Posts

Showing posts from February, 2012

Innalillahi W Inna Ilaihi Rajiun

Assalamualaikum wb... Pagi  ini berlaku musibah kecil. Tapi saat itu saya menyedari, tidak semudah itu untuk mengamalkan  konsep sabar dan tawakkal yang kerap kita baca atau bermain di bibir. Benarlah ungkapan, cabaran yang melanda adalah ujian untuk kita sendiri menilai di tahap manakah garis iman yang kita miliki. Lantas, bila musibah itu berlaku pagi ini, saya cuba mendidik diri untuk terlebih dahulu mengungkap "Innalillahi wa Inna Ilaihi Rajiun" Mungkin bagi setengah orang, terlalu kecil perkara itu untuk satu ungkapan yang kerap diluahkan apabila kita menerima khabar kematian. Tapi, tidak salah untuk kita mendidik diri kembali kepada Allah di atas setiap perkara walaupun kecil di mata insan. WallahuA'lam. (Balik rumah ni, wajib kena leter dek suami.. ;(....)

Saat Aku Bersujud

Saat aku bersujud terasa jiwa luluh tanpa daya dan upaya andai tiada cintaMu Yang Maha Esa .

Tiada yang Milik Kita

Assalamualaikum wb... Apa dia milik kita? Tiada yang milik kita, yang ada pinjaman cuma sepanjang kembara di dunia sementara. Tiba masanya, akan diambil semula oleh Yang Empunya. Lantas, jangan kita gundah gulana atas kehilangannya, kerana tempoh pinjaman rupanya telah sempurna. Wallahua'lam.

Subhanallah....

Image
Assalamualaikum wb... Dalam masa 30 minit sahaja... Pemandangan tasik Pustaka Negeri dari ruang membaca. Kemaskini... Gambar ketiga 20 minit kemudian... Itulah kehidupan... Ada masa yang tenang, ada masa bergoncang, tapi yang pastinya, selepas itu keadaan akan bertambah baik, Insya'Allah...

Selamat Ulang Tahun (Buat Seorang Insan bernama Bang Ya)

Assalamualaikum WB... 16 Februari 41 tahun yang lampau telah lahir seorang insan anugerah buat ayah bonda  sejak dari mula kemilaunya tak pernah pudar walau waktu bersilih ganti menjadi suluh  pada insan yang berdamping dengannya buat kekanda tersayang terima kasih atas segalanya hanya Allah yang mampu membalas jasa baktimu terhadap kami adik- adikmu  yang pelbagai ragam sehingga menjadi muslimah yang terpelihara  jiwa dan maruah, Barakallahu fika. (Ditulis dengan air mata.. :)

Wajah Kenangan

Menatap wajah di cermin diri lembaran usia kian pudar dimamah debu perjalanan kehidupan yang sarat dengan cabaran dan dugaan namun jangan kau lupakan pada selekoh dan simpang itu telah kau temui pelbagai wajah lain yang menitip kenangan untuk kau abadikan di sudut kamar ingatan yang kini saban hari  semakin kabur dilitup tabir zaman walau mungkin tiba ketikanya tiada lagi bayangan semalam mampu kau putarkan di layar waktu tetap terlakar di kanvas diri lukisan peribadi berjiwa tinggi.

Apa salahku?

Assalamualaikum wb... Naluri setiap insan ingin untuk disenangi oleh semua; rakan, saudara mara apatah lagi pasangan dan anak- anak. Justeru, kita berusaha untuk mengambil hati mereka yang berada di sekeliling kita dan pada masa yang sama mengelakkan dari melakukan perkara yang tidak mereka sukai. Namun selagi kita bernama insan, tiada perkara yang dapat kita pastikan akan berlaku seperti yang kita inginkan. Banyak kali, tanpa kita sedari ada orang yang berkecil hati dengan kita sama ada kerana perbuatan yang tidak kita sengaja, ataupun perbuatan yang tidak pernah kita lakukan langsung. Mungkin pernah kita alami, tiba- tiba hamba Allah yang baik dengan kita memalingkan muka apabila berjumpa. Malahan, sanggup mengambil jalan lain untuk mengelakkan dari bertembung. Masih beruntung kalau  suatu ketika kita akhirnya mengetahui sebab sebenar perlakuan tersebut. Tapi tidak mustahil sehingga bila- bila kita masih tertanya- tanya sebabnya rakan kita bersikap demikian terhadap k...

Andai ini sujud terakhirku

Andai ini sujud terakhirku Anugerahkan aku husnulkhatimah Agar rehat panjangku Tenang dan aman Andai ini sujud terakhirku Lindungilah kaum keluargaku Agar bisa kami bersua kembali Di taman indah penyejuk hati Andai ini sujud terakhirku Permudahkan urusan ku Di dunia dan di akhirat nanti Kerana hidup dan matiku Hanya untukMU Ya RABBI.

Diam Lebih Baik

Assalamualaikum wb... Sering kali rasa menyesal selepas mengungkap kata- kata. Tapi Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..... Hadith Nabi SAW, "Berkatalah perkara yang baik atau diam" . Kesal kerana setelah difikirkan semula, rasa macam kata- kata kita tu berkemungkinan boleh menyebabkan teman berbual kita tu berkecil hati. Silap- silap tak tidur dibuatnya bila dihambat rasa bersalah.  Memang pada asalnya kita berniat baik untuk memberi pandangan atau nasihat, namun perasaan teman perlu juga diambil kira. Sesuai ke kata- kata kita tu kalau dilihat dari sudut pandangan si teman? Jadi, yang paling baik ialah berfikir panjang sebelum meluahkan kata dan bukan sebaliknya. Memberi pandangan pula, jangan hanya berdasarkan perspektif kita sahaja. Nanti terjerumus dalam kes syok sendiri. Beranggapan buah fikiran kita yang paling bernas. Walhal, garam secukup rasa yang menambah kesedapan lauk-pauk rupa- rupanya telah menambah pedih bila ditabur di atas luka. Wallah...

Hari Perpustakaan

Image
Assalamualaikum wb... Hari ini suami ada perbincangan di Pustaka Negeri. Alang-alang, terus bawa anak2 dan sepupu2 mereka melepak kat situ. Selalunya pada pukul 3, ada aktiviti kreativiti untuk kanak2. Sampai kat Pustaka pukul 2, budak2 ambil peluang main komputer. Saya pulak lepak kat tingkat atas. Selalunya saya baca buku ikut tema semasa. Kali ni saya isi masa tekap corak untuk projek sulaman, hobi terbaru saya. Gambar kat bawah adalah ruang pejalan kaki Pustaka Negeri Sarawak.

Adi Muara

Image
Assalamualaikum wb... Saya pernah bercerita mengenai perjalanan puisi saya. Bermula dari sifar tanpa mengetahui apa- apa mengenai penulisan sajak, saya belajar sendiri sedikit demi sedikit. Mula2 berkenalan secara tak sengaja dengan dunia pusia melalui bengkel anjuran DBP, saya kemudian bertatih sendiri melalui pembacaan. Saya beli Majalah Dewan Sastera keluaran lepas dengan harga yang murah. Saya suka majalah ni sebab dia ada ruangan ulasan sajak. Saya teliti kritikan yang dibuat terhadap sajak- sajak yang disiarkan. Saya juga membeli buku- buku antologi puisi hasil tulisan pelbagai golongan penyair dari yang tersohor seperti SN A Samad Said sehingga ke penulis kontemporari. Buku2 koleksi puisi tersebut saya kumpul dari Kedai Buku dan jualan gudang Dawama. Banyak yang saya belum sempat baca, tapi ada juga buku yang berkali- kali saya baca. Buku sajak yang berulang- ulang kali saya baca semestinya yang ditulis oleh Pak Samad. Saya suka sajak2 nya yang bagai mengusik dan m...

Kata tanpa Suara

Ada ketika kita kehilangan kata suara yang dilontar bergema di dalam diri yang mendengarnya hanya jiwa yang resah mendesah meraung mengharap akan ada yang mengerti tanpa perlu suara itu menjengah gegendang telinga insan namun ia akan tetap tenggelam kian kelemasan tanpa seorang pun yang hadir melemparkan pelampung keselamatan dan menarik keluar dari lubuk kecelaruan yang dalam dan ketika itu yang mampu bersuara hanya jemari longlai di dada puisi.

Lembayung kedamaian

Senja merah di kaki langit kian menyerlah cahayanya lembut  mesra menyapa sang pengembara berehatlah sebentar di lembah ini telah sekian lama meredah hutan dan rimba belayar di laut bergelora berpanas di gurun gersang namun pencariannya tiada penghujung kerana lembayung kedamaian yang dicari nun bersemadi jauh di sudut hatinya sendiri.

Syukur Ya Allah

Assalamualaikum wb... Sekilas pandang, kehidupan ini memang macam sukar sangat. Setiap ketika  diuji dengan pelbagai cabaran. Semalam kereta rosak. Minggu lepas anak demam. Bulan lepas paip bocor(sekadar meyebut beberapa contoh, tiada berkenaan dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang  telah meninggal dunia). Sehingga, tanpa disedari, keluhan dilepaskan kerana mungkin terasa tidak sanggup untuk menangani cabaran dan ujian yang bersilih ganti. Namun, pada hakikatnya, kita hanya akan "melihat" apa yang kita pilih untuk nampak di mata kita. Justeru, berapa banyak nikmat kehidupan yang telah kita terima, jarang sangat kita hargai. Semalam, suami saya ke klinik sebab matanya sakit. Bukan kerana dijangkiti sakit mata, tetapi kerana tercucuk kaki Barbie. Hairan kan? Banyak tempat lain, kat mata suami saya juga dia nak sepak. Malahan sewaktu di klinik pun, menurut suami, petugas2 kat situ pun kata ini kali pertama mereka terima kes sakit mata sebab kaki Barbie. ...