Kopiah Syazwan

Salam18 RabiulAwwal 1432 H..

Kemaskini seminggu..

Setakat ini saya masih lagi "angau" dengan minat terbaru, krosye (crochet). Semua benda saya nak cuba buat. Banyak juga benda baru mengenai kraf ni yang saya baru kenali.

Kalau dulu saya cuma pernah tengok pelbagai alas dan topi yang dikait (krosye), sekarang saya baru tahu yang plush toy pun boleh dihasilkan dari kait jarum satu ni. Saya ingatkan hanya kait jarum dua (knitting) jer yang boleh buat plush toy. Plush toy dari krosye ni lebih dikenali dengan amigurumi.

Tapi yang lecehnya, comel memang lah comel, tapi bila cuba buat, boleh tahan jugaklah seksanya. Saya tak berani nak cuba buat yang besar2, takut tak jadi, rugi jer. Jadi saya cuba la buat teddy bear mini (amat mini), tapi yang mini ni pun mencabar jugak tahap kesabaran saya.

Kesimpulannya, takde benda yang mudah di dunia ni. Yang penting ialah kesabaran dan yakin boleh. hehe..

Seperti yang saya nyatakan pada entri terdahulu, sebarang hasil kraf saya, saya akan masukkan ke blog khas untuk kraf supaya blog saya ni tak berat. Sapa2 yang berminat nak tengok, boleh jenguk blog tu. Link nya saya dah bubuh kat bawah profil saya di blog ni ye... Setakat ni. belum banyak yang saya upload. Nampaknya ke"berat"an nak upload gambar memang susah nak dielakkan.

Hujung minggu, saya cuba nak lapangkan sikit meja study di bilik tidur utama. Memang dah tahap kritikal dengan buku2 yang membukit tingginya. Malas nak fikir panjang (kalau fikir panjang sangat kang langsung tak jalan), saya punggah je buku2 tu ke ruang di luar bilik (bekas ruang menjahit).

Bila dah nampak lapang sikit, suami pun naik semangat nak kemas bilik. Terus keluarkan alat2 penyedut vakum yang kami baru beli hari tu. Alang2 mengemas, sampai ke habuk2 bawah katil tu kami sedut. Siap mop lagi. Yang seronoknya vakum ni, semua dia boleh buat. Sebab dia guna air, habuk2 tu takde lah perlu nak ditepuk2 keluar bila bag dia dah penuh sebab tak pakai bag pun. Semua tu disedut masuk ke dalam bekas air kat dalam penyedut.

Sampaikan air bekas mop tu pun dia boleh sedut dengan alat khas. Jadi, cepatlah lantai kering. Kiranya boleh tahan jugaklah habuk kat dalam bilik tu, sebab dua tiga kali jugak tukar dan isi semula bekas air sebab habuknya dah tepu.

Sesi mengemas bilik kali ni memang menyeluruh di mana setiap inci bilik diintai nak sedut habuk. Alang2 dah ada benda menyedut tu, rugi pulak kalau tak di manfaatkan. Projek seterusnya, saya dan suami rancang nak "dustbusting" bilik anak2 lak. Bila agaknya tu yek?... :)

Haa.. Sekarang baru kita cerita pasal kopiah Syazwan. Siapa Syazwan nih? Ini la anak saudara saya yang terbaru. Di antara anak buah lelaki limited edition kami. Seorang dari tiga orang anak saudara lelaki dari 13 cucu mak dan abah saya.

Semalam suami terjumpa cempedak besar kat supermarket dan tiba2 teringin nak makan cempedak goreng. Kebetulan bertembung dgn adik saya dan suami (mak bapak Syazwan) kat situ dan terus jemput datang rumah join makan cempedak goreng. Rumah diaorang dekat jer. Kalau orang kampung dulu2 kata, sepelaung je. Tapi orang sekarang dah tak main laung2 ni, semua pakai sms.

Untuk memendekkan cerita yang dah sedia panjang, Syazwan sekeluarga pun datanglah bila cucur dah siap. Untuk rekod, sebenarnya bukan cempedak tetapi nangka sebab budak kat supermarket tu silap cakap. Saya pun memang tak leh beza cempedak dan nangka. Tapi nangka goreng pun boleh tahan jugak sedap dan manisnya..

Syazwan pun datanglah dengan kepala botaknya. Sekarang Syazwan dah masuk 4 bulan. Dalam borak2 tu, Abah si Syazwan pun sound kat wife dia (adik saya) pasal kopiah Syazwan. Ceritanya, diorang beli kopiah Syazwan tapi dah terbesar lak. Jadi, diorang cadang nak suruh saya kaitkan kopiah Syazwan.

Sebenarnya saya pun tak pernah buat topi/ kopiah sepanjang kehidupan saya. Tapi, since saya ni memang dari kategori yang suka nak carik susah, saya pun selamba je bersetuju nak buat. Dan sekarang saya sedang terkial2 nak buat topi saiz bayi sebab contoh yang saya ada adalah untuk kanak2/ toddler. Salah satu jalan penyelesaian, cuba belajar buat topi bayi dari internet... Ha... Idea bagus tu...

Salam...

Comments

  1. Hihihi.. Semoga berjaya molah kopiah Syazwan.

    ReplyDelete
  2. Salam Fatihah.. Dah mek nerima mel kitak... SIgek baruk siap bear kecik ya... Ya pun hb kamek madah waktu kamek ngait ya, "kenak kamek ndiat muka kitak tension gilak?..".. :)

    TApi sik apa.. MAkin susah, makin cepat kita belajar.. :)(konon.. kei mujuk hati)... MUn dah siap tiga ikok, lak kamek pos.. Harap sudi jak kelak.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    ya baruk real peribahasa...kusangkakan cempedak rupanya nangka...ekekeke...

    'Kegilaan' kamek dah kurang sikit m.yah.Sebab apa yg nak ingin dicoba lamak tok, semua dah dipolah.Kiranya dah lepas gian lah tek.hehehe...nak carik 'kegilaan' yang lain gik.

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam... Yalah Mai.. REal world pun situation.... M Yah alu sik sampei ke hujung hang felt ya... ALu kenak ke crochet tuk, nang sik abis2 benda nak dicoba,... Cuba try Mai... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida