Posts

Showing posts from July, 2011

Kesian Mama...

Salam Syaaban 1432H. Menghitung hari menyambut kedatangan Ramadhan Kareem... Dah dua hari suami bertugas di luar stesen. Sepanjang 11 tahun perkahwinan, ini kali pertama hanya saya dan anak2 tinggal di rumah. Waktu mula- mula kawin, saya dan suami duduk dengan keluarga saya. Bila kami duduk sendiri, waktu tu Fatihah dah lahir, kami dah ada pembantu rumah. Mula2 saya ingat nak bermalam kat rumah mak, tapi bila mengenangkan projek baju raya satu pun belum mula lagi, saya kuatkan hati duduk sendiri dengan anak2. Malam tadi merupakan malam pertama saya seorang diri jaga anak- anak. Maryam pun perasa benda ni, sampai dia cakap; "Kesian Mama. " Saya tanya kenapa? Dia jawab dengan penuh simpati; "Sebab terpaksa jaga anak2 seorang diri." (Saya tak dapat menahan senyum dah.. :)) Setiap hari adalah lembaran baru kepada kehidupan yang bakal menjadikan kita semakin dewasa. Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem...

Who?

Salam 26 Syaaban 1432H. Hujung minggu lepas, semasa berehat- rehat sambil melipat pakaian (aktiviti wajib sejak tak ada pembantu), saya turut menonton vcd Tinker Bell yang dipasangkan oleh anak2. Saya tertarik pada satu babak di mana Terence, sahabat baik Tinker Bell sedang meluahkan perasaannya kepada "seseorang". Terence pada masa itu sedang susah hati kerana berselisih faham dengan Tinker Bell. Dia berpendapat Tinker Bell sepatutnya minta maaf terlebih dahulu kerana dia yang memulakan perselisihan faham tersebut. Sepanjang sesi "kaunseling" tersebut, Mr Owl yang berperanan sebagai kaunselor tidak mengeluarkan sebarang pendapat atau nasihat kecuali 3 kali perkataan "WHO?" yang diluahkan dengan nada yang berbeza pada beberapa tempat ucapan Terence. Yang menariknya, pada penghujung sesi tersebut, Terence sendiri yang menemui jalan penyelesaian kepada masalahnya iaitu dialah yang sepatutnya memulakan langkah berbaik2 untuk memastikan dia dan Tinker Bell me...

Hidup ini terlalu singkat

Hidup ini terlalu singkat untuk disibukkan dengan isu kain artis yang carik dek terpijak semasa malam anugerah, hidup ini terlalu singkat untuk disedihkan dengan pergolakan rumahtangga lakonan di kaca tv hidup ini terlalu singkat untuk debu dunia yang berterbangan melayang mengaburkan pandangan kerana ia hanya jambatan untuk kita ke akhirat sana yang pasti kekal selamanya.

Tahu tak kenapa?

Tahu tak kenapa saya buat entri sajak yang ala- ala sedih sebelum ni? Maryam anak kedua saya memang rapat dengan pembantu saya. Pembantu saya mula bekerja semasa saya mengandungkan Maryam dua bulan dan sekarang Maryam baru sahaja meraikan hari lahirnya yang ke 6 tahun, minggu lepas. Ceritanya begini; Sebelum balik kampung pembantu saya dah tinggalkan sehelai baju T. Mulanya saya buat tak kisah aje. Tapi lepas tu saya rasa bersyukur pulak sebab pembantu saya buat macam tu. Tak payah jauh sangat, masih dalam kereta semasa perjalanan balik dari perhentian bas, Maryam dah bengkak mata menangis. Lepas tu, setiap kali dia sedih, dia akan peluk baju tu. Malam2 pulak bawak baju tu masuk tidur. Mula2 dulu Maryam sampai pakai baju T tu sebab rindukan pembantu saya. Saya tak de lah risau sangat sebab saya yakin, Insya'Allah sikit2 Maryam akan belajar hakikat perpisahan tu. Saya cuma terfikir, seandainya saya pergi dulu dijemput kembali ke Rahmatullah, agaknya anak2 saya mesti menghadapi situ...

Pesan buat puteriku

Suatu ketika aku akan pergi meneruskan perjalanan ke negeri abadi usah ditangisi anakku kerana ia suatu yang pasti kau dan aku akan ke sana walau masa mungkin berbeza dan bila saat itu tiba tiada yang lebih berharga dari doa ikhlasmu puteriku yang solehah.

Hari ini bertanam jagung

Assalamualaikum wb. dan salam 18 Syaaban 1432H. Pagi Sabtu lepas kami sekeluarga menghantar "Kakak" ke perhentian bas. "Kakak" bersara setelah bersama keluarga kami hampir 7 tahun. Daripada seorang gadis belasan tahun, sekarang Kakak telah menjadi isteri orang. Dalam erti kata lain, Kakak dewasa di depan mata saya. Saya amat bersyukur sebab akhirnya penghujung kepada perhubungan kami adalah penghujung yang positif. Bukan tak pernah kami bermasam muka. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita yang duduk sebumbung. Seingat saya, pernah sekali dia merajuk kerana gurauan saya. Hanya memerap di bilik dan panggilan anak2 pun tidak dilayan. Waktu tu 4 tahun yang lepas. Saya kesihan kat anak2 yang menangis sebab tidak dilayan. Terus saya cakap kat dia kalau dah tak nak duduk dgn keluarga saya, cakap terus terang. Saya akan hantar dia balik. Dalam merajuk tu dia menjawap tak nak berhenti. Sejak tu saya berhati2 dalam bergurau supaya tak menyinggung ...

Bermain layang- layang

Image
Assalamualaikum wb. Fatihah dan Maryam sedang asyik menaikkan layang2 spiderman mereka. Yang merah ni Fatihah punya. Usia saya telah hampir mencecah 40 tahun, tapi seingat saya baru hari ni saya betul2 bermain layang- layang. Anak2 telah beberapa hari merengek nak bermain layang- layang. Musim angin telah tiba dan padang di depan rumah di penuhi dengan kanak2 bermain layang2. Petang tadi telah lengkap semua peralatan yang diperlukan, dua layang2 spiderman, setongkol benang dan sudah tentu cuaca yang berangin. Layang2 Maryam berjaya naik terbang bersama angin petang. Bila suami perlu membantu Fatihah menaikkan layang2nya, saya terpaksa (terpaksa ke?) menghulurkan bantuan untuk menahan layang2 Maryam. Baru saya menyedari, mengendalikan layang2 yang sedang terbang di angkasa bukanlah suatu yang mudah. Mula2 layang2 yang saya pegang tak dapat naik tinggi. Seorang adik yang sedang asyik bermain layang2 menghampiri dan bersuara, " Kalau layang2 tu nak jatuh, hulurkan benangnya lebih pan...

My 3 little girls

Image
Assalamualaikum wb. Tiga mawar di kamar hati mama.. Majlis harijadi Maryam merangkap AL-Wida Neti (pembantu). Handphona charm khas untuk kakak. Dihiasi dengan permulaan huruf nama anak2; Fatihah, Maryam dan Asiah. Cerita lanjut kat sini. Sambil2 selongkar stok manik, sempat lagi buat penanda buku untuk ditayangkan di Kedai Online Fatihah. Jumpa lagi.

Good reading about Islam

Assalamualaikum wb. Nak tambah ilmu?. Boleh klik kat sini.

The Amazing Qur'an

Saya perolehi link ini dari salah satu blog yang saya follow di sini . Bacalah ebook ni. Amat menarik dan bermaklumat.

Misteri terungkai

Sesekali biarkan jemari bebas menari tanpa berhenti rehatkan minda usah cuba menaksir atau mentafsir sebarang makna dan kau akan terpana seuntai misteri telah terungkai.

Al- Wida

Assalamualaikum wb. Salam 5 Syaaban 1432 Hijrah. Tak sampai sepurnama, cahaya Ramadhan akan kembali menyinari jiwa kita. Semoga kita sama2 akan dianugerahkan peluang untuk yang kesekian kalinya menikmati keindahan Ramadhan, Insya'Allah. Minggu ini juga merupakan Sabtu terakhir kami sekeluarga bersama pembantu kami, setelah 7 tahun bersama di bawah satu bumbung. Tak dinafikan, setelah sekian lama bersama, walaupun hanya seorang pembantu, terlalu banyak pahit manis yang kami kongsi. Dan Alhamdulillah, saya amat2 bersyukur kerana saat perpisahan dia dan keluarga kami, bukanlah perpisahan yang disebabkan kejadian yang negatif. Dia menamatkan perkhidmatannya kerana telah berkahwin hujung tahun lepas dan suaminya akan tamat kontrak kerja di sini. Saya sebagai seorang yang telah merasa pengalaman hidup berasingan dengan suami kerana keperluan tugas dan menuntut ilmu, amat memahami situasi tersebut. Memang sebelum ini setiap kali permit kerjanya tamat, saya akan beri peluang dia untuk memp...

Catatan Perjalanan V1.0

Hari yang berlalu adalah pemandangan indah di jendela kereta di sebuah perjalanan yang panjang sesekali melalui terowong aku terkapa dan bingung gelapnya tidak terkata tanpa sebarang cahaya mungkinkah telah tersesat tanpa bisa sampai ke destinasi yang dicita Namun sabarlah aku bukan mengembara sesukaku telah lengkap segala panduan dan arahan sebelum memulakan perjalanan jangan mudah gelabah dan tersasar sehingga kembara tiada nikmatnya yakinlah selalu asalkan aku berpegang teguh pada panduan dan arahan yang betul di setiap hujung terowong pasti ada cahaya yang bakal menanti.