Di mana ada kemahuan...

Salam 18 RabiulAwwal 1432 H...

Petang semalam, lepas balik kerja, telah berlangsung upacara penyerahan kopiah Syazwan yang telah siap...

Alhamdulillah, seperti kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Sejarahnya, memang saya tak pernah kaitkan kopiah.

Benda ni buat saya teringat cerita dolu2. Waktu kecik2 dulu, mak saya pernah belikan saya dua gulung (skein) benang kait berwarna hitam untuk buatkan dia serkup. Dan seperti biasa, saya takkan cakap saya tak pandai buat... :).. Tapi, memang saya tak reti buat pun.

Waktu tu (awal 80an) dalam mimpi pun tak pernah terfikir pasal internet. Jadi, sampai la ni la mak saya tak pernah pun merasa pakai serkup yang saya buat, dan saya tak ingat apakah nasib benang hitam dua tongkol tu. Tapi seingat saya mak saya tak pernah tanya pun. Sah dia tahu yang saya tak reti buat...Saja kot bagi saya semangat untuk menyokong minat saya waktu tu.

Kembali kepada cerita mengait kopiah Syazwan nih. Macamana saya nak mula buat kopiah ni? Saya pun selongkar lah koleksi buku kraf saya, ada sebuah buku pasal kait jarum satu. Alhamdulillah ada cara nak buat kopiah/ ketayap kanak2. Ini sudah bagus.

Adik saya kata nak kopiah warna hijau. Tengok2 dalam simpanan saya ada la benang warna hijau lebih saya belajar kait handphone case suami. Saya pun tak pasti satu kopiah perlukan berapa skein (cewah, dah pandai guna istilah crochet).

Petang tu, saya terus cuba ikut seperti yang dalam buku tu. Tapi, tak le semudah itu... Hehe... MAsih ada cabaran yang perlu diatasi sebelum bermula. Saya belajar baca pattern dalam internet baru2 ni, singkatannya dalam Bahasa inggeris Istilah US (Bahasa Inggeris Istilah UK lain pulak ya.. ). Singkatan yang diguna dalam buku ni pulak dalam Bahasa Melayu. Memang le saya faham Bahasa Melayu, tapi bila dia pakai singkatan2, memang langsung berbeza bunyinya dari yang saya belajar dari internet.

Terkial2 pulak le saya nak memahami apakah teknik yang digunakan. Tapi tak per. Tarik nafas dan cuba baca satu2 dengan merujuk singkatan dan gambar teknik asas yang ditunjukkan dalam buku. Memang le leceh dan lambat. Tapi berdasarkan pengalaman cetek yang saya kumpul sikit2 nih, biar mula lambat tapi pastikan kita faham dengan teknik yang digunakan, Insya'Allah langkah2 seterusnya akan lebih mudah. Sebab konsep krosye ni, teknik2 yang sama akan dikait berulang2 sehingga membentuk hasil yang kita inginkan.

Bila dah faham singkatan yang digunakan, saya pun mula lah cuba kait untuk tengok macamana rupa asas corak dari buku tu. Yang kelakarnya, satu pusingan tu saya buat, haih... terperanjat saya. Tak jadi bentuk macam kopiah pun. Dia jadi mengecil nak jadi bola lak. Intai2 punya intai, rupanya saya tertinggal baca satu pusingan. Nak tak nak, kena lah rungkaikan balik pusingan tu.

Bila saya tengok lebar kopiah tu dah lebih kurang lebar kepala Syazwan (saya ukur lebar kepala dan pusing keliling aras telinga Syazwan), bermakna saya dah tak boleh ikut dari buku tu dah. Sebab kalau saya teruskan jugak, kopiah tu akan bersaiz jauh lebih besar dari kepala Syazwan.

Setakat yang saya tahu, kalau kita nak hasilkan bentuk macam botol tu, kita kena kekalkan bilangan kaitan yang digunakan. Saya ambil jalan mudah.. Lupakan semua corak2 yang cantik2 tu, janji kopiah ni siap. Saya pun ambil keputusan guna teknik paling asas untuk mengekalkan bilangan jahitan tu iaitu Single Crochet atau dalam singkatan disebut SC. Saya kait jelah sampai tongkol benang tu habis.

Oh ya... Sebenarnya tongkol benang hijau pertama dah habis tak lama selepas saya sampai ke saiz lebar kopiah. Saya sambungkan pulak dengan setongkol lagi benang hijau lumut (juga baki bekas handphone suami sebab bekas tu dikait berbelang2). Jadi, saya kaitkan dengan mengekalkan bilangan mata kaitan berulang2 sehingga benang tu habis. Syukur sebab sekurang2nya dah ada rupa kopiah walaupun belum pasti sesuai tak dengan kepala Syazwan.

Mulanya risau jugak sebab bila ukur kopiah tu, besar sikit dari ukuran yang saya ambik. Saya ambik ukuran 17 inci dan rancang nak buat kurang dari 17 inci supaya melekap ke kepala. Bila saya ukur kopiah tu, ukurlilitnya 18 inci. Alamak, longgar la pulak kang. Saya dah fikir2, kalau tak leh pakai ni, saya nak buatkan kopiah yang baru lah nampaknya. Tapi stok benang hijau dah abissyy...

Tapi yang bestnya, sepanjang percubaan mengait kopiah Syazwan tu, suami saya memang jadi pakar motivasi lak. Siap lakarkan lagi macamana saya boleh buat bentuk kopiah tu. Jadi, tak le tertekan sangat. Chewah, macam nak buat roket la pulak.

Apa2 pun, semuanya dah selesai dan kopiah tu pun dah diserahkan kepada Syazwan dan memang besar sikit pun. Tapi mak dia kata, boleh la Syazwan pakai lama sikit. Secara keseluruhan, pengalaman yang menyeronokkan sebab saya dah meningkatkan sedikit kemahiran mengait saya.

Kalau nak tengok gambar2 Syazwan dan kopiah hijaunya, boleh lawat kat sini ya.

Alhamdulillah, adik saya berpuas hati dengan kerja tangan saya dan mintak saya buatkan satu lagi kopiah untuk Syazwan. Kali ni nak ada nama pulak kat kopiah tu. Laaa... NAmpaknya pengembaraan saya belum berakhir... Arrggghh.... Tidakkk.........

:)

Comments

  1. Salam Ummu :) Alhamdulillah..dengan kemahuan yang tekad, sudah nampak hasil kerjatangan Ummu. Bagaimana? tentu menyeronokkan ye? Mak isah sukacita dan rasa bangga dengan kemampuan Ummu ini.
    Keep this up, insyaallah..rezeki Ummu akan melimpah-limpah. Itu doa Mak isah :)

    Dah follow your other blog, seronok betul Mak isah membaca kedua-dua blog Ummu ini.

    Thank you for sharing my dear :)

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Isah..

    Amin... :)

    Thanks very much atas sokongan Mak Isah.. Seronok sgt sebab ada jugak golongan pakar yang mengikuti celoteh saya.. hehe...

    And saya masih "hutang" nak send Mak Isah something.. :).. Lambat atau cepat, Insya'Allah ia akan sampai ke tangan Mak Isah.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak