Gambaran yang jelas diingatan saya ialah gumpalan kertas jawapan yang bulat seperti bola sebesar genggaman tangan saya. Saya letak ke tepi meja dalam kekhusyukan menjawab soalan bersama dengan beberapa gumpalan kertas yang lain. Apabila loceng tamat masa berbunyi, saya mula mengumpulkan kertas jawapan mengikut nombor soalan yang dijawab. Zupp... Saya rasa tusukan ngilu di bahagian abdomen. Jantung saya berdebar- debar. Saya rasa macam nak pengsan. Mata saya mula berpinar- pinar. Saya tarik nafas perlahan- lahan. Saya pujuk hati saya sendiri untuk bertenang. Dua tiga kali saya susun ke...

segenggam dendam

Matamu kayu lidahmu batu hatimu kaku jemarimu mencapah maruah bangsa dicakar mengalir darah dan nanah ke ceruk longkang dan saat itu selembar benang diri kian malu segenggam dendam meronta di dadamu adalah barah yang kian parah.

Rahsia Kejayaan Puan Faiza ( Tokoh MaulidurRasul 2010)

Diperik dari Mingguan Malaysia, 1 Ogos 2010, muka surat 9 Tulisan: Arif Nizam Abdullah. +++++++++++++++++++++++++++++++ Puan Faizah Bauwumi merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, pembekal 21 jenama beras dan pengeluar pelbagai jenis rempah ratus di pasaran. Apabila ditanya rahsia kejayaan beliau, jawapan Puan Faizah ialah: 1. Niat yang betul - Niat beliau berniaga bukan hendak menjadi kaya raya tetapi untuk membantu seramai mungkin ahli masyarakat melalui rezeki yang diperolehinya. Syarikat beliau merupakan salah satu pembayar zakat terbanyak di Malaysia. 2. Solat Dhuha dan Surah Al-Waqiah - Puan Faiza mengamalkan Solat Dhuha dan membaca surah Al-Waqiah setiap hari agar tidak ditimpa papa. ++++++++++++++++++++++++++++++++++ Nota Penulis: - Solat Dhuha merupa solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada waktu pagi selepas matahari terbit dan sebelum matahari tegak di kepala. Waktu yang sesuai adalah sekitar pukul 10 pagi. - Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke 56 yang terdiri...