Apa salahku?
Assalamualaikum wb...
Naluri setiap insan ingin untuk disenangi oleh semua; rakan, saudara mara apatah lagi pasangan dan anak- anak.
Justeru, kita berusaha untuk mengambil hati mereka yang berada di sekeliling kita dan pada masa yang sama mengelakkan dari melakukan perkara yang tidak mereka sukai.
Namun selagi kita bernama insan, tiada perkara yang dapat kita pastikan akan berlaku seperti yang kita inginkan.
Banyak kali, tanpa kita sedari ada orang yang berkecil hati dengan kita sama ada kerana perbuatan yang tidak kita sengaja, ataupun perbuatan yang tidak pernah kita lakukan langsung.
Mungkin pernah kita alami, tiba- tiba hamba Allah yang baik dengan kita memalingkan muka apabila berjumpa. Malahan, sanggup mengambil jalan lain untuk mengelakkan dari bertembung.
Masih beruntung kalau suatu ketika kita akhirnya mengetahui sebab sebenar perlakuan tersebut. Tapi tidak mustahil sehingga bila- bila kita masih tertanya- tanya sebabnya rakan kita bersikap demikian terhadap kita.
Persoalannya, adakah kita harus menerima akibatnya, menjeruk rasa kerana tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari seseorang walhal kita tidak melakukan apa- apa kesalahan?
Akhirnya kita akur bahawa kita tidak berupaya untuk mengatur perjalanan hidup kita, menentukan apa yang kita inginkan dan mencapai apa yang kita impikan.
Hakikatnya, hanya Allah SWT, Yang Maha Mencipta yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin saat itu, amat pahit untuk kita telan, namun seandainya hati kita bulat menyerahkan segalanya kepada Pemilik alam ini, tiada lagi yang lebih manis dan indah yang boleh kita kecapi di dalam kehidupan kita ini selain dari kepuasan kembali kepadaNYA.
WallahuA'lam.

Comments
Post a Comment