Sedangkan lidah lagi tergigit...

Assalamualaikum wb...

Mungkin hampir kepada yang mustahil agaknya (sekurang2nya bagi saya), untuk pasangan suami isteri untuk tidak pernah berselisih faham sepanjang kehidupan berumah tangga . Sebab itulah kehidupan rumahtangga disamakan dengan melayari bahtera di samudera kehidupan.

Pernah saya terdengar seorang penceramah motivasi berkata bahawa konflik rumahtangga adalah normal. Kerana dengan kewujudan konfliklah kita menyedari sesuatu isu yang tercetus lebih awal sebelum ia merebak menjadi "wabak" yang sukar untuk dibendung.

Namun, yang paling penting adalah bagaimanakah cara untuk menangani sesuatu konflik tersebut supaya ia dapat diselesaikan dengan baik. Malahan, berdasarkan pengalaman, saya rasa  kejayaan pasangan suami isteri dalam menyelesaikan sesuatu konflik akan menganjakkan mereka ke suatu aras baru dalam perkongsian kehidupan mereka.

Tahun ini merupakan tahun ke 12 perkahwinan saya. Memang masih terlalu singkat untuk melayakkan saya sebagai seorang yang arif dalam selok belok perkahwinan. Malah saya sentiasa merasakan masih terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari dan ketahui dalam memastikan persefahaman dapat dibina, dikekalkan dan ditingkatkan bersama suami.

Walau apa pun, saya dan suami cuba untuk sentiasa  berpegang pada prinsip,

"In order to gain, we should be willing to give as well"

Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita di dunia dan juga di Akhirat, Ameen.

Comments

  1. Assalamualaikum..

    bena kata ktk m.yah..menjalani sebuah perkahwinan bukan mudah yg d sangkakan.Ibarat melayari bahtera di tgh lautan (quote kata2 mak mentua ku time tgh bertunang).Apapun perselisihan kenak atasi dgn rasional.Mun x da semua ya, sik lengkaplah sebuah perkahwinan ya.Nak oo?

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Mai,

    Paduhal.. Dari sia m yah dapat peribahasa ya kali ho.. Sapa lah agaknya mak mertua yang "arif lagi bijaksana" itu... Hehehe.. :.

    Yalah Mai, mun embak palak keras dirik pun, semua rugi. Kalah jadi abu, menang jadi arang.

    Harap2 semua bunga2 di taman Masjid Shah Alam sentiasa mekar dan mewangi, Insya;Allah. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin