Posts

Showing posts from 2009

asiah n maryam the birthday girl

Image

Asiah the Little Shaoli

Image

Sejingkat yang mesra

Lewat angin malam yang berhembus aku adalah si perindu pada rumah nenek di tepi masjid tua menganyam kasih bersama gemersik azan maghrib di kaki bukit kerikil lalu sungai khayal beralun halus saat kapal kenangan berlabuh setia melempar senyum mesra anak-anak kecil di tepi jambatan ketawa gembira seketika terpana debu jalan raya dan deru kereta nenek telah tiada sejingkat yang mesra di dadamu kasihku tersisa. 1115 290609

Rumah ini

Rumah ini tiangnya kepercayaan lantainya kesetiaan dindingnya keyakinan anjungnya kemesraan tangganya kesabaran bumbungnya ketakwaan rumah ini di sini aku berdiri menyemai cinta kerana Illahi. 1255 270609

misteri kehidupan

Meraut mimpi di redup malam aku kian tenggelam kebingungan mawar hitam yang kau hadiahkan mengalir racun yang berbisa saat kolam mimpi mula berkocak degup janji yang kau ukir hanya runtuhan kata-kata manis berbaur angan yang kejam akhirnya dalam janji semalam aku kian mengerti misteri kehidupan akan tetap satu misteri. 22.06.09

Mengintai kenangan

Mengintai kenangan di tepi jendela jangan kau leka pada hijaunya daun jangan kau alpa pada birunya awan jangan kau lupa pada merahnya mawar kolam cinta yang tenang kini telah kian kontang ditelan dek mentari masa yang menghambat usia hari ini saat mega senja menyapa rerumput di laman rasa semakin mesra kerana kita semakin dewasa. 24.06.09

Cinta Sakinah

Di redup awan sinar matanya adalah kasih bening mendingin mentari yang resah di hujung pagi saat bara cemburu memamah rasa rindu kian hari berlalu kian kukuh membelenggu sunyi di lubuk kalbu seketika hati membeku lantas jiwa berbicara menyapa seuntai sabar cinta sakinah, moga diberkati selamanya. 0902 170609

Harga diri

Telah bangkit resah mencarta garis gelisah di gelombang ganas merempuh nafas di peta globalisasi lantas tersentak nafsu angkuh polis dunia saat tembok ego wall street ranap menyapa debu di bumi yang membahang hanya kini pandang mata fikir akur merendah rumput kering di bumi pun punya harga diri. 0936 16.06.09

kota meratap

kota menangis barah di dada menular kian hari menyebar di saraf mimpi kota tersendu darah dan nanah resah dan gelisah merentap parah kota meratap maruah yang musnah dimamah tamak nafsu atas nama kemodenan 1259 am 150609

Semalam, hari ini dan esok

Image
Dalam mimpi semalam ada degup harapan menutur rasa sepi saat senja menyapa garis langit di deru ombak hari ini nafas yang bangkit mengutip buih-buih kecewa adalah air mata yang lenyap di putih pepasir di pantai namun esok sinar mentari pagi pasti membawa cinta yang membenih rasa di kebun bahagia. 1105 130609

Kota jiwa (sebuah cerita)

Amat bingit namun terasa sunyi amat meriah namun terasa sepi amat mewah namun terasa payah kota jiwa kau amat resah kembalilah Dia Maha Pemurah... 0835 am 120609

gadis kecil bergaun merah

telah sekian lama dia disana di tepi jendela merenung kejauhan merentas ruang ingatan ke zaman silam yang kelam gadis cilik bergaun merah di tangannya sebakul kuih menjaja ke hujung desa demi sesuap cinta yang terlalu berharga di genggam derita di jendela itu dia masih setia mengintai derita yang masih ada di luar sana... 0854 am 11062009

kasihmu mama

tiga puluh tujuh tahun adalah terlalu lama untuk belajar erti dewasa dari bertatih sehingga berkeluarga jerih perih mendidik si manja senyum tangisnya penawar jiwa di kala ungkap sabar hanya sekadar kata tanpa makna kini di ambang tiga puluh tujuh aku kian mengerti kasihmu mama tiada bandingnya... 0846 am 11062009

Salam rindu wahai teman

Salam rindu wahai teman telah lama taman remaja kita tinggalkan saat menyemai benih persahabatan tika menyiram kembang kemesraan harum mewangi kudup kesetiaan bersama gurau dan gelak tawa ria bersulam rajuk dan derai air mata teman kini kita telah lama menginjak kota dewasa sibuk mengharung kerenah kerjaya juga nikmat kebahagiaan berkeluarga bersama senyum dan tawa si cilik penyejuk jiwa namun teman sesekali menyelak album kenangan ternyata wajah-wajah kalian masih kemas tersimpan di gobok ingatan... 1224 pm 100609

bicara tanpa kata...

Bicara kita tanpa kata tanpa makna apakah telah berlalu musim bunga yang kita cipta?... 0255 am 100609

pasrah

Image
Dalam duka yang meratap ada luka yang tersingkap menerobos rasa kecewa pada awan kelam yang tersisa merenung kaki malam aku disapa terkilan membungkam dendam saat tirai sumbang semalam mengetuk kamar harapan mungkinkah mampu aku melangkah menongkah pandang rekah sumbing mata menjeling agar sinar mentari menyalut mimpi aku pasrah... 0745 pm 050609

rebah yang patah

Jalur resah merentas angan yang bergentayangan di ruang tanpa kata dan bicara rebah yang patah patah yang parah parah yang berdarah berdarah yang bernanah bukakan mata minda agar tiada lagi jiwa yang cedera... 1135 am 050609

Mawar di Mahmudiyah

Image
Mawar yang kelmarin mekar walau tamannya berbahang di medan jihad dibaja nanah disiram darah yang merah hari ini di Mahmudiyah yang tinggal hanyalah makam bernisan dendam mencengkam jiwa dan harapan kelam pusara ini penjara itu kini aku tidak lagi keliru... 0959 am 040609

duka semalam...

Image
Duka di perjalanan yang kukutip semalam kian bernanah kian berdarah pedihnya menjalar ke urat saraf melumpuh rasa memamah jiwa hari ini aku masih di sini bersama hembusan zikir dan deruan takbir di lembah taqwa. Moga aku akan semakin dewasa dalam langkah hidup ke hari muka... 1530 030609

Maruah bangsa

Image
Mentari pagi tersipu malu petani muda di ladang menghijau telah lama kering keringatnya menyapa tanah berbudi tinggi nun di hujung kampung kilangnya segak berdiri tonggak kehidupan masyarakat sekeliling menjulang maruah yang dipandang rendah kini kami bukan lagi masyarakat subsidi... 0820 2 Jun 2009

penjara tanpa bicara

Image
Dalam kamar masa aku terperangkap mendakap resah dan gelisah jemari kasar memerangkap kebebasan kian hari kian erat tiap saat kian kejap wahai penjaga kamar yang setia lepaskan aku dari penjara tanpa bicara menekan jiwa dari arah berbeza sehingga terjerat menderas rasa lantas terjerit tanpa suara di sini aku masih terdera... 0135 am 21.05.09

Lovers and Stranger

Image
Sekarang saya sedang membaca buku ini yang ditulis oleh Robert Raymer. Penulis buku kumpulan cerpen bertajuk "Lovers and Strangers" ini merupakan seorang pensyarah Penulisan Kreatif di UNIMAS. Beliau berasal dari Amerika Syarikat dan telah menetap di Malaysia lebih dari 20 tahun. Sebenarnya saya baru sahaja mengenal penulis ini apabila mengetahui blog Robert Raymer, borneoexpatwriter.blogspot.com dari newsletter MPH Quill. Melalui blog tersebut beliau telah mempromosi kumpulan beliau yang menggamit perhatian saya untuk segera mencari buku beliau di MPH Spring. Membaca kumpulan cerpen Robert Raymer ternyata tidak mengecewakan. Setelah menikmati 15 dari 17 cerpen saya mendapati cara penulisan beliau begitu menarik terutama kerana kebanyakan latar cerita beliau menggunakan sudut pandang beliau sendiri sebagai seorang ekspatriat terhadap kebudayaan dan cara hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Menerima hakikat bahawa Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dan...

spektrum asmara

Spektrum rasa menjalur kasih di garisan cinta usah kau tanya ke mana arah zarah rindu berkelana dalam jiwa yang bergelut akan wujud koordinat yang sama di sana kita pasti bersua melakar cita di metropolis asmara... 1623 pm (latih tubi untuk nada penulisan yang bernada teramat asing)

akurlah...

Image
Telah ternyata  imbangan kejujuran  dan angka kewarasan kian mengabur dimamah nota merah biru ungu di sana  jemari haloba  mencakar kepercayaan mereka yang berharap pada keyakinan dan etika terbakarlah gedung kebanggaan  wall street terbongkarlah tembok kegagahan  uncle sam tercemarlah gelanggang keegoan dunia sana maka akurlah kerana kamu juga manusia biasa seperti mereka yang kerap kau hina... 1105 pm  26.05.09 (latih tubi sajak yang bernada berbeza dari yang sebelumnya) 

benih harapan

Image
Menatap hari semalam aku tersenyum kau bercanda aku adalah kekasih selamanya memateri cinta dalam degup rasa di hatiku mawar merah mekar mewangi hari ini awan hitam mendakap mimpi di gelora laut akukah nelayan itu yang kian lemah dan goyah di mataku mega jingga kian tenggelam menjangkau hari esok  belum pasti mentari akan menyapa kerana kita hanya dua jiwa nestapa di tanganku tergenggam sebutir harapan... 1100 pm 24.05.09

si penjaja akhbar

Image
Dalam degup meniti embun pagi naskah cerita dan berita menyimpan dingin harapan sambil setia menekur sepi di perhentian sunyi yang sesekali disinggahi wajah-wajah segar  di sebalik cermin buram berhawa dingin helaian biru yang bertukar tangan adalah senyuman manis anak kecil menanti bersama mimpi malam tadi inginkan mainan Barbie dan basikal kecil bereben merah Namun si penjaja akhbar tetap di perhentian yang tidak lagi sunyi tapi naskahnya masih setia di sisi... 1458 22.05.09

Soal jawab agama

S aya kerap keliru mengenai tempoh darah nifas . Almaklum la, urusan melahirkan bukannya berlaku tiap - tiap hari ... Lantas untuk mendapat kepastian saya menelusuri internet untuk mendapat maklumat lanjut dan telah terjumpa dengan laman ini   http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/tempoh-nifas.html . Berdasarkan pembacaan saya , walaupun terdapat pendapat yang berpegang kepada tempoh 40 hari , ternyata Imam Shafiee berpegang bahawa tempoh 40 adalah kebiasaan untuk darah nifas keluar . Manakala Imam Shafiee berpendapat tempoh maksima darah nifas keluar adalah selama 60 hari . Hal ini bermakna bagi kita yang mengikut mazhab Imam Syafiee , tempoh maksima untuk nifas sekiranya masih ada darah adalah 60 hari . WallahuA'lam ...

Senja...

Image
S eringkali para pujangga mengaitkan senja dengan usia lewat. Kadangkala ia sinonim dengan penghujung kehidupan. Benarkah begitu?... Benarkah senja yang selalunya diwarnai cahaya merah di kaki langit adalah lambang kepada sisa-sisa kehidupan?... Sisa-sisa kehidupan yang jarang menjanjikan pengharapan ataupun peluang masa hadapan. Mari kita kembali kepada firman Allah yang begitu banyak menghiasi dada Al-Quran. Allah jelas menyatakan bahawa Dia ciptakan malam dan siang bertukar ganti di mana siang adalah untuk dimanfaatkan untuk mencari rezeki yang halal manakala malam pula dicipta untuk kita berehat setelah puas berusaha seharian. Lantas, di manakah pula peranan senja?... Ternyata senja merupakan waktu transisi di antara malam dan siang. Maka senja sebenarnya bukanlah penghujung kehidupan tetapi sebaliknya adalah sinar harapan untuk mereka yang telah berusaha sepanjang hari. Sinar harapan untuk melepaskan lelah dan bersantai bersama keluarga di malam hari manakala senja beralih pergi. ...

Bersyukurlah...

Image
Kerap kita merintih di atas kekurangan yang dialami. Gaji yang tidak pernah cukup... Kereta yang kecil... Pekerjaan yang membosankan... Semua yang kita miliki seolah-olah tidak sesempurna kehidupan orang lain. Mengapa perasaan sebegini kerap menghambat jiwa kita? Allah berfirman yang kira-kira bermaksud "Sekiranya engkau bersyukur akan aku tambahkan nikmat kepadamu tetapi sekiranya kamu kufur (tidak mensyukuri) sesungguhnya azabku amat pedih". Sebagai seorang Muslim amatlah sesuai untuk kita menjiwai dan meyakini janji Allah itu. Hal ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya dimana setiap hari sekurang-kurangnya lima kali kita membaca doa selepas azan yang diakhiri dengan "Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya". Adakah ayat Allah di atas bermakna seandainya kita bersyukur maka akan bergoleklah seguni harta dari Allah tanpa perlu kita berusaha? Atau akan melayang sepeti emas di bawa angin hanya dengan kita berpeluk tubuh sahaja? Semestinya...

pelangi bahagia...

Image
Titisan air mata  di pipi gebumu kesatkan ia  kerna detik semalam  telah lama berkelana nun di ufuk timur tidakkah kau lihat segaris cahaya kuning yang bakal menjingga menyelaputi pohon angsana dan  daerah hatimu akan ceria bersama warna-warni pelangi yang menjanjikan esok yang bahagia... =latih tubi 0130 am 30.04.09=

Mega Nisaa

Image
Setelah berhempas-pulas beberapa hari, akhirnya saya berjaya menghabiskan pembacaan novel yang "amat" tebal ini. Sebenarnya novel Mega Nisaa hasil karya Azmah Nordin terbitan DBP tahun 2005 ini telah lama saya beli namun belum berkesempatan untuk membacanya. Di antara sebabnya adalah kesibukan aktiviti harian dan mungkin juga kerana ketebalannya yang pada jangkaan saya  hacita2 untuk menikmati tulisannya suatu hari nanti bila saya mempunyai kelapangan. Lantas pada masa yang terluang sekarang ini saya pergunakan sebaiknya untuk menikmati novel ini. Walaupun tulisannya sedikit berat pada pendapat saya namun saya tetap menghargai penulisannya yang sarat dengan penggunaan kata yang indah dan pelbagai. Secara ringkasnya novel ini mengangkat isu  feminisme sebagai temanya. Ia dikupas melalui perjuangan watak-watak utamanya untuk menghapuskan eksploitasi wanita dan kanak-kanak dalam industri pengiklanan.  Antagonis novel ini pula adalah golongan lelaki yang terlibat di dalam industr...

anakku...

Image
                   Gelak tawamu                 bunga mekar harum                   di taman hati                      sendu tangismu                  sapa mesra berlagu                     di lembah jiwa                      maka anakku          andai sekali sekala aku terleka              maafkan aku ibumu              yang mungkin alpa... -latih tubi 1636 pm 28.04.09-