Posts

Showing posts from 2013

parking jap

Image

Al- kahfi: ayat 73

Image
Janganlah engkau menghukum aku kerana terlupa dan janganlah engkau membebanj aku dengan sesuatu kesulitan dalam yrysanku.

Pohon bicara

Image
Sepohon kata Seribu bicara Sejuta makna Diam itu lebih aula Dari kalimat yang sia-sia...

Sedarlah

Terlalu banyak nikmat terlalu sedikit syukur saat telah hilang resah dihambat gelisah dan salah menyalah tanpa rasa bersalah. Sedarlah, sebelum parah.

Mencari Redha

Image
Pada nadi dan darah Mengalir doa cekal  dan semangat yang merah Mengorak tabah di heret langkah  Menggema azam di hela nafas Sesungguh solatku, ibadahku, hidupku dan matiku Hanya kerana  Mencari Redhamu semata.

Setia selamanya

Senja itu kau kembali ke sini Menekuni sajak usang Sekian lama terlantar sunyi Di birai kecewa Langsir kenangan yang kian pudar Biarkan ia di situ Aku dan dia Setia selamanya

Bulan tanpa cahaya

Semalam kau berbisik di telingaku Telah berputik mawar merah Saat musim bunga menyapa Dan resah pun bertapa Bila irama mesra kian menjauh Malam yang panjang Bulannya tidak lagi bercahaya

Sajak seorang pejuang

Dan dendam yang membarah adalah igau tanpa kesudahan Cerita duka seorang pejuang Tanpa kubur dan nisan Esok aku khabarkan Datukmu bara semangatnya  Tak pernah padam.

Bicara buat gadis melanau

Saat kau genggam bara Di jiwa mengalir sungai yang dingin Dan igau malammu Tidak lagi bertandang

Taman syurga

Biarkan kenangan bertandang Membawa bersama sejambak ceria Dan segeluk air mata Di anjung semalam Wahai kenangan Tidak pernah aku menyesal Memikul berkas kecewa Untuk dipersembah  Di persada kehidupan Kerna ikatan tabah Yang dirangkai setia Adalah lantai yang kukuh Untuk istana bahagia Yang tersergam hari ini Di taman syurga dunia.

Manusia

Pada manual ciptanya telah ditulis hauskan darah melimpah lantas saat penciptaannya  telah ditanya malaikat kepada Pencipta kenapa dicipta manusia yang cintakan tumpahan darah memang Pencipta Maha Mengetahui sifat makhlukNya "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Dan diciptakan Adam as berbekalkan ilmu melimpah ruah maka terangkatlah martabat manusia melangkaui malaikat yang setia hanya seandainya insan masih tetap mendakap ilmu di dada dan jiwa.

Hantu!!!

Hantu!!! Lari!!! Apa yang ditakutkan? Mati?! Bukankah ke sana kita kan pergi, Walau ke mana kita nak lari... Yang kekal hanyalah Pencipta  Yang Maha Tinggi...

Kembara yang panjang

Image
Esok adalah perjalanan  yang maha panjang Bagi seorang pengembara Yang singgah sebentar di sini Mengumpul tenaga Dan sedikit bekal Agar cukup bersedia Saat menyambung semula Kembara yang tak pasti Noktah kesudahan Bila dan di mana Akan ada titik perhentian.

Langkah yang sumbang

Image
Langkah yang sumbang Usah berpencak di sini Pahlawan petang Tiada kami ingin Darah dan sanggah Hanya kami rindu harumnya  mawar di taman bonda Anak- anak kami Biarkan mereka bercanda mesra Tanpa sempadan bahasa dan bangsa Darah kami yang merah Biarkan hanya mengalur  Di jiwa dan raga setia Bukan melimpah di jalan raya.

Kota Sakinah

Image
Kemaskini (10.09.13):     Meniti perjalanan ini dalam debar dan sedar kita bina titik tujuan dari lorong yang bersimpang saat mata hati bergeser percikan api mula membakar dan ruang sedar pun bergetar lantas getar mengundang debar dari arah mula yang berbeza peta hidup kita bersua pada garisan yang sama usah gentar mencarta rasa kerna di setiap benua akan bersama kita bangunkan Kota sakinah mawaddah wa rahmah. (Asal) Meniti perjalanan ini Dalam debar dan sedar Kita bina titik tujuan Dari lorong yang bersimpang Saat mata hati bergeser Percikan api membakar Ruang sedar pun bergetar Dan debar  pun menggapai Dan getar mengundang debar Dari arah mula yang berbeza Peta hidup kita bersua Pada garisan yang sama usah gentar mencarta rasa Kerna di setiap benua Akan bersama kita bangunkan  Kota setia. sakinah mawaddah wa rahmah.

Raikan ujian

Image
(Kemaskini pada 10.09.2013) Sebenarnya kesukaran dicipta untuk kita lebih mengerti makna usaha, pengorbanan dan persahabatan. Raikanlah ujian, kerana ia menganjak nilai diri ke tahap yang lebih tinggi. “ Janganlah kita mengaku beriman sedangkan kita belum diuji”. (Asal) Sebenarnya kesukaran dicipta untuk kita lebih mengerti makna usaha makna pengorbanan makna persahabatan raikan ujian kerana ia menganjak nilai diri ke tahap yang lebih tinggi Janganlah kita mengaku beriman sedangkan kita belum diuji.

Mari menulis

Image
Bukan mudah nak mengatur kata. Di dalam minda memang macam- macam yang ada. Ada drama. Ada jenaka. Ada cerita. Tapi, bila nak diluah dalam tulisan, semuanya lari bercempera.  Kata orang, golongan penulis memiliki kelebihan berfikir secara berstruktur. Itulah sebabnya golongan ini mampu melahirkan pemikirannya mereka dengan mudah. Pemikiran mereka telah disusun dengan teratur di dalam minda. Dan apabila mengalir keluar, ia mengalir dengan mudah. Oleh itu, jangan pandang sebelah mata dengan aktiviti menulis. Ia merupakan salah satu dari kemahiran yang boleh dibanggakan sekiranya dimiliki dan tidak rugi untuk belajar sekiranya tiada. Memanglah gambar memberi seribu makna, namun peranan kata- kata dalam bentuk huruf yang boleh dibaca juga tidak boleh diketepikan. Lagipun, penulisan merupakan salah satu perakam sejarah yang mempunyai peranan tersendiri yang tidak dapat diganti oleh walau beribu gambar. Jadi....  Mari kita biasakan menulis....

Rintihan marhaen

Image
Pagi ini cahaya mentari berbeza hangatnya membahang hingga ke jiwa saat janji mula dikota rantai kuasa dipintal menjadi denda kerana enggan menyerah pada agenda dan propaganda yang dijaja memang di sini  ada yang berkuasa ada yang disiksa ada yang tak endah apa- apa namun jangan lupa wahai saudara setiap yang ditanam akan dituai di daerah sana.

Sebutir debu tanpa nama

Image
(Dikemaskini pada 10.09.2013) Berdiri di ruang ini segalanya adalah rahmat yang tidak ternilai walau bergunung harta menjadi galang sekali nafas kuhela terlalu amat berharga namun kerap aku terlupa akan lautan nikmatNya sehingga semuanya kuanggap milik selamanya berdiri di ruang ini betapa aku terasa kebesaranNya dan rupanya aku hanya sebutir debu tiada bernama... (Asal) Berdiri di ruang ini Segalanya adalah rahmat Yang tidak ternilai Walau selautan harta Menjadi ganti nya Sekali nafas kuhela Terlalu amat berharga Namun amat kerap aku terlupa Akan nikmatNya Berdiri di ruang ini Betapa aku terasa KebesaranNya Dan aku hanya Sebutir debu tiada bernama...

Bicara yang belum selesai

Image
(Dikemaskini pada 10.09.2013) Ada bicara yang masih belum selesai pada diari usia yang telah perang warnanya ada lakaran kenangan di sana masih mekar mewangi sekali sekala semerbak harumnya merentas laman maya saat garis masa mengatur langkah melambai pergi tak akan kembali biarkan bicara itu membisu senyumnya masih mesra seperti dahulu. (Asal) Ada bicara yang masih belum selesai Pada diari usia Yang telah perang warnanya Ada lakaran kenangan di sana Masih mekar mewangi Sekali sekala semerbak harumnya Merentas maya Saat garis masa mengatur langkah Melambai pergi tak akan kembali Biarkan bicara itu membisu Senyumnya masih mesra seperti dahulu....

Setitis air di lautan maya

Assalamualaikum, Hari ini Syawal 12, 1434 H. Hari pertama bekerja selepas bercuti bermula 16 Ramadhan yang lepas. Dengan kekerapan menjenguk blog yang berkurang akhir- akhir ini, beberapa blog yang saya ikuti telah hilang dari dunia maya. Seperti kehidupan di dunia nyata, perjalanan kehidupan di dunia maya juga tidak jauh berbeza. Dari semasa ke semasa, kita mengenali insan maya yang baru, dan pada masa yang sama ada insan maya yang lenyap dari dunia maya. Seperti juga perasaan sedih andai kehilangan rakan di dunia nyata, tak dapat dinafi terasa juga kehilangan dan terkilan bila terbaca yang rakan blogger buat entri terakhir. Bila klik untuk baca entri tu, blognya dah tak wujud. Tapi, seperti juga di dunia nyata, kehidupan perlu diteruskan dan setiap insan tak kira di dunia nyata atau maya, perlu dihormati keputusan yang mereka pilih. Bagi saya pula secara peribadi, In sya Allah setakat ini saya lebih suka mengekalkan blog yang sedia ada walau mungkin keupayaan untuk mengem...

Putera- Puteri Lembah Serapi

(Ditulis untuk memenuhi hajat rakan alumni yang perlukan sajak untuk majlis berbuka puasa terakhir di  sekolah yang akan berpindah tapak baru tidak lama lagi. Akan diserahkan malam ini dan terpulang untuk diolah semula kerana pada mulanya memang tak sanggup nak buat tapi beliau masih nak jugak saya buat setakat yang mampu) Putera- Puteri Lembah Serapi Di daerah ini bertaburan mutiara kenangan di kaki gunung di tepi padang di pinggir hutan suatu waktu pernah hati ini diusik resah daerah ini terlalu asing di jiwa yang baru menjejak dunia remaja terlalu sunyi daerah ini terlalu asing tanah ini terlalu sepi jiwa ini menghitung hari untuk kembali ke dakapan mesra ayah dan bonda saat hari menganjak tahun tabah melangkah jiwa remaja mula melakar cita membina sepi menjadi menara mimpi menyusun sunyi menjadi kota inspirasi di sebalik kenakalan yang mencabar kesabaran kita bina semangat kita lakar janji teguran dan na...

Anak- anak Lembah Serapi

(Draf sajak untuk majlis berbuka puasa alumni demi memenuhi hajat rakan- masih ada beberapa hari lagi untuk diperbaiki sebelum diserahkan setakat yang mampu) Anak- anak Lembah Serapi Di daerah ini bertaburan mutiara kenangan di kaki gunung di tepi padang di pinggir hutan suatu waktu pernah hati ini diusik resah daerah ini terlalu asing di mata yang baru menjejak dunia remaja terlalu sunyi daerah ini terlalu asing tanah ini terlalu sepi jiwa ini menghitung hari untuk kembali ke dakapan mesra ayah dan bonda saat hari menganjak tahun tabah melangkah jiwa remaja mula melakar cita membina sepi menjadi menara mimpi menyusun sunyi menjadi kota inspirasi di sebalik kenakalan yang mencabar kesabaran kita bina semangat kita lakar janji teguran dan nasihat ayah dan bonda guru tak akan tersia hari ini daerah ini tidak lagi sunyi daerah ini tidak lagi sepi gemerlap permata menyinar ke sekitar bandar dan kota ...

Ramadhan Kareem

8 Ramadhan 1434 H. Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu dari Rukun Islam yang lima; Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Solat 5 Waktu, Berpuasa, Menunaikan Zakat dan Menunaikan Haji bagi mereka yang mampu. Empat rukun yang lain semuanya adalah perlaksanaan; mengucap, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Hanya ibadah puasa yang dilaksanakan dengan  tidak melakukan perkara-perkara tertentu. Berpuasa adalah menahan diri dari melakukan perkara- perkara tertentu yang halal dilakukan semasa bulan yang lain seperti makan, minum dan "bersama- sama" dengan pasangan suami/ isteri. Juga menahan diri dari melakukan perkara yang sia- sia. PUASA ITU MENAHAN DIRI.... oleh itu, DIDIKLAH DIRI UNTUK BERSABAR DI BULAN YANG MULIA INI....

tHe Spring Live Active Run 2013

Image
Last Sunday I was having fun participating in this event, tHe Spring Live Active Run 2013. My husband and I run under the 5KM Category. The first category 21km run started as early as 5.30 am. This is not photo of 21km category since we reached the venue only after 6.00 am and only in time to watch the start of 10 km category run. Our category started to run at 7.00 am and expected to finish it within 1 hour. I took lots of photos along  the route since I had promised my friend to update her on this event through my FB status. However, here I uploaded only my finishing run before the entry turning cold and frozen in my mind... :) Alhamdulillah, I managed to finish my running before 8.00 am (but after 7.50 plus plus). It was really fun doing something different once in a while since I was not that athletic type of person. And with Allah Permission, we hope to join the same event next year and who knows, maybe we will join 10km category... :)

I love you mum and dad

Image
This is cutout of a credit card promotion pamphlet. I thought the graphic design was very "crafty", so take it digitally with hp and crop it.  Nice, right? No?  Hmmm...

Word Puzzle

Image
This is a very interesting word game. We have to fit all the puzzles into the big square. In row, it should form word. However, there is no meaning in column. Once you manage to fit all the puzzle, you win... It's simple, right. Same works in our life. Once we manage to fit all the puzzle into its own place, then there it goes all the difficulties.  So, just deal with each of the puzzles in our life one after another.... 

Sepasang mata

Image
Selepas "berlari" sejauh 4 km, saya dan suami singgah sarapan di kedai.  Saya pesan mee kari jawa istimewa. Memang sedap. Lepas makan, suami tegur dekat dagu saya ada sisa makanan  dan tolong buangkan.  Terdetik di dalam hati. Sunnah kehidupan, semuanya wujud berpasangan. Siang malam, hujan panas,  susah senang, lelaki perempuan, suami isteri. Setiap orang memiliki sepasang mata, tapi keupayaannya tetap terhad. Tanpa bantuan cermin, mata tidak berupaya melihat objek yang terletak pada kepala yang sama dengan mata. Justeru, peranan sepasang mata yang terletak pada kepala yang lain amat diperlukan untuk memantau objek tersebut. Dan kepala tersebut adalah kepala seseorang yang rapat dan sentiasa sanggup untuk menegur walaupun menghadapi risiko mengecilkan hati pemilik mata yang satu lagi. Khulasah, atau kesimpulannya.... "Lu Pikirlah Sendiri" ;)

Human Race are from single soul

Assalamu Alaikum, Have you read verse 1 of chapter 4. النساء in the Holy Quran? يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا English-Sarwar translation ______________________________ People, have fear of your Lord who has created you from a single soul. From it He created your spouse and through them He populated the land with many men and women. Have fear of the One by whose Name you swear to settle your differences and have respect for your relatives. God certainly keeps watch over you. *This is my latest apps of Al-Qur'an. It has special feature which was not in my other two apps. I have more option now*

Think again

Image
Sometimes we thought that we know what is best for our kids. Think again.