si penjaja akhbar



Dalam degup meniti embun pagi
naskah cerita dan berita menyimpan dingin harapan
sambil setia menekur sepi di perhentian sunyi
yang sesekali disinggahi wajah-wajah segar 
di sebalik cermin buram berhawa dingin

helaian biru yang bertukar tangan
adalah senyuman manis anak kecil
menanti bersama mimpi malam tadi
inginkan mainan Barbie
dan basikal kecil bereben merah

Namun
si penjaja akhbar
tetap di perhentian yang tidak lagi sunyi
tapi naskahnya masih setia di sisi...

1458
22.05.09

Comments

  1. Saya suka membaca puisi sdr. Terus hantar ke penerbitan yang ada. Mula kumpul dan jika dah cukuop 100 buah, tolong hantar ke penerbitan untuk dijadikan sebuah antologi.

    ReplyDelete
  2. Masih dalam proses "refresh" selepas seketika berehat. Insya'Allah kalau ada rezeki, akan diusahakan ke arah penerbitan walaupun mungkin masih jauh dari jangkauan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin