Melangkah setapak...

Hari ini mengukir sejarah tersendiri dengan bermulanya blog kedua saya di laman blogspot. Sebelum ini saya telah menyelenggara blog yang lebih bersifat peribadi di Multiply. Pada asasnya saya mengorak langkah memulakan blog terbaru ini bertujuan untuk mengupaskan isu-isu yang bernafas lebih berat berbanding dengan topik di Multiply. Namun, seiring dengan perkembangan dan perubahan di masa depan, sudah pasti saya akan membiarkan blog ini menentukan arahnya sendiri untuk membina identiti dan kematangannya sendiri dengan sokongan dan sumbangan mana-mana pihak yang ingin berkongsi komen dan pandangan di sini.

Comments

  1. tahniah atas penyertaan anda dalam blogger, semoga hasil-hasil tulisan dapat memberi faedah kepada semua pembaca.......

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita memeriahkan lagi dunia penulisan dalam usaha memenuhi amanah sebagai penulis yang bertanggungjawab kepada masyarakat... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin