Posts

Showing posts from 2014

Sajak Buat Seorang Kawan

  Pada setiap patah bicara   ada pesan dan teladan   pada setiap gelak mesra   ada garis pelangi yang berseri walau seribu liku ditempuh   setiap langkah tak pernah goyah   setiap payah tak pernah mengalah   andai jatuh ke laut menjadi pulau yang indah   andai singgah di pantai menjadi pohon yang hijau   andai menjengah gurun yang luas lantas menjadi lembah yang subur . Pada kesempatan ini   sejambak kasih kami gubahkan   biar zaman bertukar   kelopaknya kan sentiasa mekar   lambang persahabatan   yang selamanya   tak akan pudar. 1230 pagi 9 Oktober 2014 (Gerhana bulan) Nota: Seorang rakan pejabat yang juga pernah sekumpulan untuk mewakili jabatan di Pertandingan DEKON akan berpindah kerja. Kami merancang untuk membuat jamuan ringkas dan sajak ini adalah satu kejutan untuknya.

Celebration Mode

Image
Today is last day of UPSR... Resit and postponed paper are different story... So, we are celebrating with the girls. What more, today is my birthday... And to say it is the one in my ic and not my actual birth day is also a different story.. Happy birthday to me.. - Posted using BlogPress from my iPhone

Untukmu Gaza

Hati yang luluh Senyumnya berdarah Saat teriakan anak kecil Dan tangisan wanita Meratap mimpi yang musnah Pelangi yang resah Di halaman rumah Yang telah punah - Posted using BlogPress from my iPhone

Marah dan mengalah.

"Marah adalah api yang membakar sabar adalah air yang dingin" Jangan kerana mereka di bawah jagaanmu, kau bebas melempiaskan kemarahan kepada mereka. Anak- anak, isteri, pekerja bawahan, atau mungkin rakan- rakan yang tiada banyak bicara mereka. Mengalah bukan bererti kalah.

Pistol Air

Image
Saya ke kedai dengan Asiah. Saya minta Asiah berjanji supaya tak mintak beli baran g. Sampai di kedai, Asiah merengek nak mintak belikan pistol air. Saya pujuk dan tuntut janji. Asiah tak peduli. Akhirnya saya mengalah. Saya bayar harga pistol air RM4 dengan geram. Marah saya sampai ke malam. Malas nak layan Asiah yang memujuk. Menggesel-geselkan badannya nak bermanja. Saya buat tak tau. Bila Asiah tidur, batuknya yang memang dari siang tadi dah ada, makin kuat. Saya rasa badannya, panas. Saya cari pistol air nya yang entah di mana tercampak lepas dia main tadi. Tak jumpa. Saya tanya Asiah. Dalam mengantuk dia tunjuk kat mana pistol tu. Di bawah lipatan sejadah. Saya ambil pistol air dan masukkan ke genggaman Asiah. Dia tersenyum. Katanya sebelum tidur semula, "Kan Adik dah cakap tadi. Ni pistol air". Sayu...  

Putera menangis

Saat fajar menjengah Sekuntum mawar telah layu Seperti janji yang telah dipateri Sejak azali saat inai di jari Merahnya kian pudar Kau ucapkan selamat tinggal Dan mentari pagi menangis Di sisi putera yang sepi. 9 Jun 2014 - Posted using BlogPress from my iPhone

Selamat datang adikku

Image
Adik Selamat datang Kami telah lama menanti Yang pasti Kasih sayang kerana Illahi Tidak bisa dijual beli Buat nur farah syakirah, 1 jun 2014. - Posted using BlogPress from my iPhone

Selari dan Berlari

Aku di sini Kau di sana Berbeza dimensi Masa yang sama Takkan bersua Kerana dua garis Selamanya selari Selamanya berlari 1317 pm 5 Jun 2014 Tabung Haji, Kuching. - Posted using BlogPress from my iPhone

Testing

Image
Testing... I was purchasing an apps from Apple Store. This is how the editor look like... - Posted using BlogPress from my iPhone It can upload maximum 5 photos.. And this is how the editor look like... You can edit the font... Now i am using "marker felt" Let us see how my entry would be once published...

Usah dinilai

Usah dinilai buku itu Pada corak kulitnya Kerana butir permata Tidak pernah memilih Untuk bersembunyi Di ceruk mana.

Senja dan kita

Image
Senja dan kita amat mesra saat laut menyapa tinggalkan jingga itu di sini di kaki langit kemanusiaan untuk dikongsi dunia selamanya. 26 Mei 2014 0326 pagi.

Pesan Bonda (Selamat Hari Guru)

Pesan Bonda Anak- anak Bonda, telah jauh perjalanan kalian, dari merangkak, kemudian bertatih, berdiri, berjalan dan berlari, menjengah usia remaja kini kalian bersama bonda. Anak- anak Bonda, ada ketika Bonda menegur, bukan kerana benci. Berdendam? Tidak sekali. Anak- anak Bonda, daerah ini tapak semaian tunas benih insani yang pasti akan ditinggal pergi saat dewasa menjenguk diri Lantas, anak- anak Bonda, Pesan Bonda sematkan erat di lubuk jiwa, siapkan minda kukuhkan iman tabahkan hati Di sini andai kalian rasa diuji hakikatnya kehidupan di luar sana bakal lebih menguji Ingatlah anak- anak Bonda, suatu hari nanti adalah pasti kaki kalian melangkah pergi untuk berjuang di belantara diri melayar bahtera di samudera realiti terbang bebas di langit tinggi Pergilah ke mana sahaja ceruk dunia Rekalah menara yang paling ternama Atau menyelidik perkara yang berm...

Awat perangai lagu tu?...

Jangan nilai orang berdasarkan luaran.. Jangan prejudis... Jangan... Jangan... Jangan.. Macam- macam kita dengar (boleh baca sebagai "membaca" juga), pelbagai nasihat untuk tidak menilai atau menghukum orang lain apabila melihat tingkah laku yang kita nilai sebagai negatif.  Tapi, bercakap memang mudah. Mungkin boleh dielak untuk berbicara kuat, namun masih juga tak boleh kawal bisikan hati. Hmmm.... Macamana nak atasi ye?... Apa kata, kita cuba cara ni.. Bila menghadapi situasi macam tu, jangan berhenti setakat melihat tingkah lakunya sahaja dan kemudian terus menilai.  Sebaliknya terus memandang jauh lebih dalam ke dalam kehidupannya... Bagaimana latar belakangnya? Apa jenis kerjayanya? Dia datang dari keluarga yang mengamalkan nilai kekeluargaan macamana? Sekarang, bila dah pandang lebih jauh macam tu, tak mustahil untuk kita terlupa dengan perbuatan yang kita anggap negatif tu, kan? Dengan cuba memahami sebab hamba Allah tu bersikap macam tu, leb...

Rindu

Image
Rindu yang menggamit Biar tanpa bicara Tanpa kata Tetap terungkap seribu makna. 0235 am 8 mei 2014 Curtin, miri. 26 April 2014.

Surah Al-An'am: ayat 108

Image
"Dan janganlah kamu memaki sembahan mereka yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan..."

Surah Al- An'am: ayat 59

Image