Kalau ia bukan milikku...

Salam Syawal...

Semalam saya tersalah letak cincin hadiah suami sempena kelahiran anak pertama. Sebab dah terbiasa sgt tanggal pasang terutama waktu solat di pejabat dan keluar rumah, saya dah tak ingat bila kali terakhir saya tengok. Tapi yang pasti bila saya nak keluar semalam tak jumpa cincin tu. Hati memang rasa sedih tapi lega sikit bila suami kata nak buat macam mana kalau dah nak hilang.

Pagi tadi buka Radio IKIM dan macam kebetulan pulak penceramah sebut pasal harta kat dunia ni takde yang milik kita, semua Allah punya. Dia siap nyanyi sekerat lagu Rabbani. Lepas tu penyampai mainkan pulak versi penuh lagu tu. Rasa macam khas ditujukan pulak untuk saya supaya redha.

Tadi waktu solat Dhuha saya jenguk2 jugak kat rak tempat saya selalu tanggalkan cincin dan jam waktu ambik wudhuk, tapi tak nampak pun bayang dia. Lepas solat Dhuha, saya buat solat Hajat 2 rakaat. Saya belajar untuk serahkan kepada Allah yang merupakan Pemilik Mutlak. Saya niatkan kalau cincin tu masih untuk saya, maka permudahkan urusan mencarinya. Tapi kalau memang dah cukup tempoh bersama saya, saya doa Allah swt anugerahkan hati yang redha di atas ketentuanNya.

Mungkin macam kecil je kan, sebab cincin tu murah je (bagi sesetengah org kerana harganya tak sampai tiga ratus pun, tapi nilai sentimentalnya tak ternilai bagi saya) tapi saya cuba nak belajar untuk berserah HANYA pada ALLAH SWT.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun....

Comments

  1. Assalamualaikum m.yah..

    pernah jugak kehilangan cincin pemberian mak hampir dua kali.Tapi sib baik jumpa balik.Phewww...sedih jugak kalau kehilangan cincin tu hilang.Sebab cincin tu diberi semasa saya form 3 lagi.Cincin tunang dan kahwin saya jarang pakai..sebab sayang takot hilang dan satu lagi sbb yg munasabahnya tak muat dah :P nk kena slim balik jari ni kot bru dpt pakai.

    apapun, saya harap moga jumpalah nanti dgn cincin tu ye.. :)

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Mai..

    ALhamdulillah dah kembali berblog.. :)

    Harapannya memanglah nak dapat balit, tapi tawakkal jaklah.. bak kata suamiku, wang yang hilang boleh dicari, tapi mun barang hilang, makin dicarik, makin sik nampak.. :)

    Mun cincin dah sendat, keceng2 kan cik abang meli baru.. :)

    ReplyDelete
  3. Along pernah hilang cincin kahwin dulu. 2 malam takleh tido pikirkan. Siap tak bagitau suami sebab takut kena marah. Last2 hubby yang terjumpa kat dalam kereta. Punya la lega bila dah jumpa...terus sujud syukur.
    Memang harta tu kekadang nilai dia tak banyak, but like you said..sentimental value. Moga jumpa balik cincin tu...tak pun, redha la..moga ada rezeki lain menanti.

    ReplyDelete
  4. Salam ALong:

    Saya sebenarnya "bersyukur" cincin tu hilang.. Kerana saya pakai dua bentuk cincin; cincin tu dan cincin mas kahwin (belah rotan)...

    Allah pilih cincin tu untuk diambil semula manakala cincin maskahwin tu Allah tinggalkan untuk saya jaga... :).. Syukur sangat...

    Thanks ALong,, sebab jenguk.. and selamat buat assignment.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin