Abang cintakan...



Assalamualaikum wb...

Saya bukanlah jenis yang kaki tengok drama sangat. Terutama drama yang bersiri. Memang tak terkejar. Tapi setakat ni, saya "ter"ikut juga Sinetron Nikita yang disiarkan di TV9 dari pukul 5.30 ke 6.30 ptg setiap hari bekerja.

Kenapa saya kata "ter" tu? Sebabnya mula2  tengok cerita ni waktu pembantu saya masih lagi bekerja. Setiap petang balik dari pejabat, memang sedang baik je cerita tu sedang ditayangkan. Waktu tu saya intai2 manja jer, kalau nak tahu lebih, saya tanya je kat pembantu saya. Jimat masa. Tak payah tercongok sejam kat depan TV.

Tapi sekarang pembantu saya dah berhenti, dah takde lah orang nak update status terkini cerita ni untuk saya. Jadi, kalau tak ada hal lain atau kalau saya tak lupa, memang saya "tune in" TV9. Lagi2 sekarang ni kira tengah klimaks kerana Nikita sedang berada dalam dilemma untuk memilih di antara pemuda pilihan hati yang cinta terhalang atau pemuda baik yang menyintainya tapi cuma dianggap sebagai kawan baik sahaja.


Haha... Saya pun tak tahu apa yang istimewa sangat cerita ni, tapi itulah penangan kalau kita dah terjerat dalam drama bersiri. Mesti nak tengok penyudahnya. Tapi siri Nikita ni memang boleh tahan jugak panjang sirinya. Dah 100 lebih episod dah. Tapi saya tengok rasanya bila siri tu dah dekat2 nak ke 100 jugak lah. Selain tu intai2 manja jer. Intai2 manja pun saya memang sangat suka dengan lakonan berkesan Lydia Kandou sebagai emak Nikita yang menghidapi penyakit Alzheimer dan percintaan komedi ala2 "tom and jerry" Dr April dan Vano abang angkat Nikita.

Abang cintakan..."

Apa pulak cerita cinta2 ni?... Sebenarnya ada lagi satu drama TV yang sedang saya ikut sekarang ni. Tapi yang ni ditayangkan dua kali seminggu je. Jadi, boleh tahan lagilah kalau nak jadi penonton setia.

Saya mula tertarik untuk menonton drama Keimanan Cinta ni bila tengok promo yang disiarkan. Watak utama yang lakonkan oleh Jason Chong yang saya "kenali" sebagai pemuda lembut dalam sitkom Fara memang menyebabkan saya nak sangat tengok cerita ni.

Tapi dalam nak tengok pun, tak de nya saya sempat tengok dari mula. Dah memang tabiat saya, jarang tengok cerita2 bersiri dari mula. Tahu tak kenapa?. Sebab, drama2 bersiri kalau mula2 memang sangat2 lah anti klimaks. Jadi, kalau tak tengok pun tak rugi.

Kebetulan waktu hari raya lepas, kita tukar susun atur ruang tamu dan letakkan set kerusi mengadap tv. Kalau sebelum ni, depan tv tu kita hamparkan karpet untuk senang anak2 baring sambil tengok tv. Saya pula malas nak baring2 depan tv kecuali kalau nak tidur je. Dan kalau tengok tv dari jauh (duduk di kerusi), memang kuranglah keseronokannya sebab:
  1. tak nampak sangat sebab tv kita yang comel jer
  2. tak dengar sangat sebab kat di antara tv dan kita ada anak2 yang riuh- rendah melepak.
  3. budak2 selalu berdiri depan tv, jadi memang sangat tak seronok.
Kembali kepada cerita asal. Bila dah letak set kerusi betul2 kat depan tv, dan kena pulak lepas  raya hari tu masih banyak biskut2 kat atas meja,  memang rasa selesa sangat duduk menonton tv. Jadi, saya pun berpeluanglah mengesan bilakah waktu siaran drama ni; Hari Isnin dan Selasa pukul 8.30  hingga 9.30 malam Saluran TV9, (Promo ni pun saya tengok sebab disiarkan sewaktu siaran iklan Sinetron Nikita)

Cerita dia saya rasa memang bagus. Pelakon2 pulak memang bawak watak masing2 dengan baik. Fazura seorang gadis muslimah yang tegas telah dengan rela hati menolak lamaran dari Azman, sahabatnya (Yang dia pun memang menyimpan perasaan) demi untuk memenuhi hasrat majikannya (berbangsa Cina) yang ingin menjodohkan Fazura dengan cucunya yang "playboy" dengan harapan cucunya akan berubah apabila memeluk Islam.

Jason Chong yang membawa watak sebagai Alan, seorang pemuda yang "happy-go-lucky" terpaksa mengikut pilihan datuknya dengan harapan akan dapat mewarisi harta kekayaan datuknya. Kiranya drama ni tak delah berat sangat. Mungkin ini juga yang menarik perhatian saya sebab saya memang tak minat sangat nak tengok drama2 yang tragis2.

Sekarang ni jalan cerita memang tengah sedih. Alan yang buat tak kisah je kat Fazura selama ni sebab rasa tak layak berkahwin dengan gadis baik seperti Fazura (mereka berdua hanya mengetahui siapa pasangan mereka semasa nak akad nikah walaupun sebenarnya mereka memang kenal sebab bekerja di pejabat yang sama) mula menyesal dengan layanan dinginnya apabila mengetahui yang Fazura mengidap Leukimia.

Dan semasa di hospital, akhirnya Alan akur dengan perasaannya dan meluahkan harapannya supaya Fazura sembuh semula kerana dia telah mula menyintai isterinya... :)..

Tu yang keluar ungkapan "Abang cintakan Fazura.."... Memang syahdu jugak sebab sebelum tu digambarkan yang dia bahasakan dia dan Fazura "saya" "awak" je walaupun Fazura ia2 je memanggilnya Abang. Tapi pelakon yang bawa watak Fazura tu pun boleh tahan. Berjaya menjiwai wataknya dengan  baik. Dia banyak bermain emosi melalui riak wajahnya dan monolog diri sendiri.

Memang berbaloi peruntukkan masa tengok drama ni. Telinga pun rasa selesa je sebab dailog2 yang digunakan teratur dan beradap. Mungkin saya dah masuk kategori veteran kut, tapi saya memang tak boleh terima bahasa sempoi yang kerap digunakan dalam dailog drama masa kini. Mata pun sejuk memandang sebab semua pelakon wanitanya menutup aurat (yang Islam) dan hampir tiada adegan bersentuhan di antara pelakon lelaki dan wanita. Isu pulak memang isu yang saya minati iaitu perbandingan agama dan persefahaman dalam kepelbagaian agama dan bangsa.

Saya bagi drama ni 5 bintang... :)

Salam.


Comments

  1. Assalamualaikum...aiseyy...layan jiwang nampak..hehehe...

    M.yah, lamak kmk x layan siri drama d tv dah..sik pat nk follow, kadang terlupak time tayangan..last2 alu tertinggal... cuma mlm tdik bang ipen pandey layan crita Jiwa dan Lara indahnya...katanya suk nanggar watak Aaron Aziz jd jahat...kuikui..sabar jak laa...adeh2..

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Mai,

    Haha.. Nang benar ya... Pengurus rumah tangga macam kita tuk nang sik pian nak ngintey rancangan tv ya, byk gik benda lain nak perlu difikir, spt apakah menu untuk malam ini (semenjak dua menjak dah sik ada pembantu tukk:)

    Kelas Aaron Aziz, Pak ustasy pun minat.. :)..Tapi Keimanan Cinta tuk nang best juak Mai... Tapi ikut "cuaca" juaklah... Sik dpt juak nak ngecun setiap episod...

    Apa khabar dan bila due?.. (Lambat cerita..:)

    ReplyDelete
  3. Yalaa... sbb nya dolok ada tertanggar watak Aaaron Aziz ya jd watak bait dlm slot drama tv3... ya la nya nk nangga watak jahat Aaron gik.Kmk tok nangga giya2 jak..x pian nak follow.. sbb mun cerita gaok gilak..aihh..sakit jantung oleh nya...hahaha...

    keimanan cinta tok x da kmk pat follow , M.yah.1st episod jak nangga.Pas ya lupak..hehe

    sehat alhamdulillah jak tok..insyaAllah due tgh bulan 10 tok...x tauk la lambat ke cepat...kaki dah mengembang mcm belon bak kata misi...hehe..

    harap doa dari kejauhan ktk org sinun :)

    ReplyDelete
  4. Insya'Allah Mai. Kamek orang situk nang sentiasa berdoa kitak orang sihat walafiat.... Sayu indah ehhh... Harap2 ada kenak tunggah pegi KL.. Dapat ngabas kitak urang..Jadi dirik ahhh... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak