Tuesday, July 8, 2014

Pistol Air

Saya ke kedai dengan Asiah. Saya minta Asiah berjanji supaya tak mintak beli baran
g. Sampai di kedai, Asiah merengek nak mintak belikan pistol air. Saya pujuk dan tuntut janji. Asiah tak peduli.

Akhirnya saya mengalah. Saya bayar harga pistol air RM4 dengan geram. Marah saya sampai ke malam. Malas nak layan Asiah yang memujuk. Menggesel-geselkan badannya nak bermanja. Saya buat tak tau.

Bila Asiah tidur, batuknya yang memang dari siang tadi dah ada, makin kuat. Saya rasa badannya, panas. Saya cari pistol air nya yang entah di mana tercampak lepas dia main tadi. Tak jumpa. Saya tanya Asiah. Dalam mengantuk dia tunjuk kat mana pistol tu. Di bawah lipatan sejadah.

Saya ambil pistol air dan masukkan ke genggaman Asiah. Dia tersenyum. Katanya sebelum tidur semula, "Kan Adik dah cakap tadi. Ni pistol air".

Sayu...
 


No comments:

Post a Comment