Posts

Back to School...

Salam 21 Muharram 1432H... Kembali mencoret... Kenapa senyap?... Sibuk?... Malas?... Andai ada yang bertanya (kalau ada), saya sendiri tak leh nak jawap... Setiap hari saya menjenguk blog dan menjenguk kemaskini rakan2... tapi jemari berat sangat nak menekan papan kekunci untuk menaip sebarang entri atau komen... Sebenarnya pelbagai persoalan menerjah benak saya setiap kali saya nak menulis entri... Apa sebenarnya tujuan saya menulis blog? Kalau nak berceramah, saya bukanlan orangnya kerana terlalu (dalam erti kata sebenar) banyak kelemahan yang menghuni diri saya... Kalau setakat nak mencoret sebagai bukti saya masih di sini, adakah ia membawa sebarang makna?... Oklah.. Enough for the slot Drama Minggu Ini... hehe.. Saya menulis kerana ingin mencatat pengalaman kehidupan saya untuk saya muhasabah (Quality Improvement) dengan harapan sekiranya ada yang membaca, akan menambah nilai kepada kehidupan mereka walau hanya secebis kebaikannya.. Kembali ke dunia nyata... "Bila nak potong ...

Kempen mencintai Masjid

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah... Sekembali dari bermusafir masih belum berkesempatan untuk memblog mengenai kembara tersebut... Secara ringkasnya memang seronok walaupun letih yang amat2... Banyak juga belajar dan muhasabah bagi kami suami isteri... Entri kali ini sekadar ingin mengingati diri untuk menanam semangat dan niat untuk mencintai dan mendekati masjid... Jangan setakat menunggu kelapangan untuk mendekati masjid tetapi cuba cari dan peruntukkan masa yang khas untuk mendekati dan memesrakan diri dengan masjid... Semoga diberi kekuatan... Insya'Allah...

Siri Bermusafir: Shah Alam

Salam musafir... Alhamdulillah akhirnya saya berpeluang mengemaskini catatan siri bermusafir saya... Insya'Allah saya akan mengemaskini status terkini dan yang tertinggal akan saya catatkan kemudian sekiranya berkesempatan... (selalunya kalau tangguh yang terkini, ada keberangkalian akan tertinggal terus) Sekarang kami sekeluarga sudah selamat tiba di rumah abang dan keluarga di Shah Alam aka rumah blogger Mys ... Kebanyakan followers kami sama, jadi mesti ada kawan2 yang kenal beliau... Terima kasih my sister-in-law... Di atas layanan anda sekeluarga.. letih semalam ya, sesat waktu nak jemput kami kat Bukit Jalil.. hehe... semoga diberkati Allah.. :) Nanti citer panjang lagi... Tapi secara ringkas, setakat ini musafir kami Alhamdulillah berjalan amat lancar.... Jumpa lagi.. Salam...

Siri Bermusafir: SMS dari Skudai

Salam... Semalam memang saya kelam- kabut bila mendapat tahu mengenai penginapan semasa bengkel di Melaka. Dalam kalut- kalut tu saya terlupa satu perkara. Menempah penginapan di Johor. Mengikut perancangan saya, kami sekeluarga akan sampai ke Senai pada sebelah malam dan keesokannya bertolak ke Melaka dengan bas. Memandangkan saya ada seorang rakan di Johor, saya rancang nak menginap sekejap di rumahnya memandangkan saya memang kenal rapat dgn dia dan suaminya. Dan saya yakin dia pun pasti akan mengalu- alukan kedatangan saya... (macam konfiden jer)... Kita merancang dan Allah turut merancang untuk kita. Dan Allah merupakan Sebaik- baik Perancang. Saya call kawan saya dan seperti biasa suaranya yang lembut menyambut panggilan saya. Bila saya cerita kat dia saya nak datang, dia memang excited. Tapi.... Hehe... Ada tapinya... Kebetulan pada hujung minggu ni dia dan beberapa rakan satu uni dulu (yang saya pun kenal) dah buat program nak berjumpa di PD. Dia pun serba salah sebab program t...

Siri Bermusafir: Cabaran Pertama

Salam... Penganjur bengkel call kata penginapan yang disediakan berkongsi dengan peserta lain. Alamak... Macamana ni.. Saya bawak satu famili.. takkan nak kongsi duduk dengan peserta lain... Mula2 saya pun tak faham kenapa kena kongsi sebab kadar bilik yang dinyatakan pada surat jemputan memang layak untuk saya... Bukan saya nak mempertikaikan penganjur, tapi sebab dah kebetulan saya bawak famili, saya cuba nak dapatkan penjelasan. Alhamdulillah penganjur pun memang cool dan boleh memberikan penjelasan kepada saya dengan sejelas- jelasnya. Tu pun selepas pemanggil pertama digantikan dengan pegawai lain... Hehehe.. Itulah saya.. Suami saya pun selalu cakap, saya ni sukar nak terima alasan macam tu jer.. mesti nak tahu sebab- musabab sampai puas hati... Dalam erti kata, cerewet lah tu... :).. Mungkin betul saya berada dalam kategori cerewet. Tapi bagi saya, biar kita dapatkan penjelasan dan tamat kat situ je dari timbul silap faham yang berpanjangan... Itu kata kita ya... Tapi kalau or...

Bermusafir

Assalamualaikum wa rahmatullah... Terkini: Pagi tadi dikejutkan dengan telefon dari emak. Datuk saudara meninggal dunia malam tadi.. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.... Sebelum kerja menjenguk bersama suami, dan adik dan suaminya. Semasa: Seketika saya tidak mengemaskini blog. Tapi saya tetap menjenguk kemaskini rakan2 sebagai pembaca senyap. Saya menyepi untuk muhasabah diri... :).. Dan kembali memblog untuk berkongsi cerita paling terkini. Semalam, awal pagi bos dah cari... Kebetulan saya datang lambat... Hehe.. Saspen pergi jumpa bos.. Bersih la saya diberus lepas nih... :) Masuk je bilik bos, tengok muka dia okay jer... Rupa2nya dia nak suruh saya gantikan dia menghadiri bengkel kat Melaka.... Jeng.. jeng.. jeng... (mula nampak mentol menyala..) Saya terus call suami... Sebenarnya kami memang merancang nak ambil cuti serentak minggu depan sempena cuti sekolah. Niat kami nak melapangkan masa bersama anak2 di rumah atau keluar berjalan2. Memang tak de rancangan nak melancong jauh....

9 Zulhijjah, Hari Arafah

Salam... Alhamdulillah saya rasa ceria sangat hari ni.... Kenapa ya?.. Kerana kali ni saya dipermudahkan Allah SWT untuk menunaikan puasa sunat Arafah. Kenapa pulak saya ceria sebab dapat puasa sunat Arafah?.. Sebab seingat saya, inilah kali pertama saya melaksanakan puasa sunat Arafah ni. Sebelum ni entah kenapa saya selalu ambil ringan dan sedar2 dah tiba Hari Raya Qurban. Di antara langkah2 yang saya buat supaya tak lupa ketibaan 9 Zulhijjah ialah: Awal2 mintak izin kat suami nak buat puasa ni... Buat entri kat blog pasal puasa ni... Buat peringatan dalam hp.. Malam tadi ajak suami keluar jap carik mee crispy sebab nak puasa hari ni.. (alasan.. hehe) Insya'Allah semoga selamat sampai ke petang... Salam....