Thursday, October 9, 2014

Sajak Buat Seorang Kawan

 
Pada setiap patah bicara 
ada pesan dan teladan 
pada setiap gelak mesra 
ada garis pelangi yang berseri


walau seribu liku ditempuh 
setiap langkah tak pernah goyah 
setiap payah tak pernah mengalah
 


andai jatuh ke laut menjadi pulau yang indah 
andai singgah di pantai menjadi pohon yang hijau 
andai menjengah gurun yang luas
lantas menjadi lembah yang subur
.

Pada kesempatan ini 

sejambak kasih kami gubahkan 
biar zaman bertukar 
kelopaknya kan sentiasa mekar 
lambang persahabatan  
yang selamanya 
tak akan pudar.

1230 pagi
9 Oktober 2014
(Gerhana bulan)


Nota:
Seorang rakan pejabat yang juga pernah sekumpulan untuk mewakili jabatan di Pertandingan DEKON akan berpindah kerja. Kami merancang untuk membuat jamuan ringkas dan sajak ini adalah satu kejutan untuknya.


No comments:

Post a Comment