Posts

Showing posts from April, 2013

Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Miri

Image
Mari kita jenguk surau di LTAM. Ia terletak di Aras Dua bersebelahan dengan Restoren makanan segera Marry Brown. Kena perhatikan betul- betul sebab kawasannya agak gelap yang kemungkinan boleh terlepas pandang. Bahagian ruang dalam agak lapang dan selesa. Ada ruang cermin yang sesuai untuk muslimah berkemas. Kawasan wuduknya pun selesa. Tahniah kepada pihak lapangan terbang yang berjaya menyediakan ruang solat yang selesa untuk memudahkan kita menunaikan solat apabila masuk waktu. Alhamdulillah.

It's okay to dream

Image
Nice caption considering current scenario... Especially the final comment made by the columnist. Well said sir.

Perancangan Allah....

Image
Hari ni suami ajak saya menghadiri kenduri kahwin adik rakan sepejabatnya. Saya menjangkakan yang saya tak akan mengenali seorang pun tetamu yang hadir. Jadi , saya pun pasang muka senyum sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan majlis. Tiba- tiba sahaja saya disapa oleh seseorang. Memang terperanjat bila saya toleh, terpandang wajah kawan satu sekolah yang dah puluhan tahun tak berjumpa. Rupa-rupanya pengantin lelaki dan rakan sepejabat suami adalah anak saudaranya. Nampaknya memang bukan majlis orang lain sebab kawan saya ni berkahwin dengan abang kepada kawan kami juga. Jadi maknanya majlis ni adalah majlis kepada dua orang kawan saya yang merupakan mak saudara kepada pengantin. Kita hanya merancang tapi Allahlah sebaik- baik Perancang. Yakinlah pada perancangan Allah.

Jalan- jalan cari makan

Image
Melepak dengan abah dan suami. Jom intai medan satok. Macam2 ada. Antaranya ialah gerai makan, gerai buah, gerai sayur. Asalkan rajin dan sanggup menjenguk dari gerai ke gerai. Luas amat tempatnya. Sebenarnya, ia adalah pasar basah yang dibuka pada hari ahad. Tapi malam sabtu penjual2 dah mula buka gerai. 3 layer tea dan mee crispy,kegemaran saya dan kat sini, ia memang memenuhi selera saya. Abah makan mee kuetiaw pataya dan suami makan kuetiaw goreng.

Tujuan perjalanan

Image
Hanya satu Tujuan perjalanan kita Walau jalan mana yang dipilih Rela atau terpaksa Tetap akan ke sana. -masjid jamek, kuching-

Blogging on the go

Image
Is as easy as blogging at home.

Work Ethics

Image
For my personal reference. Article from Borneo Post, 25 April 2013. Untuk pautannya di sini .

Pinjam, jangan tak pinjam

Image
Kalau dah masuk di dalam senarai hitam bank, macamana nak bayar pinjaman baru ni nanti? Tak payah bayar ke? Hmmmm.....(sambil menggaru tudung)

Sejalur mimpi

Kau bisa cipta bahagia dari sejalur mimpi dianyam menjadi pelangi....

4 km

Image
Hari ini saya sekeluarga beriadhah dengan aktiviti berjalan kaki dari bangunan Pustaka Negeri dan mengelilingi kawan masjid Jamek. Anggaran jaraknya ialah 4 km. Kami memulakan aktiviti pada pukul 5.15 petang. Selepas melepasi 1km anak - anak mula mintak buka bekalan yang kami bawa. Beberapa keping kuih lempeng dan kari kakak buatkan sebelum kami keluar rumah. Pada kilometer kedua, Asiah dah mula merungut. Tambahan pula dia terjatuh semasa berjalan dengan Maryam. Perjalanan semakin perlahan. Pada kilometer ketiga, Asiah dah tak nak berjalan sendiri. Alhamdulillah abahnya sanggup dokong. Nak dokong sepanjang jalan memang tak bole lah kot. Berat Asiah lebih dari 20 kg. Matahari dah semakin condong ke barat. Alhamdulillah akhirny setelah berusaha keras, kami sekeluarga sampai ke titik permulaan semula pada sekitar pukul 6.30 ptg. Selepas tangkap gambar sikit, kami pun balik. Sampai je kat rumah, azan sedang berkumandang. Nampak gayanya, kalau nak buat aktiviti merentas desa bersama...

Wrigley's Halal Jakim

Image
Setelah sekian lama mencari produk gula- gula wrigleys yang memiliki sijil halal Jakim, akhirnya saya berjaya menjumpai satu produk yang memenuhi syarat. Wrigley's Extra Professional Mints Sugarfree yang menawarkan beberapa perasa yang berbeza termasuk Forest Berries dan Dragon Fruit merupakan satu- satunya produk Wrigley's yang memiliki sijil Halal Jakim (berbanding dgn pelbagai produk wrigley's lain yang berada di rak yang sama di 2 pasaraya yang saya lawati). Logo Halal Jakim tersebut bagaimana pun tidak terdapat pada tin produk tetapi hanya dibubuh pada plastik pembalut sahaja. Sekurang- kurangnya sekarang kita ada pilihan untuk menikmati produk berkaitan yang memiliki sijil Halal Jakim. Sebelum ini memang saya tertanya- tanya kenapa pelbagai produk gula getah dan yang sewaktu dengannya memang belum lagi saya temui yang memiliki sijil Halal Jakim.

Minyak aromaterapi

Image
Akhir- akhir ini pelbagai jenis minyak angin dalam bentuk roll on berada di pasaran. Yang saya suka dengan produk sebegini ialah ia disediakan dalam bentuk seperti minyak wangi yang mudah dibawa ke mana- mana. Jadi, bila- bila memerlukan, boleh capai je dari dalam beg atau poket bagi lelaki. Ia menawarkan pelbagai jenis aromaterapi seperti teh hijau, lemon, barli dan lain- lain. Terbaru saya jumpa aromaterapi lavender. Selain dari berperanan sebagai minyak angin, aromanya juga boleh melegakan jiwa.

Blogging from mobile

Percubaan utk kemaskini blog menggunakan nokia. Utk menulis mcm tak ada masalah tapi nak muat naik gambar mungkin tak mesra sangat. Applikasi yang digunakan adalah applikasi percuma blob. Kalau ok, mungkin boleh beli yang berbayar, rm3 rasanya.

Mungkin...

Mungkin kita perlu lebih kaya  supaya lebih merdeka dalam memilih masa depan kita...     8 Jamadil Akhir 1434H 19 April 2013

Daerah ini

Sekali sekala mengintai daerah ini menggamit berbisik lembut akan tujuan asal menjadi seorang pengembara di alam maya dan pencatat setia cerita dan rasa untuk rujukan di hari muka sekali sekali menjenguk setelah sekian lama jemari tidak berkata kembali ke sini bagai berziarah ke pondok memori cerita dan rasa bersulam bersama terhampar pelbagai warna dan semoga hari esok ruang ini akan masih setia utuh dalam rasa kukuh dalam jiwa memahat rahsia. 0850 am 5 Jamadilakhir 1434H 16 April 2013

Jemari Kecil

Jemari kecil  lakaranmu semalam tiada hitam dan kelabu di sana mawar merah awan yang biru rerama ungu  dan pelangi indah berwarna- warni  kenapa hari ini langit yang suram malam yang kelam laut yang bergelombang memenuhi kanvas kehidupan yang kau lakarkan di saat usia baru menjejak remaja lupakah kau wahai anak kecil walau sejauh mana perjalanan sesukar mana ranjau kehidupan warna pelangi takkan pernah hilang cahaya mentari takkan pernah padam asalkan sinar matamu tetap menyinar semangat keazaman.   1515 pm 1 Jamadil Akhir 1434 H 12 April 2013

Menantu oh Menantu...

Dua tiga hari lepas, Asiah terjumpa koleksi album gambar sewaktu Fatihah dan Maryam masih bayi. Rasa macam tak percaya yang bayi- bayi kecil saya tu dah nak jadi anak dara dah sekarang. Fatihah dah 11 tahun dan Maryam pula 8 tahun. Rasanya, esok lusa tiba- tiba je terima menantu...  Petang semalam, tanpa sebarang perancangan awal saya berbual dengan Fatihah mengenai Hadith Nabi SAW yang menyentuh mengenai 4 ciri yang perlu dipertimbangkan semasa memilih pasangan hidup. Mungkin rasanya terlalu awal untuk perkara tu sekarang. Tapi saya rasa, sesi pengenalan perlu dibuat sekarang memandangkan tahap kematangan remaja sekarang memang jauh lebih awal berbanding dengan remaja zaman saya dulu. Pendirian saya, lebih mudah untuk mencegah dari mengubati. Sebelum perasaan ingin disayangi oleh pihak berlawan jenis mula menyusup, baik saya kawal dulu emosinya dengan hadith tersebut. Dengan pengaruh media yang berada di mana- mana, amat mustahil untuk ibu bapa mengawal anak- anak dalam te...

Penghujung lorong

Kian jauh melangkah hati yang resah jiwa yang gundah menyulam debar menganyam iktibar pada diri sumpah dipateri lurah dan lembah akan diredah suatu yang pasti penghujung lorong bukanlah penamat malah penyelamat andai berhemat.

KeranaMu

Kekasih Kau titipkan rasa cinta saat lelah kian mendakap langkah demi langkah dirantai kecewa Kekasih ada cahaya di hujung sana hangat terasa hingga ke jiwa pucuk semangat kembali memutik kini aku bangkit mendepan arus perjuangan mesti diterus kerana  setiap degup  dan nafas dihela keranaMu jua. 1130 am,  20 Jamadil Awwal 1434H.