Salam Ramadhan



Assalamualaikum wb...

Hari ini 4 Ramadhan 1433 Hijriyyah.

Secara umumnya saya amat teruja untuk menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan kali ini. Terutama bila mendengar dan membaca pelbagai kelebihan puasa pada status2 FB rakan.
Saya dan suami juga berazam nak buat solat terawih penuh sepanjang Ramadhan. Kalau tak larat, sekurang2nya nak buat 8 rakaat dan witir.

Namun hakikatnya, perlaksanaan tak semudah yang dirancangkan.

Hari pertama dan kedua Ramadhan adalah hari cuti hujung minggu. Fatihah dan Maryam nampak terganggu walaupun ini bukan kali pertama mereka berpuasa. Tahun lepas tahun pertama Maryam menamatkan puasa penuh sebulan dan Fatihah dah mula puasa penuh sebulan sejak Tahun 1. Hujung minggu, tidak bersekolah dan sepanjang dua hari tak ada aktiviti sebab suami ada kelas.

Maryam dan Fatihah merungut lapar. Saya pujuk Maryam untuk tidur bila dia mula rasa lapar. Fatihah pula cari alasan nak ke rumah sepupunya. Bila dilarang, dia boleh menangis pula macam budak kecil. Saya malas nak layan sebab tahun ni dia dah sepuluh tahun, sepatutnya sudah tahan berpuasa. Sekejap je, dia senyap balik. Rupa2 nya dia buat aktiviti sendiri, menyelongkar fail simpanan dokumen penting saya dan suami. Saya dah  tak tahu nak cakap apa. Janji dia dah lupa yang perut dia lapar.

Saya pulak pada hujung minggu tak ada masalah. Pagi pukul 7 saya tidur balik sehingga pukul 9 atau pukul 10. lepas tu saya jenguk bilik jahit.

Saya mula terasa tak selesa pada hari Isnin, hari pertama puasa di tempat kerja. Tiba2 saya rasa hilang tumpuan. Rasa macam nak tidur jer. Lepas tu rasa sejuk semacam. Rasa tak semangat nak kerja. Mungkin sebab dah biasa bersantai2 di rumah selama 2 hari berpuasa. 

Saya sendiri rasa hairan sebab bukan pertama kali puasa. Saya dah cuba buat puasa sunat dua tiga hari waktu Rejab dan Syaaban hari tu. Okay je.

Bila saya fikir- fikir kan balik, saya cuba nak kembali kepada tujuan utama ibadat puasa dilaksanakan. Bulan Ramadhan adalah bulan latihan untuk seorang Muslim. Seperti juga pusat latihan yang tugasannya adalah berat dari tugasan biasa, bulan Ramadhan juga sepatutnya modulnya lebih berat daripada biasa.

Sebab sesuai dengan peranannya sebagai pusat latihan, keberkesanannya terbukti bukan sewaktu program latihan itu berjalan, tetapi sebaliknya apabila kita kembali semula kepada jadual tugasan rasmi harian kita nanti selama 11 bulan di luar bulan Ramadhan.

Jadi, hakikatnya, jangan takut untuk memaksa diri melaksanakan ibadat sunat yang kita tak pernah buat pada bulan- bulan biasa kerana bimbang tiada keikhlasan atau belum bersedia, kerana bulan Ramadhan memang bulan latihan atau motivasi supaya kita sebagai seorang Muslim mampu berperanan dan berfungsi dengan lebih efektif dan efisyen selepas tamat program latihan nanti.

Insya'Allah.

Comments

  1. Salam Ramadhan...

    polah aktiviti yg suh daknya layap m.yah.Kadang2 kta sbg parent lupa yang anak2 ni tak mcm kita.Bg mereka masa adalah amat terlalu panjang bbanding kta yg sentiasa rasa x cukup masa.

    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mai,

    Nang benar juak ooo... Maybe next week buat aktiviti buat kad raya... :)

    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak